Boss susu kongsi pentingnya beriĀ bonus & gaji awal sebelum raya, gembirakan pekerja amalan baik. Akui dulu pernah kecewa. Setiap tahun, pasti ramai yang tertunggu-tunggu bonus dari syarikat. Ia ibarat semangat untuk bekerja kerana bertungkus lumus selama setahun dan menuai hasilnya dengan bonus pemberian syarikat.
Namun tidak semua majikan melihat pemberian bonus ini sebagai pemangkin semangat. Alasan sering kita dengar, ekonomi tidak baik, syarikat alami kerugian dan berbagai alasan sehinggakan tahap moral pekerja menjadi rendah kerana mereka tidak melihat usaha bersungguh-sungguh dibuat untuk syarikat berbaloi (walau masih menerima gaji bulanan).
Boss Susu Kongsi Pentingnya Beri Bonus & Gaji Awal Sebelum Raya
Satu perkongsian dari Boss Susu, Azmi Zainal mendapat banyak perhatian apabila berkongsi perihal bonus dan gaji awal untuk menghadapi raya.
Katanya, dirinya pernah rasa kecewa kerana tidak mampu menyediakan apa untuk keluarga dan kini di puncak kejayaan kerjaya, dia akui bonus dan gaji itu adalah hal yang menggembirakan hati pekerja.
Ni meeting aku dengan GM dan pengurus HR minggu lepas kat Muazam. Meeting pasal annual increment, gaji sebelum raya dan tarikh bonus raya.
Di Farm Fresh kami bayar bonus ikut perayaan. Kalau yang Chinese dan India, kami bagi bonus tahunan sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Kalau yang melayu kami beri bonus masa Hari Raya Aidilfitri.
Ads
Dengan cara ni pekerja kami akan lebih bermakna hari rayanya. Mereka pasti gembira bila nak raya. Dapat bonus pulak, boleh beli baju raya untuk keluarga. Boleh Ā bagi duit raya untuk mak.
Gembirakan Pekerja Amalan Baik. Akui Dulu Pernah Kecewa
Raya ni perayaan yang kita tunggu-tunggu selama setahun. Begitu juga dengan bonus. Kalau kita dapat kedua-duanya pastilah kita suka sangatkan. Menggembirakan pekerja juga satu amalan yang baik.
Saya cakap dengan pengurus HR supaya bayar gaji sebelum hari raya kerana di rumah mereka ada yang berharap. Mungkin tak banyak. Kalau yang bujang, dia boleh tolong belikan daging buat keluarganya.
Dia akan bangga. Maknya akan cakap pada adik beradik yang lain, ādaging lembu yang mak buat rendang ni abang kau yang beli kanā.
Atau bagi seorang ketua keluarga, anaknya akan cakap pada neneknya masa balik kampung nanti, āOpah⦠abah kita beli kan kasut adidas tau⦠cantik tak opahā.
Ads
Aku penah merasa saat-saat aku tidak mampu menggembirakan keluarga satu ketika dulu. Kecewanya tidak terkata. Jadi, saya tak nak Ā pekerja saya rasa kecewa di hari raya.
Sekarang saya dalam perjalanan ke stesen kami di Muazam shah. Malam ini saya buat majlis berbuka puasa untuk mereka. Di sini saya ada 424 org staff (keseluruhan staff kami 925 orang). Beria-iya mereka buat persiapan untuk Ā malam ni. Gembira betul seolah-olah ada kenduri besar.
Semoga Allah beri kami rezeki dan rahmatnya dan Farm Fresh terus maju.
āLisa harap yang mereka tak rasa kepayahan untuk istiqamah tu tidak diambil kira sebab istiqamah itu adalah satu ibadahā kata Datin Lisa Surihani. Tutur caranya yang tidak lekang menyebut alhamdulillah membuatkan min cair..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usia 50, Mas Idayu akui masih subur. Meskipun umur sudah mencapai usia emas, ada individu mampu hamil dan melahirkan anak.
Namun, bagi wanita yang sudah berusia 50 tahun dan ke atas pastikan anda mendapatkan konsultasi doktor pakar mengenai perancangan kehamilan. Seperti yang umum ketahui risiko agak tinggi apabila hamil pada lewat usia.
Usia 50, Mas Idayu Akui Masih Subur
Penyanyi popular Mas Idayu yang menamatkan zaman jandanya pada 16 September lalu dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, menerangkan walaupun berpeluang untuk hamil namun dirinya cuba untuk mengelak memandangkan usianya sudah mencecah 50 tahun.
Seperti mana dipetik menerusi laporan Harian Metro, Mas Idayu Ā enggan mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan kesihatannya.
“Dari dulu lagi saya nak anak lelaki dan saya sukakan kanak-kanak.
āNamun, di usia sekarang ini saya perlu elakkan daripada terdedah dengan risiko yang boleh membahayakan diri.
“Bukan peluang (hamil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain.
āBukan kahwin untuk sakit.
“Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya hamil akan membahayakan diri saya,” sambungnya.
Tidak Tolak Rezeki Allah
Tidak menolak rezeki dari Yang Maha Esa, Mas Idayu jika perkara itu boleh dirancang dia sebolehnya enggan hamil.
“Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap.
“Macam mana saya nak jaga anak. Kalau saya tiada macam mana?
āBanyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah,” ungkap Mas Idayu.
Macam mana nak kenal geng āacah-acah jutawanā VS Golongan Kaya, perunding kewangan bertauliah senaraikan
Di media sosial, kita sering disajikan dengan golongan suka pamer kekayaan. Biasanya melibatkan geng-geng founder, budak trader dan lain-lain lagi. Mereka mahu buat orang ramai kagum dengan harta yang ada seperti kereta mewah, jet peribadi, supercar dan lain lagi walau Ā āia sekadar sewaanā semata-mata.
Jadi macam-mana sebenarnya nak kenal golongan begini? Afyan Mat Rawi, perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) kongsikan ini di twitternya.
Macam Mana Nak Kenal Geng āAcah-acah Jutawanā VS Golongan Kaya
Sekurang-kurangnya, kita belajarlah bahawa mereka yang acah-acah kaya ni sebenarnya adalah golongan banyak berhutang kerana mahukan gaya hidup mewah di mata orang ramai.
Saya tak terkejut sangat baca berita ini. Memang wujud golongan yang suka mempamerkan kekayaan palsu mereka.
Dalam buku Financial Independence Retire Early ia dikategorikan sebagai “jutawan palsu”.
Lepas buku terbit, saya fikir istilah yang paling sesuai golongan “acah-acah jutawan”.
Golongan memang nak dilihat kaya berjaya, jutawan dan seumpamanya. Golongan suka flex kemewahan, walhal belum tentu ia kekayaan sebenar.
Golongan ini wujud kerana mereka memperoleh income yang tinggi setiap bulan atau memiliki harta yang banyak dan atas dua sebab itu telah menyebabkan mereka termasuk dalam kategori T20.
Benar, mereka banyak duit tapi belum tentu hakikatnya mereka ialah orang kaya, apatah lagi jutawan sebenar.
Kekayaan mereka selalunya kekayaan palsu, berhutang dan tidak kekal lama.
Saya tak terkejut sangat baca berita ini. Memang wujud golongan yang suka mempamerkan kekayaan palsu mereka.
Dalam buku Financial Independence Retire Early ia dikategorikan sebagai “jutawan palsu”.
Lepas buku terbit, saya fikir istilah yang paling sesuai golongan “acah-acah⦠pic.twitter.com/qqagn88iQH
Mereka ni hampir sama dengan yg pertama, cuma bezanya mereka terdiri daripada usahawan seperti founder produk, network marketing, MLM, ejen unit trust, ejen takaful, ejen emas, ejen hartanah, trader / broker forex, dan mana-mana bisnes yang memerlukan⦠pic.twitter.com/xYBmEqNhZL
Mereka terima wang secara terkejut atau tanpa usaha yang banyak. Contohnya anak yang mewarisi harta ayahnya selepas meninggal dunia. Atau balu yang mewarisi pampasan takaful / insurnas selepas kematian suami.
Sebelum saya sambung kepada kategori ke-4 golongan jutawan palsu atau acah-acah palsu ini, suka saya kongsikan bahawa kandungan thread ini adalah sebahagian daripada konten buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E.
Mereka terdiri daripada artis atau ahli sukan yang mendapat banyak pendapatan lantaran bakat yang mereka ada.
Selalunya hidup mereka senang pada zaman kegemilangan sahaja, tapi malangnya ia tak lama. Apabila zaman mereka berlalu, hidup mereka miskin.⦠pic.twitter.com/YRiJqS1Mvl
Masih ingat dengan tragedi yang menimpa seorang pelajar perempuan yang hilang kedua-dua kaki akibat digilis lori dalam kemalangan di Sungai Besar, Sabak Bernam, kira-kira dua tahun lalu. Bukan mudah untuk kembali bangkit apabila diuji dengan dugaan yang hebat. Penah sihat sempurna fizikal dan kini berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) ternyata semangat luar biasa remaja ini wajar dijadikan sumber inspirasi.
Bangkit daripada episod hitam, perkembangan terkini remaja perempuan ini telah menjadi seorang atlet paralimpik yang berjaya. Aktif melibatkan diri dalam sukan angkat berat, Siti Nuraisyah Sahrin, 15, berjaya membuktikan beliau mampu berjaya meskipun kini berstatus orang kurang upaya (OKU).
Lebih membanggakan, penglibatan aisyah sejak 2016 itu membawa kejayaan dengan meraih tiga pingat perak dan satu gangsa dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016, 2017 dan suku pertama 2018.Bukan itu sahaja, Aisyah yang lebih mesra dengan panggilan Ecah merupakan wakil tunggal Selangor dan peserta termuda dalam pertandingan itu.
Berkat Sokongan Ramai
Siapa sangka selepas tragedi yang menimpanya pada 18 Januari 2016, mengubah kehidupannya apabila menjadi atlet sukan yang mengharumkan nama negara.
Ecah memberitahu kehidupannya berubah berkat sokongan keluarga, rakan-rakan dan guru sekolah.
āIbu bapa, kawan-kawan dan cikgu sekolah banyak bagi kata-kata semangat. Mereka selalu nasihatkan saya jangan sesekali putus asa,ā katanya.
Ecah berkata, dia tidak mahu tragedi yang menimpa dirinya mendatangkan kesedihan kepada orang ramai.
āKetika kejadian, saya sedar kaki tiada dan tidak pernah rasa trauma hingga sekarang,ā katanya.
Miliki Semangat Luar Biasa
Bapa tirinya, Roslan Sardi berkata, dia kagum dengan semangat luar biasa Ecah yang tidak pernah berasa sedih dengan tragedi menimpanya.
āSaya bersyukur ALLAH kurniakan Ecah kekuatan dimana dia boleh hadapi musibah ini dengan tenang dan dapat terima kekurangan diri.
āEcah cepat pulih, kalau orang lain dah meraung tapi Ecah tak menitiskan air mata langsung..memang dia seorang yang kuat,ā katanya.
Mengakhiri temubual itu, Roslan menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar tidak malu sebaliknya menonjolkan anak untuk masa depan yang cerah.
āJangan anggap anak ini memalukan keluarga kerana mereka sebenarnya boleh berjaya. Jadi, kita perlu bawa dia ke depan dan jangan berasa malu.
āBeri anak ini semangat dan harapan agar dia boleh maju dan menjadi seorang yang berjaya,ā katanya.
Tabahnya remaja ini, ternyata punyai semangat yang luar biasa meskipun pernah diuji dengan dugaan yang hebat.Buat wanita lain yang pernah menghadapi ujian, jangan sesekali bersedih dan berputus asa. Lupakan episod duka, Teruslah bangkit mengejar impian dan cita-cita.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga.Ā Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala TerengganuāKota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.