Menjaga kesihatan jantung sangat penting. Fungsi utama jantung adalah mengalirkan darah yang kaya dengan oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Jika organ ini tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan serangan jantung sekaligus menyebabkan kematian.Oleh yang demikian, pemeriksaan dan kesedaran awal terhadap simptom-simptom jantung sedang bermasalah adalah sangat penting.

Ujian Ibu Jari

Terbaru,sekumpulan doktor dari Fakulti Perubatan Universiti Yale mendedahkan individu boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung dengan menggunakan ujian ibu jari, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Bagi menjalankan ujian mudah tersebut, individu hanya perlu menggunakan sebelah tangan dan membuka tapak tangan dalam keadaan rata.

Seterusnya, letakkan ibu jari di sepanjang tapak tangan sejauh yang mungkin.

Ketahui Risiko Jantung Bermasalah Menerusi Pemeriksaan Sendiri Ujian Ibu Jari!
Boleh melakukan tiga langkah mudah untuk menjalankan ujian ibu jari bagi mengetahui risiko masalah jantung yang berbahaya. – The Sun

Risiko Menghidap Aneurisme

Jika ibu jari mereka boleh melepasi hingga ke luar kawasan tapak tangan, ini bermaksud individu tersebut berisiko menghidap aneurisme (arteri tersumbat) tersembunyi.

Hal ini kerana kemampuan seseorang untuk menggerakkan ibu jarinya melepasi kawasan tapak tangan adalah petunjuk terdapat masalah pada sambungan sendi tubuhnya.

Keadaan itu merupakan antara tanda penyakit tisu yang menghubungkan sendi di seluruh badan termasuk aorta, iaitu arteri terbesar dalam badan yang mengalir dari jantung ke perut.

Ketahui Risiko Jantung Bermasalah Menerusi Pemeriksaan Sendiri Ujian Ibu Jari!
Individu yang positif dalam ujian tersebut berupaya menggerakkan ibu jari mereka melepasi kawasan tapak tangan. – Fakulti Perubatan Universiti Yale/The Sun

Jurnal Kardiologi Amerika Syarikat

Penyelidik telah menjalankan ujian tersebut ke atas 305 individu dan menerbitkan hasil kajian mereka dalam Jurnal Kardiologi Amerika Syarikat.

“Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit aneurisme tidak memberikan keputusan positif dalam ujian ibu jari-tapak tangan.

“Namun, pesakit yang positif ujian tersebut berkemungkinan tinggi mengalami aneurisme,” ujar penulis kanan jurnal tersebut, Dr. John A. Elefteriades. – AGENSI

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Lelaki Diserang Sakit Jantung, Tertekan Ajar Anak Kerja Sekolah Matematik!

Petanda Awal Jantung Bermasalah, Ramai LAMBAT Sedar & Tak Ambil Peduli!

Petua Jaga Jantung Sihat Amalkan Minum Jus Tomato Selalu

MW: Tak sangka dengan ujian mudah ibu jari boleh menentukan risiko masalah jantung bagi individu.Namun paling penting, jika rasa kurang sihat dan mempunyai petanda awal jantung bermasalah, segeralah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lengkap. Jangan tangguh!

Sumber:Kosmo

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

IKLAN

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Ketahui Risiko Jantung Bermasalah Menerusi Pemeriksaan Sendiri Ujian Ibu Jari!

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

IKLAN

Ketahui Risiko Jantung Bermasalah Menerusi Pemeriksaan Sendiri Ujian Ibu Jari!

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Ketahui Risiko Jantung Bermasalah Menerusi Pemeriksaan Sendiri Ujian Ibu Jari!

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI