Mak-mak ini selalu sangat nak tunjuk diri superwoman. Kuat serba serbi. Demam-demam pun bangkit juga ke dapur, kemas rumah dan buat segala-galanya kerja rumah. Tak hirau tubuh badan tu sebenarnya dah bagi signal PENAT.
Dek tak hirau amaran yang tubuh badan kita hantar, dan kita cuba bertahan itulah akhirnya mak-mak paksa diri. Sanggup tak nak REHAT, walaupun tubuh tu sebenarnya dah LETIH.
Ini jadi pada Puan Nedy Nadira bila mana dirinya dilanda keributan melayan anak-anak.
Ibu, Kalau Letih Rehatlah Walau Sekejap
Hari ni Dira hampir mental breakdown, sebabnya LETIH
Arra memang betul-betul menguji kesabaran, Dira boleh jaga 5 Kakak Imra sorang-sorang,tapi untuk jaga Arra sorang Dira tak boleh handle, sebab dia sangatttttttt aktif tak padan 8 bulan plus dia punya separation anxiety tak boleh bawak bincang,
Hari ni sambil basuh pinggan hampir nak nangis sebab Arra melalak kat bawah macam kena dera, dia nangis bukan rengek biasa pakej meraung terus!
Dalam hati duk zikir sabarkanlah aku ya Allah, janganlah Kau izinkan aku hilang kewarasan kali ni,
Dengan rumah macam kedai mainan pecah, mainan bola berterabur, kakak tumpahkan air, Arra penyet biskut kat lantai, Arra nak berdukung je kerja dia,
Serius tiber je datang macam bisikan suruh kurung anak-anak, tape mulut sorang-sorang,
Dira stop buat kerja rumah, tarik nafas panjang-panjang pastu ucap pada diri
Terima kasih Allah untuk nikmat ini,
Terima kasih sebab kurniakan anak yang aktif tanda dia sihat
dalam sebak ambik Arra dukung, layan kakak main, hari ni ayah budak-budak ni balik awal dia bawak gi pantai, dia tanya sebab apa muka berkerut masam gini, rozi sejenis kalau dira senyap muka masam dia jadi susah hati, tapi kalau mulut aku pokpek pokpek marah dia okay pulok haha
Sebab dia kenal dira,kalau dira diam ada benda yang sangat tak kena
Isteri Bila Letih, Dia Tak Jadi Diri Dia
Dira jawab sepatah je,
” letih ”
Lillahi Dira letih, mental dan fizikal,
Dia balik je memang Dira pass baton, rumah tongkang pecah pandai-pandai laa kemas, nak makan pandai laa masak, sebab perempuan bila letih tapi dia push diri dia, dia akan jadi bukan lagi diri dia,
Mula-mula okay, lama-lama K.O
Ibu,kalau penat rehatlah jangan paksa diri, ibu yang penuh amarah adalah datang dari seorang ibu yang penat, kita bukan superwoman,
Its okay rumah bersepah sebab kita ada anak yang sedang meneroka, its okay kalau kadang-kadang tak sempat masak, jangan push diri,
Komunikasi tu penting,
Penat, luahkan dan ambik masa rehat seketika,
Kita hanya boleh memberi apa yang kita ada,
Hanya yang sakit akan menyakiti,
Hanya yang kaya kasih sayang akan menyayangi,
Sayangi diri sendiri dahulu,
Baru kita akan ikhlas menyayangi yang lain.
Love,
Puan Nedy Nadira
Bukan superwoman
Sumber/Foto : Puan Nedy Nadira
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI