Air tangan isteri, pergilah mana-mana, ia tidak akan setanding dengan apa yang isteri masak. Sentiasa jadi ingatan untuk suami dan anak-anak walau di mana-mana.

Hebatnya air tangan seorang isteri. Jika sebelum kahwin, langsung tidak tahu masak, tapi bila sudah ada suami dan anak-anak, sedaya upaya isteri dan mak berusaha untuk memenuhi perut keluarga.

Sedap atau tak, tidak menjadi persoalan dan inilah yang dikatakan benar-benar air tangan isteri atau mak.

Kadang-kadang isteri sanggup belajar dengan mentua atau mak sendiri untuk memastikan makanan itu sesedap rasa. Tidak hairanlah, bila anak-anak membesar dan sudah ada pasangan, air tangan ibulah yang dicari.

Walau bagaimanapun, kala unak pastikan air tangan isteri itu lagi sedap, suami kenalah rajin-rajinkan diri untuk menolong isteri di dapur. Memetik kata-kata perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa, suami yang rajin tolong di dapur mampu mengeratkan kemesraan dan cinta suami isteri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Selalu Gaduh & Bakhil, Punca Hilangnya Rezeki Suami Isteri

Suami Isteri Sama-sama PENAT, Buat Cara Ini Agar Rezeki Mengalir Lancar

Info Lebih Menarik DI SINI

Air Tangan Isteri, Lembutkan Hati

Tangan isteri itu adalah keramat yang Tuhan berikan tanda kasihNya pada mereka yang bergelar isteri.

Isteri tu,
Walau masakannya jadi atau tidak, bila ia dinikmati oleh seisi keluarga, maka air tangannya itu akan melembutkan hati suami.

Air tangan isteri dan ibu itu membuatkan hati suami dan anak-anaknya akan lunak dengan Allah.

Kalau nak isteri kalian masak sedap-sedap ni,

1. Bantu mereka di dapur. Nampak je isteri di dapur, masuklah ke sana. Sapalah isteri. Walau kita tak menolong pun, namun kita senyum dan menceria dia yang kepenatan menyediakan juadah berbuka buat kita.
2. “Abang rasa ok tak saya masak berbuka semalam?” Ha, masa ni lah kita sebagai suami nak tegur. Mungkin semalam masin sikit. Atau terkurang ke. Cakap je, “kari semalam sedap tau. Tapi kalau garam kurang sikit, ngam!”. Isteri suka suaminya menghargai. Begitu.
3. Sentuh je periuk sikit. Buat-buat potong bawang. Angkatkan sampah dari kulit bawang dan hirisan yang tak habis. Kemudian, kita ke depan ruang tamu semula. Itu pun cukup dah. Tanya ada apa nak tolong pun ok dah.

Simple kan?

Rasulullah saw, kalau pulang saja ke rumah para isterinya, tempat pertama yang baginda akan pergi adalah dapur.

Baginda sendiri akan menyinsng lengan membantu para isterinya dan bertanya ada makanan atau tidak hari ini. Jika tiada, nabi berpuasa.

Dapur adalah tempat rahsia, dimana kemesraaan dan cinta suami isteri itu boleh dibina dan dipupuk semula. Apalagi, di ramadan ini kita boleh beri sedikit masa di dapur dalam menyiapkan juadah berbuka.

Air tangan isteri, ia datang dari kasih dan sayang serta perhatian suami.
Cubalah!

#sweeterapi

MW: Suami kalau puji isteri masak, mahunya tiap-tiap hari isteri nak masak. Semangatnya lain macam sikit. Betul tak?

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI