Kadang-kadang kita melihat orang lain cukup bahagia dengan kehidupannya. Mulalah bandingkan dengan orang lain dan timbul rasa cemburu atau iri hati. Sedangkan kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak perlulah nak membandingkan dengan orang lain.
Setiap orang ditakdirkan dengan cara hidup yang berbeza-beza dan masalah yang berlainan. Kalau semuannya sama, tiadalah hitam putih dan warna warni kehidupan. Sebab itulah, jika ada kekurangan, kita perlu bersyukur. Itulah anugerah dan rezeki yang Allah berikan.
Perkongsian daripada Intan Dzulkefli, cukup membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Tak Perlu Bersaing
Dugaan terbesar kita ini adalah susah sangat nak bersyukur.
Mungkin kita kata kita sudah bersyukur tapi hakikatnya masih belum. Jadi, macam mana nak bahagia jika tidak bersyukur kan?
Paling payah bila ada rasa nak bersaing dengan orang terdekat seperti adik beradik, kawan-kawan, jiran tetangga. Tentang material duniawi. Bab kahwin, bab tambah anak, tambah harta benda, rupa paras.
Benda-benda yang ulama’ kata tak berharga pun untuk timbangan amal, tak berharga untuk menyelamatkan kita masa dalam kubur. Tapi itulah yang nafsu kita ni kejarkan sangat kan.
Usah Pertikaikan
Nampak mereka bahagia kahwin muda, ada kereta, beli rumah, kita rasa insecure. Bersyukurlah.
Ads
Jika nampak orang buat bisnes sekejap terus kaya, kita merungut kenapa kita jual susah nak laku?
Nampak orang famous tayang itu ini kat media sosial kita pertikaikan kenapa la hidup orang lain ‘seems perfect’ je?
Bila nampak orang lain beranak tiap tahun anak semua baik je tak tantrum, kita pun cakap; “untungnya la dah la muka cantik, kaya, suami hensem, anak lawa-lawa”
Mungkin kita tak luahkan dengan kata-kata tapi hati kecil yang memberontak begitu. Oh bahaya!
Ads
Telitilah dengan penuh hikmah setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Berhentilah memandang orang-orang yang di ‘atas’ kita, kerana bimbang kita sibuk membanding-banding kehidupan mereka dengan kita dan hasilnya lahir prasangka yang sangat buruk kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang.
Tahu tak kenapa kita susah nak rasa tenang dan bahagia?
Antara sebabnya, kita kurang bersyukur atas apa yang ada di sekeliling kita.
Apa yang Allah bagi kita kurang bersyukur, apa yang Allah belum bagi dan tak bagi kita persoalkan pula.
Ads
Pujuklah hati kita yang keras ini untuk selalu bersyukur selalu. Bukannya hanya kata syukur di mulut tapi di hati dan perbuatan kita juga.
Kan Allah dah janji siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat? (Bacalah Surah Ibrahim, ayat 7).
Jomlah kita sama-sama selalu berdoa..
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberianMu.”
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan diberikan rasa kecukupan atas segala nikmat pemberian Tuhan. Itulah dia namanya, qanaah.
Allah… Sentap. Muhasabah diri.
MW: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Dengan bersyukur itulah membuatkan kita hidup bahagia dan tenang.
Sekarang ini, boleh dikatakan banyak wanita yang bekerja. Dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga. Hebatnya. Rasanya, wanita atau siteri yang bekerja bukan untuk suka-suka atau mengisi masa, sebaliknya bekerja untuk membantu meringankan beban suami.
Pagi sibuk menyiapkan anak dan menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kelua bekerja dan pulang petangnya sibuk untuk menguruskan hal-hal rumah tangga pula. Bila masa pula isteri berehat? Masa tidur itulah isteri dapat berehat sepenuhnya.
Ada juga isteri dan wanita yang bekerja ini boleh mengendalikan urusan kerja dan rumah dengan teratur. Semua ini untuk menyenangkan dirinya juga. Kalau semua yang dia lakukan tidak terurus, mahunya kelam-kabut dan lebih teruk, rumah berselerak.
Ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk mak-mak yang bekerja. Amat berguna sangat.
1. Isteri kerja tak mampu atau tak suka ambil maid sebab tak ada privacy, so ambil part time cleaner on weekend. 2. Beli apa juga barang yang boleh mudahkan kerja. Dryer, pressure cooker, steam iron, robot vacuum cleaner. 3. Memasak bila rasa nak memasak, kalau penat, beli/makan di luar sekali sekala. 4. Beli hanger banyak-banyak & sangkut je baju. Kurangkan kuantiti baju yang perlu dilipat. Jimat masa .Kalau ada wardrobe besar lagi bagus.Jimat Ruang & Bersih 5. Bahagi tugas. Isteri masak. Suami basuh pinggan. Anak-anak angkat pinggan kotor kemas & lap meja makan,️ masukkan baju kotor dalam washing machine. 6. Kalau semua bekerjasama,tiada lagi masaalah Tarzan @ Singa belaan di rumah. 7. Kalau semua penat, biar rumah bersepah sekejap. Nanti dah hilang penat, buat. Kalau buat juga time badan penat, boleh jadi perang dunia ketiga
Kita semua Manusia, bukan Robot.
Hari ni malas masak. Makan mana best?
Carilah kedai makan yang best.
MW: Apa yang penting kerjasama daripada ahli keluarga dalam rumah itu. Jangan mengharapkan mak seorang yang buat. Memang boleh dengar suara tarzan la.
Ada sesetengah lelaki, langsung tak pernah ambil peduli bab nak buat isteri gembira. Bukan sebab tak pernah bagi hadiah, tetapi berkira sungguh nak tolong isteri dalam urusan rumahtangga.
Apa yang dia tahu kritik dan mengarah, sedangkan hal rumahtangga sepatutnya diuruskan dua belah pihak. Kalau kurang dari segi kewangan pun isteri sanggup korek tabung simpanan, sudahnya kenapa suami langsung tak menjaga hati isteri?
Adakah payah untuk bertindak seperti yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini?
Buat Isteri Gembira
“Wanita diciptakan dengan penuh kelembutan tapi itu bukan jaminan yg dia akan terus ‘berlembut’ sampai bila-bila.”
Kadang-kadang ada perkara yang akan membuatkan kelembutan itu hilang daripada dirinya. Bila dia tidak lagi boleh berlembut, maka dia akan hilang kawalan dan dia mampu untuk melakukan sesuatu yang kita tak jangkakan.
Dia boleh melawan cakap, dia boleh memarahi dan mencaci, dan dia juga boleh lari keluar dari rumah.
Dalam hal ini, saya bukan nak menyalahkan mana-mana pihak, tapi percayalah bahawa sikap bertanggungjawab, tolak ansur dan persefahaman perlu ada dalam diri setiap pasangan.
Sebagai suami, dari perspektif pandangan seorang suami, jika kita tidak melakukan apa-apa kesalahan dan jika kita tidak mengabaikan segala tanggungjawab kita, maka seharusnya tidak akan ada masalah yang timbul dalam hubungan kita.
Sebagaimana kita nak isteri menghormati kita sebagai seorang suami, sebegitu jua lah kita perlu menghormati dia sebagai seorang isteri.
Tunaikan hak-hak dia…
Jangan biar isteri hilang sabar, pendam dan merana keseorangan tanpa kita sedar sebab bila kita sedar, masa tu mgkin sudah terlambat dan sudah tidak boleh diperbetulkan lagi.
Nasi dah menjadi bubur…
Setiap manusia ada hadnya baik lelaki mahupun perempuan. Jadi, jangan buat sesuatu yang melebihi had-had yang mampu diterima oleh seorang isteri.
Jaga perbuatan, jaga percakapan dan ingat tanggungjawab yang kita galas. Jadi suami ni mudah andai kita tidak menyakiti dan melukakan hati isteri.I
Isteri itu jantung kepada rumahtangga kita, jika dia gembira, maka bahagialah rumahtangga kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai netizen memuji keakraban di antara kekasih Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie Lim dan bekas isteri Noor Nabila yang berkongsi momen bersama di laman Instagram masing-masing sejak kebelakangan ini. Malah, kehadiran Amelia turut diterima baik oleh Jebat Jayden.
“Boleh tak kalau nak ‘aunty’ ni (Amelia) jadi Mommy baru Baby (Jebat),” kata anak pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden. Kata-kata Jebat yang membahasakan dirinya sebagai Baby itu mengundang perhatian warganet sehingga ramai yang bersetuju dan merestuinya.
Umum mengetahui Amelia Christie Lim yang juga pelakon ialah kekasih kepada Sharnaaz.
Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat itu, memaparkan Jebat mencari Mommy. Kemunculan Amelia membuatkan Jebat tertarik padanya. Pada masa sama, ibu Jebat yang juga bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila sedang mencari Jebat yang ketika bermain dengan Amelia.
Jebat juga secara berseloroh mahukan tiga Mommya.
“Baby nak tiga Mommy. Baby nak Mommy (Nabila), Aunty Amelia dan Mommyhana (beg Mommyhana),” katanya.
Sebelum ini menerusi perkongsian video baik daripada Sharnaaz mahu pun Nabila, tidak dinafikan lagi keakraban Jebat dan Amelia. Malah, mereka juga pernah pergi bercuti bersama.
Malah, pada video Mommyhana kelihatan bagaimana Nabila dan Amelia tidak kekok bersama. Hubungan mesra mereka seperti kakak dan adik.
Ikuti prosiding babitkan keluarga mentua Prince Syed hadir ke mahkamah membawa isterinya. Seperti yang diketahui umum sebelum ini Prince Syed telah membuat laporan di...