Sumber Foto : Puan Dzuriasikim Dzulkefli

Wanita pintar & pandai masak bonus, setuju dengan apa yang dikatakan. Jika tak pandai masak sebenarnya pekara itu sangatlah mudah dan boleh saja belajar.

Lagi-lagi wanita yang bijak, memasak bukanlah satu isu yang besar.

Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus

Ketika ramai merai kejayaan anak Malaysia, Irdina Shahriman yang cemerlang akademiknya di Virginia. Tech, Amerika Syarikat, tiba-tiba hadirnya pertanyaan sinis, daripada ‘Johari’ mempersoalkan kebolehan pengurusan rumah tangga anak muda ini.

“Mampukah dia memasak? Menyediakan sandwic? atau membasuh pinggan mangkuk” Kerana bagi ‘Johari’, jika tidak pandai semua itu perkahwinan dikatakan tidak berbaloi.

Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen

Rupanya masih ramai lagi lelaki yang gagal memahami bahawa urusan memasak, membasuh pinggan mangkuk itu semua adalah tanggungjawab suami. Isteri melakukannya hanya kerana ihsan isteri pada suaminya. Sehingga hari ini rupanya masih wujud lagi lelaki berpemikiran seperti ‘Johari’ di celahan masyarakat.

Menerusi perkongsian Puan Dzuriasikim Dzulkefli, wanita yang pintar dan pandai memasak adalah satu bonus. Jika tidak pandai masak, wanita yang bijak boleh belajar dalam masa yang singkat. Apatah lagi dalam dunia serba moden sekarang sudah ada “bibik German”

“Don’t be a woman that needs a man.  Be a woman that mans need….”.

“Begitulah….

“Wanita pintar dan pandai memasak itu bonus.  Jika tidak pandai, insyaAllah mereka boleh belajar dalam waktu yang singkat.

“Sedangkan ilmu yang sukar pun boleh dikuasai, apa lagi untuk menjadikan dapur berasap dengan lebih kerap.

“Lagi pun, sekarang sudah ada “bibik German” yang didatangkan dengan buku panduan yang lengkap.  Jujurnya, orang yang langsung tidak tahu memasak pun boleh menghasilkan hidangan yang sangat enak.

IKLAN

“Semuanya kerana penangan “bibik German” ini.    Sukatan yang diberikan dalam buku resepinya tepat!

 

Wanita Pintar Biasanya Akan Bertemu Jodoh Dengan Pasangan Yang Pintar

“Owh lagi satu, wanita pintar biasanya akan bertemu jodoh dengan pasangan yang pintar juga.  Yang tidak bersangka-sangka remeh tentang wanita. Seorang lelaki yang optimis, positif, berwawasan, menulis dan bertutur dengan lebih intelek.

“Memandang beliau adalah wanita pintar, pastilah dia lebih selesa untuk berpasangan dengan seseorang yang berada pada level yang serupa.  So that they could speak the “same languages”.

Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen

“Satu perkara lagi, bila sudah kahwin nanti, wanita kebiasaannya akan mula belajar dari ibu mertua mereka untuk memasak makanan kegemaran suami tersayang.  Jadi tidak perlu terburu-buru.

“Saya tidak fikir gadis ini berasa tergugat dengan soalan yang diajukan.  Gadis begini akan tenang dan “chin up” serta terus melangkah sahaja.

IKLAN

Jadi Diri Yang Sebenar

“Jadilah diri mu yang sebenar, tanpa perlu menjadi orang lain… hanya kerana mahu orang lain menyukai mu.

“Orang yang benar-benar menyukai mu tidak memerlukan kamu untuk berubah kerana baginya, kamu adalah pelengkap hidup mereka,” kongsi Puan Dzuriasikim.

Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen
Foto : Canva

“Kalau Wanita Pandai, Biasanya Pandai Memasak” Komen Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang menyatakan memasak bukanlah isu besar. Tugasan rumahtangga pun bukan terletak pada isteri saja tau!

Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen

Mingguan Wanita : Setakat memasak boleh saja belajar, petik jari saja. Tak tahu boleh bertanya dan lakukan pencarian di internet. 

IKLAN

Sumber Foto : Puan Dzuriasikim Dzulkefli

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Kena bijak pilih baju ikut saiz badan.

Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI