Apabila sudah berkahwin selama berbelas, berpuluh tahun, kunci rumah tangga bertahan lama tentulah sabar. Memang ada benarnya berjaya mengekalkan 15-20 tahun usia perkahwinan, jika tiada sifat sabar diantara suami isteri tak mungkin dapat bertahan selama itu.
Asas perhubungan dalam perkahwinan seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Bersikap sabar bukan sahaja pada pasangan, namun juga pada perkara-perkara yang lain. Sifat sabar itu bukan hanya pada sebelah pihak sahaja tetapi kedua-dua belah pihak.
BILA ORANG TANYA, DAH BERAPA LAMA KAHWIN? “15 TAHUN DAH, 20 TAHUN DAH…”
WAH, NI MESTI PANDAI JAGA HATI PASANGAN, PANDAI MASAK, PANDAI MENGEMAS RUMAH, PANDAI JAGA BADAN, PANDAI BERGAYA.SERONOK LA BOLEH KEKAL LAMA MACAM TU.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun tu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun tu dah macam-macam yang jadi dalam rumahtangga.
Ads
Sifat Sabar Dalam Hati
Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nak hidup sendiri. Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati tu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari-hari kita berduka.
Ads
Sabar Dalam Rumahtangga
Sabar dalam rumahtangga ni tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata. Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…
Nak Rumah Tangga Bertahan Mesti Banyak Sabar
Kalau sabar itu tiada dihati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat, dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar.
Ads
Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya.
Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti. Hati kalau dah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan tu agar ianya berkekalan.
Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan.
Hanya SABAR sebagai peneman
Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR.
Masih ramai pasangan suami isteri yang gagal mencari sebab punca pembaziran dalam keluarga, akhirnya setiap hujung bulan langsung tak boleh menyimpan duit malah lagi teruk tak cukup duit nak makan!
Inilah yang nak dikupas dan direnungkan bersama, jemput baca perkongsian daripada saudara Azizul Azli Ahmad, adakah kita juga masih buat 17 sikap buruk ini?
Mari semak punca pembaziran yang selalu kita buat…
Kita masih tak sedar bahawa kita banyak membazir sebenarnya. Ramai yang saya jumpa anggap ia bukan pembaziran…
1. Beli kereta yang salah,masih banyak kereta yang mampu dan murah.
2. Belian online sebab tawaran Lazadahh sukar dilepaskan.
3. Suka ikut apa kawan pejabat beli, dia beli aku nak beli juga.
4. Pakar semua gajet terkini tapi bab pelaburan tolak tepi. Bosan katanya lagi.
5. Suka makan luar, dimana viral makanan gila. Kita sampai punya!
6. Beli dipasaya sebab ada jualan Krismas Raya walaupun benda itu kita tak guna.
7. Bil telefon luar biasa, kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan membaca.
8. Tiada perubahan gaya hidup tiap kali tahun baru datang, masih berjoli sakan.
9. Percaya dengan semua produk kecantikan, rajin beli dan cuba. Halal atau tidak kita tampal dimuka? Janji gojes dipandang mata.
10. Suka baca akhbar saja, buku Wang Ada Dimana bagus banget untuk dibaca. Ramai yang berjaya.
11. Semua warna tudung dan fesyen yang kita ada penuh almari kita. Barulah hijalasbista.
12. Buat sambutan hari jadi sendiri, alah setahun sekali. Cubalah beli emas hadiahkan diri,itu simpanan yang baik.
13. Membazir air dan api dirumah tanpa rasa bersalah, sikit jer pun.
14. Keluar rumah tanpa rancangan, jumpa apa semua beli saja. Baru puas dihati.
15. Tadika anak kita mahal gila, bukan boleh masuk universiti dah tamat nanti. Tapi sebab nak ada gambar konvo nanti.
16. Beg dan kasut sekolah baru anak walau masih elok lagi. Bagi semangat katanya, jika mereka cemerlang tak mengapa.
17. Cuba amalkan doa “Ya Allah peliharalah mata ini dari terbeli barang tak guna dan cair dengan godaan mata jurujual jelita”.
Banyak benda kecil kita selalu tak kisah. Sebab itu hidup kita susah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa. Wanita memang terkenal dengan sikap manja. Namun sebagai isteri tidak perlulah nak bermanja sepanjang masa. Paling penting kekalkan ya, sifat malu yang ada dalam diri anda.
Kehidupan berumahtangga sememangnya penuh onak dan duri. Hanya suami dan isteri yang mampu mencorakkan agar perkahwinan dilimpahi bahagia.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah menerusi akaun Facebooknya, isteri solehah tidak perlu bermanja dengan suami sepanjang masa.
Malah beliau yang biasa bahasakan diri dengan panggalan Tok Abah juga memberi tip yang boleh diamalkan oleh para isteri agar dapat menawan hati suami.
“Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya;
Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami:
Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat,” kongsi Tok Abah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu besarnya pengorbanan seorang ibu tiada galang ganti.Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan kian aktif, adakalanya boleh mengakibatkan diri sendiri tercedera. Ini yang dialami oleh pelakon dan penyanyi Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih dikenali Betty Banafe,39.
Baru sebentar tadi, ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Julia Claire Dargus,5 dan Bruce Dean Dargus,3 berkongsi cerita yang mata hitamnya tertusuk mainan anak. Namun apa yang menariknya, meskipun tercedera dan alami luka, Betty tetap positif dengan ujian yang menimpa serta menganggap pengorbanan bagi seorang ibu memiliki anak yang aktif.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Bersyukur Kita masih boleh nampak. Alhamdulillah.. bayangkan mereka yang buta permanently..salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup, Dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.Kerana waktu Kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lain nya. “
Betty juga sempat menitipkan pesanan agar para pengikutnya mendoakan perkara yang baik-baik buat mereka sekeluarga.Serta para golongan ibu-ibu diberikan kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan menguruskan anak-anak.
“Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga.Terima kasih bagi yang mulia hatinya.Anakku tertusuk mataku dengan mainan Lego nya.Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif Masyaallah hingga melukakan mata hitam nya.Semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi.. amin ya Rab.”
Terdahulu, Betty telah berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan pasangan ini telah 6 tahun mendirikan rumahtangga. Mingguan Wanita mendoakan agar Betty segera sembuh daripada kecedaraan ini, dan banyakkan bersabar dalam menjaga anak-anak yang semakin aktif.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...