Ramai wanita yang yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berumah tangga. Tindakan itu memang wajar dipuji dan bukan semua orang mampu melakukannya walau pun niat tu ada…
Sebagai suami, apakah mereka rasa seronok dan berterima kasih di atas pengorbanan isteri itu? Anak-anak dijaga sendiri oleh isteri, boleh juga jimatkan belanja hantar anak ke rumah pengasuh atau nurseri.
Malah ada isteri yang turut menghantar dan mengambil anak daripada sekolah setiap hari. Pendek kata, urusan rumah tangga ditanggung beres! Suami pula boleh ‘request’ apa saja masakan pada isteri. Pasti akan dimasaknya. Terus terang, suami pasti akan rasa lega kan? Dia pula boleh fokus pada mencari rezeki untuk keluarga.
Rela Demi Suami Dan Anak
Isteri membuat pengorbanan itu demi untuk keharmonian rumah tangga. Bukan satu perkara yang mudah untuk seorang wanita terutama yang mungkin waktu itu sedang berada di kemuncak kerjaya dan berkelulusan tinggi untuk melepaskan kariernya. Pasti pertimbangan daripada pelbagai sudut telah diambil kira sebelum membuat keputusan itu. Maka, sebagai suami, perlulah menghargai isteri dan jangan ambil kesempatan di atas pengorbanan isteri itu.
Suami ‘Lupa’ Beri
Apabila tidak bekerja, isteri sudah hilang punca pendapatan. Hanya mengharapkan suami sebagai suami untuk menanggung segala perbelanjaan. Setiap bulan suami akan memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan rumah. Jangan lupa untuk ‘selit’kan juga elaun untuk isteri.
Jumlahnya terpulang kepada kemampuan suami. Kalau mampu RM200 sebulan pun, berilah. Sekurang-kurangnya isteri ada duit untuk digunakan di saat kecemasan. Isteri juga pastinya ada keinginan untuk memiliki sesuatu barangan peribadi. Wang itu yang akan disimpan dan dikumpul sedikit demi sedikit. Kemudian dia akan beli setelah cukup wang, tanpa perlu meminta wang tambahan daripada anda.
Malangnya, ramai suami yang ‘buat-buat lupa’ tentang elaun untuk isteri. Isteri perlu minta, baru akan diberi. Itu pun dengan macam-macam bebelan dan soal siasat. Alasannya, mereka sudah sediakan semua perbelanjaan rumah. Tak boleh begitu ye wahai suami!
Sebaiknya nafkah diberikan berasingan. Nafkah adalah kewajipan yang suami mesti beri. Elaun ini lebih kepada sagu hati suami sebagai tanda penghargaan susah payah isteri uruskan rumah tangga. Pasti isteri akan rasa dirinya sangat dihargai suami. Tapi rasanya mesti ramai suami tak setuju kan? Hmm…
Ads
Banyak boleh jimat bila isteri tak kerja. Tak perlu hantar anak ke rumah pengasuh, tak perlu asyik beli makanan kedai, tak perlu ada orang bersihkan rumah dan macam-macam lagi. Jadi, tolong bayangkan banyak mana ‘kerja’ yang isteri kena buat seharian?
Sebagai isteri, tiada apa lagi yang lebih penting selain daripada disayangi dan dihargai oleh suami di atas pengorbanan mereka menjaga keluarga. Apa salahnya, sesekali bila dapat gaji, bawa isteri dan anak-anak makan di luar. Tak perlulah isteri memasak pada hari itu. Itu juga masa untuk isteri rileks setelah setiap hari terkejar-kejar uruskan anak-anak. Bila hujung minggu, bawalah isteri dan anak-anak keluar. Tidaklah asyik terperap di rumah saja. Pasti dia akan rasa gembira.
Bila ada duit lebih, apa salahnya belikan hadiah untuk isteri seperti baju baru dan sebagainya. Walau pun tidak bekerja, tapi mereka boleh memakai pakaian cantik ketika keluar menghantar dan mengambil anak dari sekolah, ke pasar dan sebagainya. Takkan suami sanggup biarkan isteri selekeh saja sedangkan suami mampu? Kalau isteri anda kelihatan menarik, dia juga yang tumpang bangga. Itu bermakna pandai jaga isteri.
Ramai Suami ‘Lupa’ Bantu
Suami juga boleh bantu isteri membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan atau menyapu sampah. Tentu isteri akan rasa terharu dengan bantuan itu. Ia menunjukkan sifat timbang rasa anda pada dirinya. Walau pun penat bekerja, anda masih sanggup membantunya.
Ads
Bantu menjaga anak-anak jika lihat isteri sedang sibuk di dapur dan sebagainya. Pasti dia akan rasa bersyukur memiliki suami yang bertimbang rasa. Ingat, kalau suami rasa dirinya sudah penat seharian bekerja, apakah anda rasa isteri tidak penat seharian di rumah? Malah, ramai wanita yang mengaku, duduk di rumah lagi memenatkan daripada bekerja di pejabat!
Ramai Suami Yang Ego
Ada juga yang bersikap ego dan tidak mahu langsung membantu isteri menjaga anak-anak atau melakukan kerja rumah ketika hari cuti dengan alasan sudah penat bekerja sepanjang minggu. Aduhai suami, anda kena ingat.
Isteri bukan orang gaji ye. Apa kata anda beri isteri ‘cuti’ sehari dan benarkan dia keluar bersama rakan-rakan atau memanjakan diri di spa. Anda pula ambil uruskan anak-anak sendirian. Baru anda tahu, betapa ‘mudahnya’ tugas isteri di rumah. Silap hari bulan, ramai yang ‘surrender’! Pendek kata, suami kena faham, tugas sebagai suri rumah tangga bukan mudah.
Ucapkan Terima kasih
Sesekali apa salahnya anda lahirkan rasa terima kasih anda kepada isteri kerana sudi menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga dengan baik sepanjang anda keluar mencari rezeki. Pasti isteri akan rasa suami menghargai dirinya.
Ada suami yang anggap peranan sebagai suri rumah itu mudah hingga mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Kononnya suami penat keluar bekerja sedangkan tugas isteri mudah saja, hanya duduk di rumah saja jaga anak.
Hinggakan sanggup mempelekehkan isteri di depan orang lain. Jangan begitu, anda sepatutnya sentiasa menjaga maruah isteri yang sanggup tidak bekerja demi keluarga. Walau pun isteri seorang suri rumah, tapi mereka juga ‘bekerja’ di rumah malah kerja mereka 24 jam tanpa henti, tanpa gaji.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri layan suami macam raja usahlah diperli, bahagia cara masing-masing. Kehidupan seorang isteri, bukan bermakna menjadi hamba kepada suami yang dianggap raja. Segala-galanya dilakukan oleh isteri dan suami hanya goyang kaki saja.
Isteri Layan Suami Macam Raja Usahlah Diperli
Namun, tak mustahil ada suami yang mahu isteri layannya seperti raja, tak kurang juga isteri yang dengan suka hati sanggup lakukan apa saja demi suami. Syurga di bawah tapak kaki suami.
Kalau dulu, bolehlah dikatakan isteri layan suami bagai raja sebab suami keluar mencari rezeki dan isteri uruskan rumah tangga. Tapi sekarang ini, isteri pun turut bekerja membantu suami. Jadi, apa salahnya suami turut membantu isteri dalam urusan rumah tangga.
Bahagia Cara Masing-masing
Tak kisah apa sekalipun, isteri nak layan suami bagai raja. Kalau itu yang boleh membahagiakan mereka. Perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini ada betulnya. Kena faham, ada suami/lelaki yng tidak suka membantu di dapur tapi hal urusan rumah tangga lain dia ‘superp’.
Isteri Layan Suami Bagai Raja, Tak Kisah, Asalkan Bahagia
Masak adalah proses yang sangat lama, ya lama sangat. Dari pergi pasar bersama. Balik cuci ayam dan ikan, sediakan bahan segala.
Bersihkan barang beli dari pasar sahaja makan sejam dua di dapur. Bersihkan masukkan dalam peti sejuk.
Belum potong kupas bawang, bersihkan sayur dan sediakan bahan.
“Alah dalam TV nampak kejap jer, main campak campak dah siap!”.
Itu sebab bahan dia dah sediakan dari malam sebelum rancangan ke udara, dia dah masukkan ikut sukatan, dia dah siang dan bersihkan, dia dah rebus buat air sup semalaman tinggl nak campakkan saja.
Sesekali cuba masuk duduk dapur dari barang balik dari pasar sampai makanan dihidang.
Saya tak rajin ke dapur, jujurnya.
Bahang api dapur luar biasa panas walau ada penyedut asap udara.
Bagi kita yang makin bijak pandai ini, hidup ini saling berbahagi rasa. Bukan macam zaman dulu kala lagi.
Suami itu dianggap raja!
Suami salah dan silap kita perlu taat selamnyanya. Sebab dia adalah raja. Itu budaya dulu kala.
Bagaimanapun, jangan juga persenda ada isteri yang layan suami bagai raja ini. Mungkin itu kebahagiannya.
Tak Perlu Pertikaikan
Isteri saya dah 3 tahun jadi suri rumah tangga. Dia bersara awal dari kerja gomen nak jaga suami comelnya.
Kami ke sekolah dan pejabat tak pernah, tanpa bekal dan dua jenis air minuman. Dia jaga sungguh!
Saya perlu kerja kuat jaga keluarga sebagaimana dia menjaga kami semua.
Maka kawan yang mulia,
Jangan berdebat yang mana baik dan yang mana paling sempurna?
Ada suami sangat rajin bantu isteri, belum tentu ia boleh jana banyak duit buat keluarga.
Ada suami pandai jana duit buat keluarga, tetapi tidak pandai bab urusan dapur segala.
JANGAN BAHAS DAN CARI DI MANA SILAPNYA. REZEKI SETIAP DARI KITA BERBEZA, MELAYAN SUAMI DENGAN BAIK BUKAN BERMAKNA ISTERI MENJADI HAMBA .
Tetapi rasa cinta mereka luar biasa bila suami juga dapat gemok bersama sama.
Dah jangan gaduh rumah tangga orang. Kita jaga rumah tangga kita sampai ke syurga.
Bukan semata-mata cuci rumah dan kemas barang. Tiga amalan masuk rumah baru yang Ustaz Farid Rashidi ini kongsikan adalah langkah pertama yang mak ayah kena buat. Salah satunya, baca surah al-Baqarah.
Tiga amalan mudah ini berpandukan pada hadis. Dan tentulah dengan panduan ini menjadi titik tolak untuk anda dan keluarga menjauhi segala macam gangguan daripada rumah kosong yang terbiar untuk sekian lama.
Itu belum cerita bab kos dan ongkosnya. Fuhh, nak demam jugalah dibuatnya.
Tapi ada lagi yang paling mustahak, iaitu amalan untuk masuk rumah baru. Yelah, rumah kosong yang tak didiami orangkan sebelumnya. Jadi, kenalah minta perlindungan sungguh-sungguh pada Allah SWT agar dapat hindar segala gangguan.
Baik, apa amalan yang ringkas dan mudah diamalkan?
Menurut hadis, ada beberapa amalan yang elok diamalkan.
1. Beri salam ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Bukan hai, hello, yuhhuu, anybody home ya.
Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar r.a berkata:
إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين. “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin (Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh).”
[Hadis Riwayat Bukhari, no. 1055]
Daripada Jabir bin Abdillah r.a, Nabi SAW bersabda:
وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).”
[Hadis Riwayat Bukhari, no. 3304). Riwayat Muslim, no. 2012]
3. Bacalah Surah al-Baqarah. Bacalah, tak pandai kena mengaji.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]
Ok, itu antara amalan masuk rumah baru yang elok sama-sama kita amalkan. InsyaAllah, moga jadi Rumahku Syurgaku. Jom amalkan bersama.
Pasangan kebiasaannya pada peringkat permulaan akan mencuba sedaya-upaya menerima baik dan buruk pasangan seadanya. Kadang-kadang cuba memberi peluang agar pasangan berubah suatu hari nanti.
Tetapi bila pasangan mula menegur dengan tegas setelah diberi peluang berkali-kali, itu maknanya dia tak mampu lagi tidak bertolak ansur dengan perangai anda. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sedalam-dalamnya :
Bila pasangan tegur, maka itu tandanya dia dah tak boleh bertolak ansur…
Tak selalunya perbuatan kita tu betul atau perangai kita tu baik andai kata pasangan kita diam dan tak cakap apa-apa…
Dia masih boleh bertolak ansur dan bertoleransi lagi tu, maka oleh sbb itulah dia memilih untuk diam, wait and see…
Nak jadi makin teruk ke, makin baik…
Tak Semua Yang Sedar
Ada orang, dia sedar sendiri… Ada satu rasa macam tak patut buat macam ini, maka dia berubah… Pasangan tak bunyi apa-apa lagi, tapi dia sudah berubah atas sebab dia sedar diri…
Tapi ada orang tak sedar diri… Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi… Maka, datanglah teguran dari pasangan tandanya tolak ansur dan toleransinya itu sudah hilang…
Bila kena tegur, jang n anggap tidak asa apa-apalah, baru kena tegur sekali… Boleh ulang lagi…
Jangan selalu sangat menguji pasangan kita, sebab kita tak nampak dinding kesabaran dia terhadap perangai dan perbuatan kita itu masih tebal atau sudah makin nipis…
Kalau nipis, bila-bila masa dia boleh HILANG SABAR…
MW: Kesabaran pasangan ini ada batasnya, cukup-cukuplah anda menguji kesabaran pasangan. Sebaliknya hargailah pasangan dan berubahlah sikap demi kebahagiaan bersama. Insyallah. Jika ambil hati pasangan klik di sini.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...