Ads

Malaysia Quran Hour 2026: Raja Permaisuri Agong Bersama Rakyat Hayati Al-Quran Sempena Merdeka Ke-69

Malaysia Quran Hour 2026

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69, rakyat Malaysia akan berhenti sejenak selama satu jam untuk membaca, memahami dan menghayati al-Quran menerusi Malaysia Quran Hour 2026.

Program Malaysia Quran Hour 2026 akan berlangsung pada 30 Ogos 2026, dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang, dengan lokasi perdana di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Mengangkat tema “Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera”, program ini menjadikan Surah al-Muzzammil dan Surah al-Balad sebagai panduan dalam membina kekuatan jiwa, ketahanan menghadapi cabaran serta kepedulian terhadap sesama manusia.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke lokasi perdana

Malaysia Quran Hour 2026 turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, ke lokasi utama program.

Malaysia Quran Hour 2026

Ads

Penglibatan Seri Paduka Baginda membawa simbolik penyatuan institusi Raja dan rakyat di bawah naungan nilai wahyu, sekali gus mengangkat makna kemerdekaan bukan sekadar sebagai sambutan tahunan, tetapi amanah membina insan berakhlak dan masyarakat sejahtera.

Baca juga: 69 Usahawan Mikro BSN Jadi Inspirasi, Kisah Mereka Raikan Semangat Merdeka

Ads

Gerakan serentak di seluruh negara

Walaupun lokasi utama diadakan di Kuala Lumpur, denyut sebenar Malaysia Quran Hour 2026 turut berlangsung di masjid, surau, sekolah, universiti, pejabat, institusi, komuniti dan kediaman di seluruh negara.

Penglibatan generasi muda turut menjadi antara fokus program apabila sekolah-sekolah di beberapa negeri turut mengambil bahagian dalam gerakan ini.

Ads

Pengasas Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Dato’ Hussamuddin Yaacub berkata pembangunan negara tidak seharusnya bergantung kepada kemajuan fizikal dan ekonomi semata-mata tanpa pembinaan akhlak rakyat.

Anda mungkin berminat dengan

Malaysia #QuranHour mengajak rakyat berhenti sejenak daripada kesibukan dan perbezaan, kemudian memulakan perubahan daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Malaysia Quran Hour 2026 dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation dengan kerjasama Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta Kementerian Komunikasi Malaysia.

Baca juga artikel: Merdeka 2026: Nikmati Sajian 14 Negeri Di cirKLe. makan² The Campus Ampang

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

usahawan mikro

69 Usahawan Mikro BSN Jadi Inspirasi, Kisah Mereka Raikan Semangat Merdeka

69 usahawan mikro BSN daripada pelbagai latar belakang diraikan sempena Hari Kebangsaan ke-69 menerusi kempen Cerita Mereka, Jiwa Malaysia.