Meraikan hari bersejarah dalam hidup, pastinya setiap persiapan majlis penuh bermakna itu diberi perhatian khusus. Selain busana pengantin yang menawan, pemilihan dewan yang sempurna dengan dilengkapi dekorasi eksklusif juga penting.

Bukan hanya itu, ruang dewan yang luas beserta tempat parkir yang mampu memuatkan jumlah kapasiti tetamu yang ramai adalah aspek utama yang dilihat orang ramai sebelum membuat tempahan.

Dewan Bertemakan Musim Winter & Autumn

Dewan Bertemakan Musim Winter & Autumn, Ahli Perniagaan Ini Kongsi Cara Mudahkan Majlis Perkahwinan Melayu

Kesemua kerisauan itu kini mempunyai jawapan apabila MAGICA Events & Function Halls menawarkan lokasi majlis yang cantik dan eksklusif di cawangan ke-10 dan dewan yang ke 22 terletak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tampil dengan dua dewan bertemakan musim luruh dan sejuk, MAGICA Events & Function Halls mampu menjimatkan kos untuk mengeluarkan bajet lain bagi setiap tema yang anda ingin lakukan pada hari bahagia itu.

Ahli Perniagaan Ini Kongsi Cara Mudahkan Majlis Perkahwinan Melayu

Dewan Bertemakan Musim Winter & Autumn, Ahli Perniagaan Ini Kongsi Cara Mudahkan Majlis Perkahwinan Melayu

IKLAN

Dua dewan yang terletak di ruang legar utama PICC turut menjamin keselesaan setiap tetamu yang hadir kerana lokasinya yang begitu strategik dan privasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAGICA, Chen Bee Kheng dan Mohamad Saad Mohamad Rejab, dewan Winter Hall dan Autumn Hall bakal menyerikan hari bahagia setiap individu kerana pakej yang ditawarkan termasuk dekorasi indah yang dilakukan pada setiap dewan.

“Winter Hall mampu memuatkan dari 500 ke 1500 manakala Autumn Hall pula dari 350 ke 1000 tetamu.

“Dekorasi musim luruh dan sejuk yang diserikan di dua dewan ini sememangnya menjadi tema kegemaran setiap individu terutama pasangan yang akan berkahwin.

IKLAN

“Jadi kami di MAGICA Events & Function Hall ingin merealisasikan impian itu sekali gus memudahkan proses dan menjimatkan kos mereka untuk dekorasi dewan.

“Malah harga yang kami tawarkan pun sangat berbaloi dan rata-rata berpuas hati dengan servis yang kami berikan. Dua dewan di PICC ini adalah cawangan ke-10 dan dewan ke 22 MAGICA,” katanya.

Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA tidak hanya terhad kepada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya memberi peluang kepada orang ramai untuk mengadakan sebarang majlis yang bersesuaian.

IKLAN

Selain di PICC, MAGICA mempunyai beberapa dewan yang mempunyai konsep tema berbeza antaranya termasuklah di  Star Avenue, Subang,  Space 8, Shah Alam,  Cheras, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Quill City Mall, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dewan Bertemakan Musim Winter & Autumn, Ahli Perniagaan Ini Kongsi Cara Mudahkan Majlis Perkahwinan Melayu

Menarik lagi mengenai Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA di PICC ini, setiap dewan dilengkapi penataan cahaya canggih serta lampu led mewah yang menelan kos puluhan ribu.

Lebih istimewa Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA di PICC turut menawarkan pakej istimewa iaitu tempahan sehingga hujung tahun ini hanya bernilai RM9,999.

Sebarang tempahan boleh dibuat melalui media sosial MAGICA di TikTok, Facebook dan Instagram di @magicaevents.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI