Setiap orang ada cara nak jaga pantang selepas bersalin. Mungkin ada yang dah terbiasa ikut cara mak-mak dengan berbengkung, makan jamu, mengurut dan sebagainya. Risau takut bentan dan meroyan pula. Kesannya hanya mereka saja yang tahu sakitnya. Lebih teruk dari bersalin gamaknya.
Itulah pesan mak-mak dulu, kena jaga pantang. Mungkin sekarang tak ada nampak kesannya, tapi bila dah berusia, sakit sana, sakit situ. Barulah sedar kita tak pernah nak pantang betul-betul selepas bersalin.
Jangan ambill mudah dalam jaga pantang selepas bersalin. Jangan kata itu zaman mak-mak dulu, zaman sekarang buat cara berpantang ala mat saleh, boleh minum ais, tidur dalam beraircond, tak kisah nak makan apa pun. Ok saja.
Antara perkongsian daripada Siti Aishah yang boleh dijadikan panduan buat ibu muda sekarang.
Ibu muda. Anak sulung. Bersalin masa musim. PKP. Anak nak masuk usia 100 hari.
Masa datang tadi dia duduk saja.
Mak dia yang sambut kat pintu.
Kak Ice tengok muka dia pucat. Macam tahan sakit. Rupa-rupanya dah 3 hari tak boleh bangun. Sakit pinggang tangkap sampai ke ibu jari. Cramp.
Bentan!
Bila pegang urat. Tegang.
Masa dari atas sofa suruh duduk atas toto kat lantai, menangis-nangis ketap bibir sakit.
Tak sampai hati. Suruh dia duduk je atas sofa.
Sapu Diang satu badan.
Buatkan dia Spices Tea. 3 t bag rebus dengan 1 liter air. Tambah halia ketuk.
Ads
Bagi minum dengan madu suam-suam panas.
Peluh merecik-recik. Sendawa keluar. Kentut bertalu-talu. Akhirnya muntah angin.
Terus panaskan tungku dia. Tuam satu badan.
Sakit Sendi Dan Angin
Masih tak ada kesan. Tapi sakit sendi dah banyak hilang katanya. Mungkin asbab berpeluh-peluh lepas sapu Diang dan minum Spices Tea panas-panas.
Panaskan balik tungku
Tuam kat tungking. Dia cakap rasa elektrik sampai ke hujung ibu jari kaki. Lama-lama baru kaki boleh kendur dan dia ngkat.
Sepanjang proses rawatan maknya hanya melihat. Senyap.
Tolong bakarkan tungku. Tolong jagakan baby.
Sekalipun tak bersuara.
Disebabkan bentan, memang tak diurut. So just tuam banyak kali. Kipas dan air cond off.
Pelanggan merecik peluh. Kak Ice dan mak pelanggan pun berkuap-kuap peluh. Buka tingkap kasi angin luar masuk.
Beginilah Rawat Ibu Bentan
Ya ampun. Azabnya nak rawat ibu bentan.
Ads
Ketika si ibu pergi toilet Maknya datang rapat.
Buka cerita. Katanya.
Si anak berpantang ala mat saleh. 24 jam beraircond. Minum air kosong bergelen-gelen.
Berselang seli air dingin Coway. Makan segala ketupat rendang kuah kacang.
Benda jadi nazak bila malam raya, suaminya balik bawak lemang. Suami sua suruh makan. Katanya tak baik tolak rezeki. Lagipun tak de istilah pantang-pantang makan dalam perubatan moden.
Tak ade istilah bentan, meroyan dan melunai.
Bersalin adalah proses semulajadi kelahiran manusia.
Si ibu pun makanlah lemang. Tak sampai sejam, nak tarik nafas rasa azab. Dada sempit.
Tercungap-cungap.
Sampailah 3 hari lepas, tiba sakit pinggang sampai kebas separuh badan. Pergi hospital, doktor scan segalanya. Tak jumpa apa masalah. Bawak balik dengan ubat tahan sakit semata-mata. Si mak suruh cari bidan mengurut secepat mungkin. Takut si anak tiba-tiba lumpuh katanya.
Maknya kata. Si suami adalah seorang perawat moden di sebuah hospital.
Ads
Suaminya tak percaya perihal berpantang makan, rawatan bersalin dan segala herba dan jamu.
Si mak senyap je lah.
Perhatikan sahaja suami isteri mencatur aturan berpantang sendiri.
Maknya cerita. 7 kali dia bersalin. Tak pernah sakit macam si ibu muda tadi.
Pelik bila amalan yang dia pakai untuk ketujuh2 kelahiran dipertikaikan oleh perawat moden.
Jadi, dia senyap je lah.
Last masa nak balik.
Si mak tengah solat.
Kak ice kirim salam melalui si ibu.
“Itu mak mentua saya tu Kak Ice. Dia suruh saya pantang. Suami yang kata tak payah”
Terus rasa nak tepuk kepala. Tetapi tahankan sahaja.
Apa agaknya perasaan si mak tua. Melihat anak lelaki yang dia kandung derhaka dengan amalan kaum wanita
Sekarang azab si isteri dah tanggung.
Harap si suami akan terus menjaga dan menyantuni isteri tanpa rungutan. Tatkala si isteri diuji dengan akibat malanggar pantang.
Harap si suami terus setia dalam suka dan duka. Dalam sihat dan sakit si isteri.
Mingguan Wanita : Walaupun dunia makin moden, jangan lupa petua orang dulu-dulu. Jangan tak percaya kalau kita tengok mak-mak dulu badan tetap langsing, awet muda sebab amalkan petua orang lama. Berbanding sekarang, jauh sangat bezanya.
Pelakon Linda Rafardan Abby Abadi nampak gayanya geram sungguh dengan aksi seorang cikgu yang tanpa alasan kukuh telah memukul salah seorang pelajarnya sampai terpelanting dari kerusi.
Video yang dimuat naik dalam lama instagram kedua artis ini mendapat reaksi yang sama daripada follower mereka. Rata-rata terkejut dengan tindakan di luar batasan sebagaimana seorang guru seharusnya bertindak.
Kata Linda Rafar dalam instagramnya itu, “Perhatian! Tolong viralkan. Sape cikgu giler ni main pukul je anak orang tanpa sebab. Sape tau dan kenal perempuan ni.
“Tolong viralkan muka dia sekarang. Sape tahu tadika or taska mana. Dengar cikgu lain pun pukul jugak.”
Dah Tahu Tak Sabar, Nak Juga Jaga Anak Orang
Emosi yang sama turut dikongsikan oleh Abby Abadi. Abby menyangkal tindakan guru tersebut yang disifatkan tiada kesabaran, tetapi masih mahu menjaga anak orang lain.
“Ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu tak ada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?”
Tambah Abby lagi, “Hai la akak-akak. Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat akak-akak balik. Saya tak boleh benda benda gini.”
“Budak itu tak ada buat salah apa pun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga-penjaga ni. Geram ni!”
Betul Ke Orang Melaka?
Bagaimana pun Abby sekali lagi memaklumkan tidak pasti dengan lokasi kejadian tersebut. Malah Abby merayu agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan lanjut.
“Tak pasti dimana. Tapi dimaklumkan di Melaka. Betul ke orang Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit.. biar diaorang tahu erti penyesalan.”
Betullah seperti apa yang disarankan oleh Linda Rafar dengan Abby Abadi itu. Walau beremosi macam mana sekalipun seorang pendidik, tidak seharusnya melepaskan geram pada anak-anak murid yang masih suci hatinya.
Kerana nanti akhirnya, andalah sebenarnya yang sedang mengajar anak itu untuk menjadi seorang pendendam dan panas baran.
Ain Edruce hamil luar rahim. Salam takziah diucapkan buat pelakon Ain Edruce yang baru saja keguguran.
Hasrat Ain untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila mengalami keguguran.
Sebelum itu Ain mengetahui dirinya hamil anak kedua namun doktor sahkan kehamilan kali ini berisiko tinggi. Malah doktor juga menasihati Ain agar menjalani prosedur menggugurkan kandungan pada minggu lalu.
“Tahun ini saya tiada rezeki tambah anak lagi. Saya dapat tahu hamil sewaktu menjalani penggambaran di Dubai pada pertengahan Februari lalu.
“Kami buat pemeriksaan dan nampak kantung di kawasan tiub fallopio. Doktor cakap mungkin cyst (ketumbuhan) tetapi sebenarnya saya mengandung luar rahim selama lapan minggu.
“Kami kena cepat selesaikan masalah kerana boleh bawa maut. Jumaat lepas sekitar pukul 8 malam pendarahan saya tidak berhenti selepas doktor cucuk untuk hancurkan tanda-tanda bentuk bayi dalam kandungan,” ujar Ain seperti mana dipetuk menerusi KOSMO! Online.
Traumi Alami Pendarahan Teruk
Ain turut menjelaskan dirinya berasa trauma apabila mengalami pendarahan yang teruk.
“Sebenarnya mental saya sudah sedia untuk kehilangan zuriat kedua kami dan hanya menunggu masa untuk datang bulan seperti biasa.
“Namun, mental saya belum mampu untuk berdepan pendarahan yang teruk kerana sakit sangat.
“Apa yang saya lalui pada Jumaat lepas sememangnya meninggalkan kesan sehingga trauma kerana terlalu sakit. Walaupun sudah ambil ubat painkiller, tetap tak mampu tahan kesakitan,” kongsinya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa pada setiap 13 Ogos merupakan Hari Kidal Sedunia. Tak ramai yang dilahirkan kidal, istimewanya hanya 10 hingga 15 peratus sahaja daripada populasi dunia.
Antara selebriti dunia dan tempatan terkenal yang kidal seperti Justin Bieber, Angelina Jolie, Julia Roberts, Keanu Reeves, Lady Gaga, Nicole Kidman, Sarah Jessica Parker,Oprah Winfrey, Brad Pitt, Hugh Jackman, Scarlett Johannson, Tom Cruise,Gordon Ramsay, Yusry KRU, Lisa Surihani, Man Kidal, Rozita Che Wan, Azza Elite dan ramai lagi.
Banyak kelebihan yang dimiliki oleh orang yang bertangan kidal ni. Antaranya dianggap unik dan kreatif, dikatakan memiliki IQ yang tinggi dan lebih bijak.
Jom semak fakta berikut;
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan,logik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendifinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
5. Perlu tahu lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
6. Orang kidal kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah disebelah kanan.
7. Orang Kidal lebih cepat marah.Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.
8. Untungnya orang kidal terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan.Menurut kajian dari St.Lawrence University,kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih dari 140.Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein, dan Newton adalah orang-orang kidal.
9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.
10. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.
11. Antara personaliti terkenal yang kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...