Taraf mak saudara dikatakan lebih tinggi daripada mak mentua? Betulkah? Berapa ramai daripada kita yang rapat dengan mak saudara? Tak ada rasa kekok atau segan pun.
Jadi, tak mustahil juga sesetengah kita cukup rapat dengan mak saudara sebelah mak atau rapat dengan kedua-duanya (mak dan ayah). Walau bagaimanapun, tak kiralah sekalipun, itulah mak saudara yang kita ada. Tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.
Dalam perkongsian video tiktok yang dikatakan oleh Ustaz Badli Shah, menyarankan supaya menjaga hubungan dengan mak saudara ini. Tak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang mak mentua pun tapi taraf mak saudara itu lebih tinggi dari mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.
Antara mak saudara dengan mak mentua mana yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.
Kalau dibincangkan hukum, mak saudara dengan mak mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah mak saudara.
Sebab mak saudara itu adalah adik beradik mak atau ayah kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara. Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.
Bukan Buang Mentua
Tarafnya tak boleh lawan dengan mak mentua sebab mak mentua boleh dicari bila kahwin lain, dapatlah mak mentua baru tapi mak saudara itu, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikongsikan ini. Bukan nak buang mak mentua, dia pun sama taraf seperti mak kita juga tapi itulah, kalau kahwin baru dapat mentua baru. Paling penting adalah jaga hubungan sesama kita.
Hati mana tidak sedih bila pasangan ‘buat hal’. Lebih-lebih lagi sudah cukup apa yang dia miliki sekarang ini. Kelangsungan hidup sebelum ini sudah mencukupi, di samping anak-anak dan keluarga.
Tapi bila memilih cara begini, terimalah dan anggaplah ini sudah ditakdirkan. Tak perlulah kita nak kasihan diri orang lain. Teruskan kelangsungan hidup kita bersama dengan anak-anak.
Itulah, hakikatnya menjadi seorang wanita. Tak perlu menyalahkan takdir dan letakkan harga diri kita, jangan terlalu berharap dan teruskan kelangsungan hidup dengan skill dan bakat yang kita ada demi mencari rezeki.
Inilah yang dikongsikan oleh Nurul Izzah Zainol, tentang ulasannya yang diambil daripada dugaan yang dilaui oleh dua wanita ini.
Sedihnya tengok kisah Serra nangis sebak di Meletop dek kerana perkahwinan. Kemudian, lalu lalang klip Puteri Sarah yang dakwa sudah 4 tahun tertekan dalam perkahwinan.
Bohonglah kalau saya tak persoalkan apalah erti jadi wanita. Hidupnya di muka bumi selalu dimangsakan. Jadi kanak-kanak, didera, dirogol dan dibunuh dengan kejam. Masuk remaja, dimengandungkan sampai kelam masa depan. Sudah dewasa berkahwin, dimangsakan pula oleh suami. Nasib tak baik, ‘dibelasah’ pula dengan keluarga mertua.
Hidup miskin, adik beradik ramai, mak ayah tak mampu nak tanggung, dikahwinkan seawal umur baligh. Terlajak umur tak berkahwin, dituduhnya tak laku di pasaran.
Sudah kahwin, diceraikan, kemudian dikatanya tak pandai jaga suami. Bla sudah bersuami beranak pinak,tetapi macam ibu tunggal urus segala. Sudah bekerjaya gaji lumayan, tapi bankrap juga disapu bersih si suami penggangur. Dapat yang nampak alim, penunggang agama tahap dewa, diancamnya derhaka nusyuz neraka siang malam.
Sekilas baca di atas macam ada gaya menyesal dan menyalahkan takdir kan? Namun, saya bertuah jadi wanita walaupun the struggle is damn real. Menjadi wanita dalam masyarakat patriaki walaupun tidak seteruk middle east atau di India, tapi cukuplah terasa peritnya untuk melawan sosialisasi gender yang masih membumi.
MEMBERI ERTI
Bagi memberi erti sebagai seorang wanita, kitalah yang meletakkan HARGA pada diri kita. Letakkan price tag yang tidak mudah dicampak-campak atau ditendang ke hulu ke hilir. Ingat hanya satu hal, JANGAN BERHARAP DENGAN MANUSIA. JANGAN. Walaupun dari segi hubungan, itulah talian yang paling akrab. Tolong JANGAN. Saya ulang banyak kali. JANGAN SANGAT HARAP APA-APA.
Get urself equipped with all skills & certificates that need you to survive. If u can go for higher degree, go for it.If u can go for higher position, aim for that. If u can go for highest salary, chase it. Why so ambitious? Later u will thank me when the time comes.
But on top of that, semua tu adalah untuk kita survive, untuk orang tidak memperbodohkan kita, untuk orang tidak merendah-rendahkan kita macam sampah.
Memberi erti juga dengan adanya ego, maruah dan jati diri. Be firm and bold. Bukan dengan membongkak dan keras kepala. Yang namanya maruah itu adalah harta yang tidak ternilai bagi wanita. The moment ada yang menginjak-injak maruah kita, that’s it. No tolerance.
Dump them! Bila pengorbanan kita tidak dihargai dan diperlekehkan, ingat tu sampai mati. Ingat bukan kerana dendam, tetapi sebagai ‘driver’ untuk kita terus maju biar orang melangut melihat kita.
Bukan suruh selfish. Tetapi setiap perkara ada limitasi. Jangan buli diri sendiri untuk puaskan hati orang lain. Tak payah nak jadi lilin bakar diri sendiri. Why ruin urself to please others. It doesn’t make sense anyway. Islam pun larang kita binasakan diri sendiri. Bila dah sampai limit, sampai rasa nak jadi gila, sampai rasa nak bunuh diri, dah! Stop and withdraw urself. Itu tandanya badan dah bagi signal yang kita sudah menzalimi diri. Kesiankan diri sebelum orang lain.
Mind u, bila sakit, dah tak berguna, dah tak membanggakan, dah tak produktif, dah lemah layu, semua pakat lari lenyap. People easily throw u from their life without blink i tell u.Kecuali yang sangat ikhlas.
Survival Diri
Nak kurus bukan sebab nak cantik je tapi nak sihat. Nak survive banyak guna tenaga dan kesihatan. Belajar apa saja survival skill untuk kelangsungan hidup.
Hidup ni banyak nak kena redah tapi mesti dengan ilmu. Kalau minat satu bidang kemahiran biar sampai jadi pro or expert. Ur limit is the sky. No one shall stop u. No one shall bury ur dream.
Beg to differ? U may.
Feel empowered? Spread this.
Feel offended? Unfriend.
Mingguan Wanita : Setiap wanita berhak untuk bahagia.
‘Adik merajuk sampai block WhatsApp.’ Kakak gigih tulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk adiknya. Benarlah air dicencang tak akan putus, begitulah ibaratnya hubungan adik-beradik.
Hubungan yang rapat membuatkan seorang kakak sanggup lakukan apa saja demi menjernihkan hubungan yang keruh. Tentu adiknya cukup terharu melihat kesungguhan sang kakak dalam memujuknya.
Kasih seorang kakak! Apabila adik merajuk, sanggup menulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk.
Seorang wanita di India gigih menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya yang dikatakan merajuk kerana terlupa memberi ucapan sempena ‘Hari Adik’ yang lalu.
Menurut laporan Independent, surat seberat lebih 5 kilogram (kg) itu ditulis wanita dikenali sebagai Krishnapriya yang mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan.
Difahamkan wanita berkenaan membuat keputusan untuk membuat surat itu bagi meluahkan rasa sayang dek kerana adiknya, Krishnaprasad telah menyekat nombor telefon di aplikasi WhatsApp.
Selain itu, surat itu dibuat agar hubungan mereka adik-beradik juga pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, surat sepanjang 434 meter itu telah diterima oleh adiknya dua hari selepas sambutan Hari Adik.
Bagaimanapun, Krishnaprasad pada awalnya menyangkakan ia adalah bungkusan untuk hadiah hari jadinya.
Namun, selepas dia membuka bungkusan itu, lelaki berkenaan terkejut melihat surat seberat 5.27kg.
“Saya terlupa untuk mengucapkan selamat Hari Adik pada dia. Pada petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.
“Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4 tapi tak lama lepas tu saya sedar yang kertas tak cukup sebab banyak perkara yang saya nak sampaikan kepada dia.
“Maka saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat berukuran 434 meter dan seberat 5kg,” ujar Krishnapriya.
Tambahnya, dia turut meluahkan rasa cinta dan sayang kepada adiknya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya.
Ujarnya lanjut, mereka sangat rapat dan suka berkongsi hubungan yang sangat mesra. Semasa membesar, mereka juga seperti kembar memakai baju sama warna pada majlis-majlis khas keluarga.
Walau bagaimanapun, Krishnaprasad meluahkan rasa bahagia apabila dia menerima surat yang ditulis oleh kakaknya itu.
Mingguan Wanita : Begitulah hubungan adik-beradik, menipulah kalau mak ayah tak pernah bergaduh dengan adik-beradik. Bergaduh macam mana sekali pun janganlah dibuat musuh, nama pun adik-beradik.
‘Panjat bonet kereta, tangkap suami curang.’ Tindakan nekad, bila hati seorang wanita disakiti. Begitulah wanita bila suami curang sanggup lakukan apa saja.
Kadang-kadang terlalu nekad hingga tidak mampu berfikir panjang hingga membahayakan keselamatan sendiri. Semoga wanita ini baik-baik saja dan urusannya dipermudahkan.
Sebuah klip video tular di media sosial Vietnam kerana memaparkan tindakan nekad seorang isteri memanjat bonet sebuah kereta kerana mahu menangkap suaminya yang curang, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.
Rakaman menunjukkan seorang wanita berbaju ungu memberhentikan sebuah kereta merah lalu memanjat ke atas bonet kenderaan tersebut.
Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar suami dan perempuan simpanannya di dalam kereta.
Melihat tindakan wanita itu, polis tempatan segera campur tangan dan memintanya turun daripada bonet kereta.
Wanita itu turun dan memohon maaf kepada polis. Dia memaklumkan bahawa dia ingin merakam gambar sebagai bukti suaminya curang.
Dia juga menunjukkan sijil perkahwinan yang membuktikan bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah suaminya.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Mesti hancur perasaan kakak itu,” kata seorang netizen.
“Walaupun beremosi, masih tetap tenang,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Jangan dikutuk tindakan wanita ini. Mungkin akibat terlalu geram dan sakit hati, dia bertindak senekad itu untuk mempertahankan haknya.