Meriah Berkumpul Hari Raya, REZEKI Atuk Nenek Miliki Keturunan 10 Cucu, Cicit KEMBAR! Hari Raya merupaka waktu kebanyakan seluruh ahli keluarga berkumpul meraikan hari raya. Lebih meriah apabila dalam keturunan mempunyai pasangan kembar.
10 Pasangan Cucu Cicit Kembar
Sepasang suami isteri warga emas di Batu Bara, wilayah Sumatera Utara menjadi perhatian ramai kerana memiliki 10 pasangan kembar cucu dan cicit, lapor laman berita Detik semalam.
Sudio, 98, dan isterinya Welas, 86, memiliki 10 orang anak, namun tiada seorang pun daripada anak mereka dilahirkan kembar.
“Anak-anak pasangan ini tiada kembar. Namun, keturunan mereka yang lain iaitu cucu dan cicit dilahirkan dengan 10 pasangan kembar.
“Pasangan kembar paling tua adalah cucu mereka yang berusia 35 tahun serta telah pun mempunyai anak,” kata salah seorang cucu, Santi.
Ahli Keluarga Lebih 100 Orang
Tambahnya, seluruh ahli keluarga yang melebihi 100 orang itu akan berkumpul setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah Sugio dan Welas di Batu Bara.
Ads
Mereka turut mengadakan acara tradisi unik iaitu mengarak pasangan suami isteri itu menggunakan beca motosikal.
Keluarga besar itu memiliki 10 orang anak dan menantu, 58 cucu serta 30 cicit.
Hijrah Ramadan, Maryam bersyukur terima hidayah lepas jadi model tudung. Bergelar seorang mualaf bukanlah satu perjalanan yang mudah. Apatah lagi apabila berubah dengan mengenakan hijab. Bukan mudah untuk mengekalkan perubahan itu kerana ada separuh yang terkandas di pertengah jalan penghijrahan.
Namun pempengaruh popular Maryam You Narae yang terkenal dengan Youtube Channel mereka Durian Kim Chi berasa sangat bersyukur dek kerana Ramadan kali ini Allah telah memberi dirinya hidayah untuk berhijrah menjadi seorang Muslimah sejati.
Isteri kepada Ryzal dan ibu kepada seorang puteri comel Rina ini juga akui dirinya berhijrah kerana kerelaan hatinya sendiri.
Menyatakan kisah hijrah, Maryam pada awalnya menerima tawaran sebagai model sebuah jenama tudung untuk Ramadan ini.
“Tiba-tiba saya dapat tawaran jadi model tudung untuk bulan Ramadan dan saya berfikir mungkin Ramadan kali ini saya nak cuba bertudung secara tetap.
“Dalam satu hari 20 tudung saya pakai… saya risau sebab dulu tak selesa, panas dan tak sesuai dengan saya.
“Tapi pada hari tersebut saya cuba pakai 20 tudung pun saya suka dan sangat selesa, jadi selepas itu saya konsisten pakai tudung sampai sekarang,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi mStar.
Berkongsi lanjut cabaran hijrahnya, Maryam berkongsi pengalaman dirinya pernah diminta menanggalkan tudung bagi menjalani penggambaran sebuah iklan.
“Saya dah marah mereka tapi lagi saya marah lagi mereka minta saya tipu netizen, tak bolehlah.
“Jadi saya memang tolak tawaran mereka dan tak mahu buat apa yang mereka minta selepas itu mereka diam sahaja,” luahnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rohana Jalil kritikal di ICU, anak mohon doa kesembuhan buat ibu di penghujung Ramadan. Kesihatannya baik sebelum ini bahkan minggu lalu masih aktif membuat persembahan pentas bersama rakan sealiran.
Namun sejak semalam, penyanyi Rohana Jalil dilaporkan kritikal dan kini berada bernafas menggunakan bantuan oksigen.
Memetik laporan Berita Harian, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit, sejak semalam.
Mengesahkan berita duka itu kepada BH Online, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, pagi ini.
Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.
Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.
“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.
“Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.
“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” katanya kepada BH Online.
Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.
“Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” katanya.
Mengulas fizikal Rohana yang semakin kurus, Salwa berkata, dia tidak mengetahui jika Rohana mempunyai penyakit, memandangkan aktif dan sentiasa cergas.
“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan.
“Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.
“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus.
“Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,” katanya.
Terdahulu, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.
Sebelum itu, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu memulakan kerjayanya sebagai gadis kilang sekitar 1970-an, sebelum menukar kerjaya nyanyian apabila ditawarkan menyertai band D’ Suria dengan mengadakan persembahan di ekspo dan fun fair.
Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, Rohana mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya apabila kecundang.
Namun, Rohana tidak berputus asa dan mencuba sekali lagi nasib dalam Bintang RTM, empat tahun kemudian.
Akhirnya, Rohana dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Rohana muncul dengan album pertama, Rintik-Rintik Hujan, tetapi album itu tidak mendapat sambutan. Kemunculan album kedua, Masih Dalam Ingatan juga mengecewakan.
Namun, kejayaan ibu kepada tiga cahaya mata mendapat tempat ketiga Persembahan Terbaik dalam Juara Lagu TV3, mengambil alih tempat Datuk Jamal Abdillah (menerusi lagu Cinta Yang Terbiar) berjaya membawa banyak pembaharuan.
Kemunculan Rohana bersama album Rayuanku terbitan A Ali membawa tuah apabila mendapat sambutan hangat.
Selain itu, lagu sentimental duet Rohana dan To’ki, Naluri Cinta juga melonjakkan populariti Rohana pada era 1990-an.
Boss susu kongsi pentingnya beri bonus & gaji awal sebelum raya, gembirakan pekerja amalan baik. Akui dulu pernah kecewa. Setiap tahun, pasti ramai yang tertunggu-tunggu bonus dari syarikat. Ia ibarat semangat untuk bekerja kerana bertungkus lumus selama setahun dan menuai hasilnya dengan bonus pemberian syarikat.
Namun tidak semua majikan melihat pemberian bonus ini sebagai pemangkin semangat. Alasan sering kita dengar, ekonomi tidak baik, syarikat alami kerugian dan berbagai alasan sehinggakan tahap moral pekerja menjadi rendah kerana mereka tidak melihat usaha bersungguh-sungguh dibuat untuk syarikat berbaloi (walau masih menerima gaji bulanan).
Satu perkongsian dari Boss Susu, Azmi Zainal mendapat banyak perhatian apabila berkongsi perihal bonus dan gaji awal untuk menghadapi raya.
Katanya, dirinya pernah rasa kecewa kerana tidak mampu menyediakan apa untuk keluarga dan kini di puncak kejayaan kerjaya, dia akui bonus dan gaji itu adalah hal yang menggembirakan hati pekerja.
Ni meeting aku dengan GM dan pengurus HR minggu lepas kat Muazam. Meeting pasal annual increment, gaji sebelum raya dan tarikh bonus raya.
Di Farm Fresh kami bayar bonus ikut perayaan. Kalau yang Chinese dan India, kami bagi bonus tahunan sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Kalau yang melayu kami beri bonus masa Hari Raya Aidilfitri.
Dengan cara ni pekerja kami akan lebih bermakna hari rayanya. Mereka pasti gembira bila nak raya. Dapat bonus pulak, boleh beli baju raya untuk keluarga. Boleh bagi duit raya untuk mak.
Raya ni perayaan yang kita tunggu-tunggu selama setahun. Begitu juga dengan bonus. Kalau kita dapat kedua-duanya pastilah kita suka sangatkan. Menggembirakan pekerja juga satu amalan yang baik.
Saya cakap dengan pengurus HR supaya bayar gaji sebelum hari raya kerana di rumah mereka ada yang berharap. Mungkin tak banyak. Kalau yang bujang, dia boleh tolong belikan daging buat keluarganya.
Dia akan bangga. Maknya akan cakap pada adik beradik yang lain, ”daging lembu yang mak buat rendang ni abang kau yang beli kan”.
Atau bagi seorang ketua keluarga, anaknya akan cakap pada neneknya masa balik kampung nanti, ”Opah… abah kita beli kan kasut adidas tau… cantik tak opah”.
Aku penah merasa saat-saat aku tidak mampu menggembirakan keluarga satu ketika dulu. Kecewanya tidak terkata. Jadi, saya tak nak pekerja saya rasa kecewa di hari raya.
Sekarang saya dalam perjalanan ke stesen kami di Muazam shah. Malam ini saya buat majlis berbuka puasa untuk mereka. Di sini saya ada 424 org staff (keseluruhan staff kami 925 orang). Beria-iya mereka buat persiapan untuk malam ni. Gembira betul seolah-olah ada kenduri besar.
Semoga Allah beri kami rezeki dan rahmatnya dan Farm Fresh terus maju.
Ini senarai lengkap kontak Kedutaan Besar Malaysia di negara Timur Tengah untuk rujukan rakyat Malaysia yang bekerja, belajar atau menetap di sana. Simpan untuk...