Masaklah walau sesibuk mana pun isteri. Tak boleh hari-hari, setiap hujung minggu pun jadilah. Kata orang, hendak menawan hati suami, perlulah jaga perutnya. Bermakna isteri kena memasak dan menyediakan hidangan enak untuk suami. Mungkin ada wanita yang tak bersetuju tentang perkara ini. Tapi cuba tanyakan pada suami, pasti ramai yang mengiakan kata-kata itu!
Masaklah, Hati Suami Pasti Gembira
Ada juga suami yang cakap berlapik kerana tak nak menyakitkan hati isteri, “ saya tak kisah awak tak masak pun sebab faham awak penat kerja. Cuma, kalau awak masak, lagi saya suka. Rasa seronok sangat.”
Bagi isteri, penat bekerja dan melayan anak-anak membuatkan mereka rasa membeli makanan lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi yang anak-anak masih kecil. Belanja membeli makanan yang dah siap lebih murah berbanding membeli barang basah untuk dimasak.
Nak seronok, boleh ajak suami sama-sama beli barang basah. Itu juga sebenarnya masa kualiti suami dan isteri.
Itu kata isteri. Bagaimana pula bagi suami yang dalam diam sebenarnya ingin isterinya lebih rajin ke dapur dan menyediakan hidangan untuk dirinya dan anak-anak? Bukan dia tak faham kepenatan isteri, tapi dia teringin nak merasa air tangan isteri. Yelah, dah ada isteri takkan memanjang makan makanan beli.
Untuk isteri, jangan ambil kesempatan pula bila suami macam tak kisah kalau isteri tak masak. Suami mana yang tak nak makan masakan isteri? Sedap tak sedap belakang kita. Yang penting, effort atau usaha isteri nak masak paling penting.
Puji Masakan Isteri
Jika sesekali isteri masuk dapur untuk memasak, suami akan puji masakannya walau pun mungkin tidak selazat yang dibayangkan. Itulah sebenarnya tanda suami menghargai usaha dan penat lelah si isteri itu.
Kemudian suami akan komen, apa kekurangan masakannya itu secara elok-elok dengan niat supaya isteri boleh perbaiki mutu masakannya kelak. Contohnya, mungkin jika lebih pedas, akan lebih sedap. TAPI, suami jangan sesekali mengkritik masakan isteri dengan secara marah-marah atau merendahkan isteri. Silap hari bulan, isteri langsung mogok masak!
Masaklah Walau Lauk Yang Ringkas
Selain itu, suami sebenarnya TAK KISAH LANGSUNG walau anda hanya masak lauk yang ringkas untuknya. Hanya dengan satu lauk saja pun dia mampu makan bertambah. Tak seronok ke wahai isteri?
Ads
Namun, suami jangan terlalu cerewet kerana kadangkala skill masakan ini perlu diasah. Kalau rajin masak, lama-kelamaan gerenti memang sedap air tangan isteri!
Tawar Diri Jaga Anak
Memang betul, kadangkala isteri terkejar-kejar pulang kerja hendak uruskan anak-anak pula. Jadi, seeloknya suami tawarkan diri untuk menjaga anak ketika isteri sibuk di dapur. Jadi, isteri pun tak rasa terbeban bila tugas dikongsi bersama.
Suami boleh ambil tugas mandikan anda dan mempersiapkan anak. Waktu itu juga adalah waktu untuk anda bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Itu juga tanda suami memahami kepenatan anda dan dia cuba ringankan beban anda! Bahagia tak?
Bantu Isteri Masak
Jangan salah sangka, isteri bukan malas nak masak tapi kadangkala dia memang penat kerana seharian bekerja. Jadi, jika suami hendak isteri rajin masak, anda juga kena rajin membantunya. Selain menjaga anak, suami juga boleh bantu isteri di dapur seperti tolong mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Percayalah, hilang penat isteri bila suami membantunya. Tak percaya, cubalah!
Bagi isteri yang tak berapa pandai masak, suami bagi semangat untuk belajar memasak. Kalau perlu, ambil inisiatif untuk ke kelas belajar memasak.
Ads
Suami Berkias
Ada suami yang suka ‘berkias’. Bila dia ingin isteri masak, mungkin ketika di pejabat, dia akan menelefon dan memberitahu yang dia teringin hendak makan sesuatu masakan dan tawarkan diri hendak singgah membeli barang keperluan balik kerja nanti. Secara tak langsung, dia memberitahu yang dia nak anda masak hari itu.
Masaklah, Jangan MALAS!
Tak dinafikan, ada isteri yang memang malas nak masak. Asyik nak membeli saja. Aduh. Susah juga tu. Tak boleh macam tu kerana itu tanggungjawab isteri untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.
Bahkan, bila masak sendiri, banyak faedah bila memasak sendiri. Boleh kawal perbelanjaan rumah dan makanan yang dimasak sendiri sudah tentu terjamin bersih berbanding di kedai yang kadangkala kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam cerita kita dengar tentang perangai perempuan tapi hakikatnya perempuan ini mudah nak difahami kalau anda tahu cara jaga hatinya. Dan sikap wanita ini lebih kurang, cuma cara dia tunjuk itu berlainan. Ok, cuba anda selami dunia seorang perempuan dengan beberapa rahsia ini…
1. Perempuan ni jenis yang teliti, jangan sesekali tersasul atau terlepas cakap. Apa yang lelaki sebut, sampai akhir nyawa pun dia ingat!
2. Perempuan suka benda yang menyakitkan atau merumitkan asalkan mereka nampak cantik. Contoh mudah, sanggup belit tudung berjam-jam dan pakai kasut tumit tinggi walau hakikatnya ‘seksa’.
3. Jangan sesekali buat wanita terluka cara pahit, sebab dendam wanita dua kali ganda bahaya daripada kaum lelaki.
4. Perempuan payah nak puas dengan apa yang dia ada. Jadi berusahalah sampai hati wanita gembira. Maklum saja perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal. Tolong faham…
5. Perempuan suka pendam perasaan sampai kadang-kadang makan diri. Dan kadang akhirnya dia yang merana.
6. Ya, perempuan cukup sensitif bab berat badan. Jadi nak komen lebih bab perkataan GEMUK, tolong susun ayat. Tak payah niat nak bergurau sangat!
7. Perempuan suka benda yang cantik dan wangi. Nak dia terpikat, jagalah semua yang patut dijaga jadi wangi. Baru cepat leh ‘ngam’.
8. Mungkin nampak lemah, tapi hakikatnya air mata yang mengalir di pipi itulah yang jadi kekuatan mereka.
9. Kelemahan perempuan adalah perempuan lain. Ini kerana mereka cepat merasa iri hati. Jadi tak payahlah rajin nak puji perempuan lain lebih atau zaman sekarang main ‘LIKE’ gambar wanita lain di media sosial. Kecil hati dia nanti, anda juga yang penat nak pujuk.
10. Matang macam mana pun perempuan, mesti terselit jiwa ‘kebudak-budakan’ sebab perempuan sifatnya ‘baby’ sampai ke tua.
11. Perempuan suka lelaki mesej dia dulu walau hanya guna satu perkataan. Itu tanda kau tetap ingat dia.
12. Perempuan senang merajuk tetapi susah nak marah tanpa sebab. Tapi kalau dah marah guna ayat pujuk macam mana pun dah tak ‘makan saman’. Sebab perkara kecil pun boleh buat perempuan petik cerita 100 tahun dulu. Hmm… harap berjaga-jaga.
13. Cakap dimulut tak akan sama dengan dalam hati. Mungkin katanya ‘OK’ tapi sebenarnya langsung tak ok. Ini kes harap lelaki memahami.
14. Perempuan suka bagi petunjuk dekat orang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka. Konon nak berkias. Kalau dia dah sebut tu, mesti dia dah suka.
15. Perempuan banyak fikir, kadang perkara yang belum tentu jadi pun dia boleh bayangkan. Akhirnya ‘terbabas’ dan jadi stres.
16. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulut bising kata berat naik. Sabar ya, itu kes normal.
Susah tak? Ini hanya secebis, kalau ikut ada banyak lagi sikap wanita yang lelaki patut kenal. Ini demi menjaga hubungan dan tidaklah cepat melatah jika sesekali ‘tergigit lidah’. Moga bermanfaat untuk anda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kita ini jenis mak ayah yang biar anak comot atau nak dewasakan anak sebelum umurnya? Ya, seronok tengok telatah anak zaman sekarang, cukup bijak dan pandai beraksi depan orang ramai. Kadang macam orang dewasa lagaknya.
Tetapi yang salah, ada mak ayah sampai sekat dunia anak-anak nak ‘kreatif’ sebab nak anak disiplin dan bergaya macam orang dewasa. Betul ke caranya ni?
Kalau boleh, jangan lah sesekali menyekat hak bermain pada anak, semata-mata untuk melihat anak lebih maju dalam akademik berbanding oang lain. Ini ibarat membunuh potensi semula jadi anak secara perlahan-lahan dan melambatkan proses kejayaan anak.
Cuba baca dari sudut pandang saudara Najmi Nawawi, mungkin mak ayah boleh buat keputusan terbaik sebelum pilih cara untuk dewasakan anak sebelum umurnya.
Kesian Anak Jika Mereka Dipaksa Untuk Dewasa
Ianya umpama norma masyarakat untuk mejadikan anak mereka ‘Instagram/Facebook Worthy’ untuk ditayang di laman sosial. Bangga dengan anak itu tidak salah, tapi ianya akan jadi salah jika kita bunuh fitrah mereka.
Fitrah anak-anak untuk bermain, untuk comot, berlari sana sini, memanjat, berguling di padang, makan tumpah, rumah berselerak, main dengan binatang dan sebagainya.
Fitrah ini ialah sebenarnya suatu yang perlu diperlihara. Kerana melalui fitrah yang dianggap ‘not Instagram/Facebook worthy’ inilah yang akan menguatkan otot, menyihatkan saraf dan menyiapkan kekuatan mental mereka.
Jika kita terlalu mementingkan apa yang orang lain kata daripada memelihara fitrah anak kita sendiri. Mahu anak bersikap ‘dewasa’ untuk mendapat pujian manusia. Dikhuatiri kita akan menyesal satu hari nanti.
Sebab itu, para saintis juga mendapati bahawa tindakan menghalang anak daripada meneroka dunia luar ini menjadikan anak 3 kali ganda lebih cenderung menghidapi lelah (asthma), alergi, obesiti dan diabetes.
Kesimpulannya, anak yang comot ialah 3 kali ganda lebih sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mengandung dan beranak bukanlah hal yang besar tetapi bab mendidik anak adalah bahagian paling sukar apatah lagi kita di akhir zaman dan zaman moden sekarang ini.
Mungkin setengah orang tidak peka bila bertanya soal menambah anak kerana masing-masing pasti ada pegangannya dalam hidup termasuklah hal anak.
Bukan mudah mendidik dalam dunia moden, namun jika anda seorang mak,ayah yang berjaya mendidik anak secukupnya makan tiada salahnya beranak ramai. Segalanya bergantung kepada kemampuan dan juga rezeki daripada Allah SWT juga.
Jangan pula kita tidak mahu beranak ramai, menyalahkan orang beranak ramai. Masing-masing miliki pilihan masing-masing dan acuan hidup sendiri. Jadi berbalik pada mak,ayah sama ada memilih untuk beranak ramai atau sedikit.
Tapi bab mendidik dan membesarkan anak… Itu part paling sukar sekali sebenarnya.
Kalau masih belum berjaya didik boboiboy kuasa 2 ini (anak lelaki sedia ada). Lebih baik jangan berangan nak tambah lagi.
Jaga amanah yang dianugerahkan ini betul-betul dulu.
Duit bukan isu utama rezeki buat anak itu ada, ulat celah batu pun boleh hidup insyallah.
Tapi ini bab mendidik, membesarkan nak menjawab kat akhirat nanti.
Akhlaknya, Agamanya, Ilmunya, jati dirinya.
Diri sendiri pun banyak khilaf yang nak betulkan.
Tipulah kalau tak pernah rasa fail as mother.
Tipulah kalau tak pernah rasa tak layak pun jadi mak sebenarnya,
Tipulah kalau tak pernah rasa kena marah sebab anak,
Tipulah kalau tak pernah nangis sebab anak,
Tipulah kalau tak pernah rasa stres dan murung.
Tipulah kalau tak rasa struggle cari duit untuk anak.
Tipulah kalau tak rasa gagal kawal marah.
Didik cara nabi ?
Masih jauh tersasar, masih menggali ilmu parenting.
Jadi nak tambah anak lagi ke?
Officially jawab nanti dulu.
Anak itu anugerah, anak itu rezeki,
Anak itu amanah, anak itu ujian.
Anak tu membebankan kah?
Tak, dia tak membebankan tapi dia datang dengan pakej cabaran.
Cabaran bukan dari anak itu sendiri saja, tapi kau faham-faham sajalah kita di akhir zaman.
Cabaran dari segenap sudut menyerang anak kita. Kesihatan, ideologi, fahaman, politik, psikologi, spiritual, kognitif, komunikasi, teknologi dan banyak lagi.
Dua orang yang ada ini baru peringkat tumbuh pucuk, belum jadi putik pun,
tunggu masa dia jadi rebung untuk dilenturkan.
Kalau sudah nampak rebung mula ikut alur lentur, barulah kita tambah rezeki lagi ya.
Hak suami untuk dilayan dan dibelai isteri.
Tapi hak untuk mengandung & beranak itu hak isteri.
Dia pun sama-sama berjuang mendidik dan menjaga dua urang anak yang diamanahkan ini. Semestinya suamilah yang paling kuat berjuang, cabaran dia lebih getir lagi.
Sebab bukan mendidik anak-anak saja, malah perlu tarbiah isterinya yang banyak khilaf dan selalu beremosi ini. Dosa kami dia akan tanggung nanti jika dia tak jaga betul-betul. Belum kira lagi urusan nafkah, & tanggungjawab kepada ibu bapa.
Bercinta, berkahwin, ada anak memang indah, jangan fikir seronok saja tapi amanah buat ala kadar saja.
MW: Jika mak, ayah mampu beranak ramai tidak ada salahnya. Yeng penting bagi sesebuah keluarga, beranak ramai atau sedikit perlukan persetujuan kedua-dua belah pihak, sama ada dari pihak isteri atau suami. Barulah tak terbeban jika dikurniakan anak kelak kerana masing-masing setuju.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.