Kita pastinya ada impian dan keinginan dalam hidup masing-masing. Untuk itu, tiap impian dan keinginan itu perlu disusuli dengan usaha, tak kira usaha kecil atau pun besar. Masing-masing punya cara bagaimana nak mencapai apa yang diingini. Tapi, kenapa ada yang mengata, seolah-olah tak puas hati pulak?

Tiap Orang Berhak Reward Diri

Ada macam-macam cara orang reward (penghargaan) dirinya. Ada yang beli handbag berjenama, ada yang tambah koleksi barang kemas, ada yang tukar kereta, ada yang beli periuk mahal, ada yang pergi bercuti ke luar negara dan macam-macam lagi. Yelah, terpulang pada minat mereka. Yang penting, mereka reward diri untuk lebih happy dan bahagia. Tak salah kan?

TAPI, kenapa ada orang yang seolah-olah kurang senang lihat orang lain gembira. Cemburu kah? Ada yang kata membazir, tak ukur baju di badan sendiri dan macam-macam lagi. HELLO! Anda bukan mereka. Jangan samakan diri anda dengan mereka. Apa yang anda suka tak semestinya orang lain juga suka. Apa yang betul di fikiran anda, mungkin kurang tepat bagi orang lain. Sila berlapang dada.

Bertahun Kumpul Duit

Bila tengok orang lain pakai beg berjenama yang harganya agak mahal, mulalah mengata. Kononnya buat apa ada beg mahal kalau purse ‘nipis’? Aduh, kenapa kata begitu. Mungkin bagi anda, lebih BAHAGIA bila ada duit banyak dalam dompet/bank. Anda tak sanggup belanjakan hinggakan macam kedekut pula walau pun dengan diri sendiri. Duit banyak, tapi nak beli itu ini untuk diri pun berkira. Tapi, tak apa. Itu pilihan anda.

Namun, jangan mengata kalau orang lain tak sama dengan anda. Mungkin yang beli handbag mahal itu, bertahun kumpul duit untuk dapatkan beg idamannya. Bukan beli berhutang pun. Tapi dia nak ‘merasa’ pakai beg mahal untuk kepuasan dirinya. Jadi, apa yang salahnya? Dah ada rezeki lebih.

Ada suri rumah yang suka beli pinggan mangkuk mahal, periuk mahal dan macam-macam perkakas dapur yang mahal. Jangan mengata, itu minat mereka dan bila memiliki barangan itu, mereka rasa bahagia dengan tugas mereka sebagai suri rumah. Untuk dapatkan si idaman hati, ada yang sanggup main kutu atau simpan duit sikit demi sedikit. Tapi kalau itu boleh buat mereka bahagia, apa salahnya?

IKLAN

Begitu juga ada orang yang suka habiskan duit pada makanan. Tiap minggu akan bawa famili makan di tempat mahal. Dia tak kisah keluarkan duit beratus untuk sekali makan. Begini, bolehkah kita anggap membazir sedangkan baginya itu cara dia reward diri dan ambil hati keluarga tersayang.

Baca sini lagi:

Nak Beli Barang Kemas Kena Ada ILMU EMAS Supaya Tak Mudah Ditipu

24jam/7hari Terperap Di Rumah, Sebab Itu Suri Rumah Lebih Mudah Alami Depresi!

IKLAN

Ikuti kami di Instagram:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Kita Ada Cara Tersendiri Reward Diri, Orang Lain Jangan Sibuk Mengata!

Hobi Kita Tak Sama

Ada pula yang suka sangat melancong ke luar negara. Mulalah ada yang tak puas hati. Katanya membazir je melancong ke luar negara sedangkan negara sendiri tak kurang cantiknya. Atau baik simpan saja duit itu dalam bank. Sekali lagi, kita bukan dia. Baginya, melancong ke luar negara dan merakamkan momen indah di sana lebih bermakna. Momen itu sudah pasti tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Jadi, dia sanggup menabung demi nak pergi melancong ke luar negara. Malah, tahukah anda, ada lokasi luar negara kalau kena perancangannya, belanja lagi murah daripada melancong dalam negara. Percaya tak?

IKLAN

Rasa ‘berbulu mata’ bila tengok ada rakan yang asyik tukar kereta. Dah hobi dia dan dia mampu, biarlah. Tak minta duit anda pun kan? Lagi pula kalau rakan itu di bidang jualan dan pemasaran (sales and marketing). Biasa kita tengok mereka ini pakai kereta best. Bukan apa, ia juga berkait imej kerja. Sudah jadi adat manusia, tengok luaran dulu. Agak-agaknya lah, kalau pergi buat sales pakai kereta kancil dengan pakai kerata Honda, mana orang pandang lebih hebat? Tentu yang pakai kereta lebih mahal kerana ia seolah memberi makna mereka dapat komisen tinggi dan ada ramai client. Ini tak langsung buat client rasa lebih yakin untuk dapatkan khidmat dia.

Kita Layak Bahagiakan Diri Sendiri

Lainlah orang memang tahu dia taukeh atau si empunya bisnes. Pakai kereta kecil orang akan anggap dia bersikap rendah diri dan tak suka menunjuk. Itu lain kes!

Pendek kata, jangan sibuk nak mengata bila tengok cara orang lain reward diri. Cuba fikir, kita penat kerja, takkan kita tak layak untuk reward dan beri hadiah untuk diri kita sendiri?

Nak tunggu betul-betul kaya baru boleh buat apa yang kita nak buat? Kalau kita berjaya jadi kaya…kalau sampai ke sudah tak kaya? Macam mana? Jadi, tolong tumpang gembira bila kita tengok orang lain bahagia.  Definisi bahagia bagi tiap orang berbeza ye!

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI