“Mohon Doakan Diberi Kesembuhan”, merupakan harapan suami kepada pelakon Jasmin Hamid,49 yang kini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buluh akibat serangan jantung, jam 2 pagi tadi.
Suami Nafi Jasmin Keadaan Kritikal
Serangan jantung tidak mengira sesiapa sahaja, namun berita tular mengatakan pelakon ini sedang kritikal sama sekali tidak benar. Perkara ini disahkan sendiri oleh suami Jasmin sendiri.
Nazmir Abd Rahim yang menyatakan keadaan terkini isterinya adalah semakin baik dan bukannya kritikal seperti yang tular. Nazmir juga menyangkal isterinya rebah dan tidak sedarkan diri, sebaliknya Jasmin masih mampu bercakap dan boleh berjalan sendiri ketika dibawa ke hospital.
“Isteri dimasukkan ke wad CCU kerana doktor ingin memantau keadaan jantung. Keadaannya kini stabil selepas doktor memberikan ubat pencair darah.
“Sebelum ini, isteri tidak mempunyai sejarah penyakit jantung. Semalam, isteri mengadu dada seperti dihimpit dan tangannya tiba-tiba kejang.
“Rahang pula kebas dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Pada mulanya, isteri menyangka hanya sakit perut kerana baru pulih cirit birit.
“Jadi, isteri hanya makan ubat sakit perut dan tahan sakit. Kemudiannya, saya memberinya penyedut asma kerana dia ada penyakit semput, tetapi tidak berjaya.
“Ubat tahan sakit sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan dialami, tetapi saya nampak isteri tidur dalam keadaan gelisah dan badannya mengeluarkan peluh dengan banyak,” katanya.
Petang semalam, kata Nazmir, dia membawa Jasmin melakukan pemeriksaan di klinik. Menerusi ujian elektrokardiogram (ECG) dilakukan, doktor mendapati bacaan jantung kurang baik dan minta Jasmin ke hospital untuk melakukan pemeriksaan penuh.
Ads
“Saya faham ramai yang risau apabila keadaan kesihatan isteri ditularkan teman artis. Lebih lagi, apabila ada yang mengatakan isteri dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Sebenarnya, isteri hanya dimasukkan ke Zon Kuning dan dipindahkan ke CCU, jam 2 pagi berikutan perlu menunggu giliran.
“Ini kerana ada 14 pesakit lain menanti giliran untuk dimasukkan ke unit berkenaan.
“Memang keadaannya ketika terkena serangan jantung amat merisaukan. Jantung bukanlah perkara boleh dibuat main-main, jadi saya minta kebenaran isteri memuat naik status menerusi Instagram (IG) memohon doa orang ramai,” katanya.
Namun, katanya, Jasmin kuat semangat, masih boleh bercakap dan berjalan sendiri.
Ads
“Saya boleh katakan keadaannya baik kerana sedar dan boleh memberikan respon kepada doktor.
“Tetapi doktor tetap menahan isteri ditahan di wad selama lima hari kerana mereka ingin memantau keadaan kesihatannya,” kata Nazmir.
Mohon Doakan Kesembuhan
Terdahulu, Nazmir dalam hantaran yang dimuat ke akaun IG milik Jasmin memohon orang ramai mendoakan isterinya dipanjangkan umur dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.
Dalam hantaran itu, Nazmir berkata, tekanan darah dan degupan jantung pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu agak lemah. Justeru, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung.
Sumbang mahram. Perkara yang langsung tidak terfikir bila keadaan ini berlaku pada ahli keluarga. Paling menyedihkan, kejadian tanpa diketahui sehingga melahirkan anak daripafa hubungan haram itu.
Kes ini bukan di luar negara tapi di Malaysia. Tak tahu apa yang nak dikatakan bila keadaan ini berlaku.
Dalam portal Berita Harian melaporkan, remaja berusia 15 tahun menghadapi pertuduhan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandungnya, tahun lalu, 2022 sehingga melahirkan anak.
Dia didakwa merogol mangsa pada Jun dan September 2022 mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, 15, didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya, 14, yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama pada 11 malam hingga 12 tengah malam, di antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan denganmangsa sama yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam di antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.
Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.
Tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi atau mendekati mangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, adiknya melahirkan bayi lelaki cukup sifat, 16 Februari lalu.
Semasa kejadian tersebut, pegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulan ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.
Pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulan telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital.
Difahamkan, mangsa telah melahirkan bayi kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.
Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut.
Mingguan Wanita : Mak ayah kena pantau apa yang anak buat di rumah. Kita anggap tiada apa-apa tapi sebaliknya. Minta dijauhkan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Rancangan realiti ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa dan personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Peserta mestilah berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun pada tahun 2020. Tarikh ujibakat secara atas talian akan bermula dari 1 Jun – 14 Jun 2020.
Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
1.Muat naik video pengenalan diri anda di Instagram. 2.Tag Majalah Hijabista @hijabistamag dan hashtag #majalahhijabista #ratuhijabista #safihijabista #sayasayangsaya. Pastikan akaun Instagram anda berada dalam mod terbuka. 3.Isi borang secara atas talian di www.hijabista.com.my/ratuhijabista bagi melengkapkan penyertaan anda.
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya kalau ikutkan cerita Doktor Taufiq Razif anak yang berjaya hafal 30 Juzuk Al-Quran ini bukan meminta-minta tetapi kalau ada yang sudi nak tolong tunaikan impiannya apa salahnya.
Ya, betul Mak Ayahnya pekak dan bisu. Namun semangatnya untuk hafal ayat-ayat suci Al-Quran ini patut dibanggakan. Alhamdulillah, rezeki mak ayahnya dapat anak hebat.
Jadi andai kata ada netizen yang sudi membantu dan nak tahu cerita penuhnya, baca perkongsian Doktor ini.
Budak Tahfiz Ni Mak Ayahnya Pekak Dan Bisu
Sebak saya nak cerita pasal budak ni sebenarnya. Percaya tak kalau saya bagitahu mak ayah adik Mustaqim Rosli ni pekak dan bisu? Lebih dasyat lagi anak kepada mak ayah yang bisu ni obses sangat hafal Al Quran dan sekarang dah berjaya hafal Juz 30 dalam masa yang sangat singkat!
Ayahnya cuma peniaga kecil yang berniaga kopiah di market Changlun. Keluarga adik Mustaqim ni memang sangat sangat miskin! Tapi yang membuatkan saya sebak sangat sangat adalah adik Mustaqim ni tak pernah miss pun pergi kelas mengaji walaupun ayahnya sendiri tak mampu nak bayar yuran kelas mengaji.
Adik Mustaqim ni tak kira. Rasanya dia memang dah nekad nak hafal Al Quran untuk bagi syafaat pada mak ayahnya yang OKU tu.
Cuma Minta Glove Bola
Masa cikgu tanya apa je yang adik Mustaqim nak kalau dah berjaya hafal juz 30 dalam Al Quran. Tahu tak apa jawapan adik ni?
“Saya taknak apa-apa pun. Saya cuma nak glove bola je.”
Tahu tak berapa harga glove bola yang adik Mustaqim ni duk impikan tu? Rm11.50 je tapi dia tak mampu pun nak beli ! Bila adik Mustaqim ni dah lulus hafalan juz 30 dia terus dibawa ke pasaraya CMART untuk beli glove bola dia. Punya la dia tersenyum macam benda tu benda paling mahal kat atas dunia. Memang adik Mustaqim tak berduit dan tak mampu nak beli walaupun cuma berharga Rm11.50!
Sebak!
Sekarang ni adik Mustaqim ni belajar di Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar di Kampung Lembah Palas, Changlun Kedah. Masalahnya sekarang ni pusat tahfiz tu dah buruk sangat. Dah 2 tahun kempen kutipan derma dibuat untuk bina bangunan baru untuk pra tahfiz untuk adik-adik yang berumur 5-12 tahun tapi cuma rm60 ribu je yang mampu dikutip.
Masih kurang rm200 ribu lagi. Mudir kepada adik Mustaqim tu sebenarnya nak selamatkan budak-budak kampung tu yang 90% dah terjebak dengan ketum dan 50% pulak dah terlibat dengan dadah. Tu yang saya terdetik hati nak lancarkan kempen kutipan dana kilat untuk pusat tahfiz adik Mustaqim ni.
Dengan harapan, ramai lagi budak-budak miskin di kampung tu dapat juga belajar ilmu Al Quran dan menghafalnya. Jom kita pakat bantu adik Mustaqim dan mudirnya untuk bina bangunan baru untuk selamatkan budak-budak kampung di sana. Semoga Allah buka hati kita untuk buat amal kebaikan.
Bagi Anda Yang Nak Beri Sumbangan
Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah atok nenek dan keluarga yg telah meninggal dunia . 1 lot wakaf bernilai rm10 . Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Boleh buat sumbangan melalui:
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR No. Akaun : 02 0390 10080 690
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...