Bila anak demam, perkara pertama yang mak-mak akan buat adalah guna tuala basah untuk diletakkan di atas kepala atau dahi anak. Maklum, hati mak-mak memang tak tenang. Risaunya tak payah cakap. Kalau boleh biarlah demam tu beralih pada mak.
Selalunya, kalau anak demam, mak-mak pasti akan basahkan tuala dan tepek atas kepala atau dahi anak. Kononnya dapat kurangkan haba panas dalam badan anak. Sementelah ada juga mak ayah bila demam akan selubung satu badan supaya haba panas keluar.
Tak kurang juga, ada mak-mak akan mandikan anak bila tengok suhu anak demam tinggi. Rupanya, cara yang mak -mak buat selama ini salah. Bukan untuk lepaskan haba tapi ada risiko lain yang menunggu.
Dengar apa yang doktor ini pesan. Sekadar untuk pengetahuan kita bersama.
Terdapat dua sebab kenapa kita tak pakai tuala basah pada anak-anak.
1. Haba panas akan perangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba panas itu keluar dari badan.
2. Kalau pakai, ia tak lama sebab anak akan tepis dan buang. Tak selesa.
Paling efisen untuk keluarkan haba panas dari badan anak adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak. Sudah tentu anak tak boleh tepis.
Salah satu sebab juga elak menggunakan tuala basah pada kepala anak kerana ia menghalang haba keluar dan terperangkap di bawah tua. Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik. Jadi, mak-mak kena ‘jerlum’ air pada kepala anak setiap 5 minit.
Ads
Lagi satu, mak-mak jangan kelam kabut untuk terus mandikan anak atau rendam kaki dalam air bila tengok suhu anak tinggi sebab ia boleh menggigil dan naik ke kepala.. Bahaya.
Boleh mandikan selepas diberi ubat, ‘jerlum’ air pada kepala. Mungkin dua tiga jam selepas itu.
Mingguan Wanita : Itulah yang selalu mak-mak buat. Tepek tuala basah pada dahi atau kepala. Lepas ini kena ‘beringat’ ye..jangan buat macam tu, kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Minta dijauhkan.
Sebenarnya memang lebih mudah untuk transfer duit dan membuat simpanan di Tabung Haji secara dalam talian (online) je! Tak perlu susah-suhah nak beratur dan ambil nombor di bank. Segalanya dihujung jari. Namun demikian, jika kebiasaannya permindahan secara online banking, akan dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi.
Mungkin ramai yang masih tak tahu, alang-alang nak buat permindahan secara online, boleh gunakan JOMPAY atau aplikasi THiJARI ia lebih jimat, tiada caj tambahan RM1 dan paling penting permindahan secara percuma.
Kalau sebelum ni guna online banking nak transfer ke akaun Tabung Haji, ada caj RM1 pada setiap transaksi. Saya ada akaun sendiri, akaun isteri dan akaun 5 orang anak. Setiap kali transfer ni saya bayar RM7 tanpa sedar.
Bukanlah berkira RM7 tu, tetapi kalau ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bayar? Hehehe.
Petang ini saya call Tabung Haji melalui 0362071919 dan saya beritahu staf Tabung Haji saya cuba-cuba buat cara viral guna JomPAY tu;
1. Log masuk ke online banking kita (perbankan internet)
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – “Tabung Haji-Deposit”
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – (Kosongkan)
*Amaun (RM) – (Isikan nilai)
4. Teruskan hingga selesai.
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya duit akan dikembalikan.
Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji kita dalam masa beberapa jam, staf Tabung Haji beritahu lebih kurang 1 hari bekerja. BUKAN masuk terus. Cara ini percuma dan tiada caj langsung tapi risau pula apabila baki tu lambat update.
Kalau buat transaksi JomPAY jam 8 pagi ini, eloknya check akaun kita jam 8 pagi esok menggunakan aplikasi THiJARI.
Berdebar-debar jadinya. Penantian kan satu penyeksaan
Staf Tabung Haji beri respon, “Cara JomPAY tu bagus, percuma dan tiada caj. Tetapiiiiii….”
Ehhhh? Ada tetapi?
“Tetapiiiii ada cara lebih cepat. Encik ada THiJARI? Guna THiJARI, tiada caj dan duit terus masuk, tak perlu tunggu-tunggu…”
Saya baru tahu. Terus saya buat tadi.
Gunakan fungsi ‘Pindahan’ atau ‘Fund Transfer’ dalam aplikasi THiJARI sama ada di smartphone atau di website. Yang ini saya share pada gambar step by step ye.
2.1) Ini muka depan aplikasi THiJARI saya. Terus saya tekan ‘Menu’ yang 3 garis tu.
2. Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’.
3. Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ > Pilih akaun yang kita nak depositkan duit.
3.2) Pilih akaun yang kita nak depositkan duit. Macam saya ni nak masukkan duit ke akaun saya sendiri ‘Own TH Account’.
3.3) Disebabkan saya pilih akaun saya, maka tertulis ‘Primary Account’ beserta nama saya.
4.1) Masukkan butiran seperti jumlah dan seumpamanya. Terus pilih Bank mana yang kita nak gunakan.
Saya pilih Bank Islam sebab saya guna bank ni.
4.2) Kita akan dibawa ke online banking bank kita sepertimana bank pilihan kita.
Teruskan transaksi sepertimana biasa.
5) Selesaikan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Siap!
6) Boleh terus check baki tu. Alhamdulillah sudah ada pertambahan dengan transaksi baru ni.
7) Mengguna cara ni, boleh buat untuk akaun isteri (dinamakan sebagai pihak ketiga bagi transaksi Tabung Haji) juga tanpa caj langsung.
Di menu, pilih ‘Fund Transfer’ > Klik pada ‘Third Party TH Account’ atau ‘Akaun TH Pihak Ketiga’
8 ) Saya masukkan nombor akaun Tabung Haji milik isteri saya.
Teruskan dengan masukkan butiran amaun dan sebagainya.
9) Confirm-kan butiran.
Saya punya betul dah tu, isteri saya Rahimah AR ZawjahRahimah Ab.Rahman Pilih ‘Bank’ dan teruskan seperti biasa sehingga dapat ‘Transaction Successful’ ye
Selepas tutup THiJARI saya terus buka akaun Bank Islam saya, lihat transaksi tadi tertera nilai wang yang saya transfer saja. Tiada caj RM1 atau apa-apa yang lain. Terbaikkkkkk Alhamdulillah.
Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji kita secara automatik. Tak perlu tunggu apa-apa. Check terus di bahagian akaun Tabung Haji tu, terus dapat lihat pertambahan simpanan di situ. Fuhhhh rasa selamat.
Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi. Alhamdulillah sangat best.
Biasa buat untuk akaun sendiri dan anak-anak saja. Tetapi guna cara ni, boleh buat untuk akaun isteri (dinamakan sebagai pihak ketiga bagi transaksi Tabung Haji) juga tanpa caj langsung. Bagusnyaaaaa
Pergilah kaunter atau cawangan Tabung Haji? Atau gunakan mesin ATM? Tak apa la, saya buat online lebih mudah. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit petrol kenderaan, jimat duit bayar parking, jimat banyak la ni. Hehehe.
Bukanlah berkira, tetapi sudah ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bersusah-payah pergi ke situ-sini, beratur tunggu giliran, bla bla bla dan caj tambahan tu buat apa bayar? Kalau saya, sekarang ni boleh jimat. RM7 tu boleh beli sebungkus nasi ayam untuk makan tengah hari kat sini
Nota: Versi pemotongan gaji, direct debit dan seumpamanya tu sedia maklum. Ini saya share apabila kita nak buat transaksi nak tambah duit selain yang tu ye
Saya share pengalaman dan cara saya saja ye, saya bukan staf Tabung Haji dan saya bukan staf bank. MOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT INSYAALLAH. AAMEEN.
Mingguan Wanita:Boleh cuba cara yang dikongsikan ini jika nak transfer secara online ke Tabung Haji. Guna JomPAY atau terus ke aplikasi THiJARI. Memang lebih jimat, tiada caj tambahan RM1 dan paling penting permindahan secara percuma.
Perut lembu boleh dimasak dengan pelbagai jenis resipi.Rasanya memang sedap, lembut dan kenyal. Namun proses yang paling penting sebelum nak masak perut lembu ni ialah sewaktu membersihkannya dari kotoran dan cara merebusnya. Bukan apa, untuk pastikan perut lembu betul-betul bersih, tak hanyir dan rasa berbau selepas di masak.
Rupanya dengan hanya menggunakan halia tua, boleh mengilangkan hanyir pada perut lembu ini.
Ada sikit masa lapang untuk menyediakan Mee Daging untuk makan hari ini. Tapi hari ini juga bila saya tengah menyediakan bahan-bahan untuk masak, saya ingin kongsikan satu tip yg sangat senang untuk menghilangkan bau hanyir perut. Senang sahaja. Ini ialah sukatannya.
2 Ketul Halia Tua
Air secukupnya
1. Untuk setiap 500gram Perut yg dibeli siap rebus dipasaraya atau frozen , saya menggunakan 2 ketul Halia Tua bersaiz ibu jari. Cuci perut itu bersih bersih dan potong ke saiz yg dikehendaki.
2. Kisarkan halus halia itu tanpa air.
3. Perah air halia ke dalam Perut itu dan gaulkan . Tinggalkan selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, boleh gunakan terus perut itu dalam masakan , tidak perlu cuci air perahan halia.
* Jika menu anda tidak memerlukan rasa halia, boleh cuci air halia dari perut dan menggunakan perut untuk masakan.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak hilangkan hanyir perut lembu.Guna halia tua je. Suka makan perut lembut, sewaktu merebus nanti boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Bila usia semakin meningkat mesti ‘terkehel’ sana, ‘terkehel’ sini. Sakit urat dan kebas badan mu dah mula terasa. Sebab itu, bila sakit jangan dibiarkan dan perlu buat sesuatu.
Sakit urat atau kebas anggota badan tidak hanya sembuh dengan mengurut tapi boleh juga amalkan minuman yang berkhasiat atau air rebusan yang memang sudah tahu mujarabnya.
Salah satu cara untuk hilangkan sakit urat dan kebas adalah dengan mengambil minuman dari serai, halia dan halba. Inilah yang dikongsikan oleh Ida Shahida tentang petua untuk hilangkan masalah ini.
Petua untuk kebas dan sakit urat saraf tangan atau mana mana anggota badan.
Rebus serai, halia dan halba. Minum 3 kali sehari. (boleh campur daun pandan).
MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.
Caranya:
6 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan – dikoyak
½ tapak tangan halia besar
2 sudu besar halba
1 ½ a mineral besar atau 6 gelas air (biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).
1 sudu besar/kecil madu lebah asli
(Masukkan dalam gelas minuman dan pastikan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.
Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
Sejukkan atau suamkan.
Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku, baru boleh campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar ke dalamnya.
Minum 3 gelas sehari.
Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat.
Jadi mesti direbus lama.
Jika nak direbus lagi perlukah dibuang semua bahan atau sekadar menambah saja bahan?
tambah sedikit bahan yang baru setiap kali merebus dan bila dah 3 kali rebusan ganti baru kesemuanya sebab sudang hilang pati.kekalkan kualiti dan power.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu untuk anda yng mengalami masalah ini. Boleh cuba nanti.