Pernah tak kita rasa putus asa dan terfikir untuk tidak melakukan apa yang yang kita buat selama ini. Sebabnya, apa yang kita buat dan usahakan selama ini langsung tidak memberi apa-apa kesan mahu pun membuahkan hasil. Mulalah menyalahkan diri sendiri.

Sedihnya bila memikirkan perkara ini. Contohnya, dalam rumah tangga, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat, namun langsung tidak berhasil. Jika ada, hanyalah dapat bertahan selama 4 minggu dan ditakdirkan keguguran. Mungkin tiada rezeki lagi.

Tapi, paling menyedihkan bila pasangan tidak dapat menerima kenyataan dan mula mempertaruhkan bukan-bukan dan sanggup bercerai atau ada pasangan mula cari orang lain semata-mata untuk dapatkan zuriat.

Sebenarnya, kita kena berfikir kembali. Perkara ini terjadi ada sebabnya. Seperti mana yang dikongsikan oleh Farizal Radzali tentang hal ini.

Sanggup Lafaz Cerai Bersyarat Kerana Anak

Ada 1 kes cerai bersyarat yang jatuh talak.

“Saya berkahwin dah 5 tahun tapi belum dikurniakan zuriat. Saya pernah mengandung 3 kali, semuanya keguguran. Suami salahkan saya tak jaga kandungan baik-baik. Suami kata, kalau lepas ini mengandung tapi gugur juga, jatuh talak 1 terhadap saya. Malangnya saya mengandung kali ke-4 & keguguran juga pada usia kandungan 8 minggu. Maka setelah berjumpa pegawai yang berkenaan, talak sah jatuh.”

Dari situ boleh lihat betapa tak matangnya seorang lelaki. Kalau diri sendiri tak matang, bagaimana dia boleh menjaga zuriatnya kelak? Lagi nak salahkan isteri. Sedih.

Tahu tak bahawasanya menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yang berkahwin. Adalah tidak adil jika mereka dituduh tidak menjaga kandungan dengan baik.

Keguguran bukanlah sesuatu yang indah seperti berkelah di tepi pantai, wanita itu perlu melalui proses mengeluarkan janin & mencuci rahim. Sesuatu proses yang tiada wanita akan kata mereka suka.

IKLAN

Pernah dengar wanita yang happy sangat nak pergi buat D&C? Diseluk sana sini, malu jangan cakaplah. Kalau malu & sakit masa lahirkan anak, masih berbaloi bila nampak baby & dengar suara baby. Tapi keguguran, dah la sakit, kena lalui proses tu semua, emosi lagi nak kawal, baby pun tak de. Ingat suka ke keguguran? Maka, sangatlah tidak adil jika wanita ini didakwa dengan sengaja tidak menjaga kandungannya.

Baca Artikel Lebih Menarik: Seksanya Bila Salah Pilih Suami, Bukan Saja Isteri, Anak-anak Terkesan Sama

Anak Ramai Bukan BEBAN Tapi Setiap Mereka Telah Ditentukan Rezekinya

Info Lebih Menarik DI SINI

Bukan Milik Kita

Keguguran boleh terjadi dgn pelbagai cara. Walau bagaimana kandungan dijaga rapi bagai anak raja, tapi jika ianya bukan milik kita, tetap bukan milik kita.

IKLAN

Kisah 1
Usia kandungan 2 bulan. Si ibu hanya menarik satu rumput kecil dari tanah, keguguran terjadi.

Kisah 2
Usia kandungan terlalu baru, si ibu tak sedar pun dia mengandung. Lalu dia mengangkat meja berat di tempat kerjanya. Tapi Alhamdulillah, zuriat itu tetap miliknya.

Kisah 3
Anaknya baru berusia 5 bulan, si ibu mengandung sekali lagi tanpa dirancang. Si ibu memang belum sedia terima anak lagi, maka dia ambil jalan pintas memakan ubat mengeluarkan period yang dibeli dari farmasi. Tapi rezekinya, anak dalam kandungan tetap lahir sihat.

Kisah 4
Sama seperti kes 3, belum sedia mengandung lagi. Maka dimakannya nenas muda, air coca cola, ubi keladi mentah, apa saja yang orang kata boleh gugurkan janin. Tapi anaknya lahir juga.

Kisah 5
Si ibu mengandung sulung. Dijaga rapi bak sang puteri. Tiada sebarang kerja dibuat, segala keinginan dituruti. Pada usia kandungannya 6 bulan, bayi dalam kandungan tak bergerak. Dah meninggal dunia.

Kisah 6
Kahwin 10 tahun, duit banyak. Dah buat pelbagai rawatan untuk hamil, dah habis jutaan ringgit, tapi masih tiada zuriat.

Kisah 7
Hidup susah, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Tapi anak lahir setiap tahun. Walau makan pil perancang, tapi ada hari terlupa makan. Dan hari itulah Allah kurniakan zuriat dalam rahim si ibu.

Kisah 8, 9, 10 dan Kisah 1000

Banyak kisah lagi.

Pengalaman Sendiri

Saya sendiri pernah keguguran anak pertama. Masa mengandung, saya mengalami hi-prem yang teruk. Masuk air sampai 30 botol biru lebam tangan sebab dicucuk jarum tapi akhirnya saya keguguran juga.

Adalah mulut berkata, mungkin baby lemas sebab masuk air banyak sangat. Anak pertama kan, kita pun tak pandai lagi. Bila mengandung anak kedua, teruk macam mana pun, saya enggan ke hospital. Saya takut kena masuk air lagi. Tapi sampai tahap saya pengsan, terus dibawa ke hospital. Doktor India tu kata akan masukkan air sebab badan saya dah kekurangan cecair kerana muntah teruk.

Saya enggan. Saya kata takut nanti kandungan keguguran lagi. Lalu doktor India tu senyum pandang saya. “You percaya Tuhan kan? You tahu Tuhan boleh buat apa saja kan? Kalau baby ini milik you, walau apa jadi, dia tetap milik you. Kalau bukan milik you, dia tetap bukan milik you.” Terus terang cakap, saya tersentak masa tu. Allahu….!

IKLAN

Percaya Pada Qada & Qadar

Macam baru sedar walaupun sebenarnya dah lama tahu…. KUNFAYAKUN.
Kita boleh berusaha, berikhtiar tanpa henti. Tapi yang menentukan hanya Allah SWT. Dia lebih tahu kenapa setiap sesuatu terjadi.

Kenapa ada ibu yang hanya lahirkan anak lelaki.
Ada ibu yang hanya lahirkan anak perempuan.
Kenapa ada ibu yang lahirkan hanya 2 anak.
Ada pula ibu yang mampu lahirkan belasan orang anak.
Kenapa ada ibu yang hanya lahirkan 1 anak.
Dan ada ibu yang tak boleh lahirkan anak.

Semua kenapa ini, kalau kita percaya pada qada & qadar Allah, redha dgn ketentuan Allah, pasti kita takkan menyalahkan manusia. Setiap yang Allah takdirkan, pasti ada sebabnya.

Bukan hanya pada si ibu, ianya mungkin sbb si ayah atau boleh jadi sebab sekeliling. Ianya boleh jadi sebb apapun. Kerana Allah Maha Mengetahui.

Mungkin ada rancangan lain yang Allah dah atur yang lebih baik. Pelihara anak yatim. Tanggung keluarga yang susah. Atau Allah tahu pada masa akan datang mungkin anak tersebut akan jadi penghalang si ibu mahupun ayah utk masuk syurga. Kita tak tahu kan, tapi Allah tahu.

Yang pasti
Tiada anak pun boleh masuk syurga.
Ramai anak tak semestinya terus masuk syurga.
Yang penting, berusaha & redha.
Anak itu anugerah, harta dan amanah.
Makin ramai anak, makin lama hisab di sana.
Segalanya bersebab.

MW: Kadang-kadang kita terfikir kenapalah macam ni dan kenapa macam tu. Sebab…sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya. Kita kena terima dan bersyukur.

Sumber: Farizal Radzali

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI