Masa kecil ingat tak kahwin sebab tak sempurna, pensyarah kongsi momen bahagia bergelar seorang isteri. Tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia kerana Allah sudah mengatur sebaik-baiknya.
Ini termasuklah soal ajal maut jodoh pertemuan kerana semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.
Setiap dari kita, jika sudah sampai jodohnya, pasti akan melalui pelbagai momen sebelum melangkah ke alam bahagia ini kerana itulah yang akan menjadi kenangan di hari tua.
Masa Kecil Ingat Tak Kahwin Sebab Tak Sempurna
Satu perkongsian dari seorang pensyarah di Kolej Cosmopoint Kuantan, Siti Nur Hikmah Razlan di twitternya cukup membuatkan ramai yang ingin tahu lebih mengenai sisi dirinya.
Baru melangsungkan perkahwinan minggu lalu, 28 April 2023, Nur Hikmah menulis :-
28.4.23 – Kecik kecik dulu ingat tak kawin sebab kita taksempurna selalu cakap mana ada orang nak, alhamdulillah semoga syurga buat suami saya In Sha Allah.
Pasangan pengantin baru, Siti Nur Hikmah dan Muhammad Syazmie Ikqram yang diijabkabul 28 April lalu. Foto :- Kredit Pasangan Pengantin.
Mingguan Wanita menghubunginya untuk mengetahui kisahnya dengan lebih lanjut.
Ads
Menurut pensyarah berusia 25 tahun ini, dirinya dilahirkan dengan sebelah kelopak matanya tidak membentuk dengan sempurna. Sudah beberapa kali melalui pembedahan namun mata belah kirinya tidak dapat melihat dengan sempurna.
Kata Nur Hikmah, dalam bahasa lebih mudah, matanya buta sebelah kiri. Dan kerana itulah, sejak kecil perasaan rendah diri sentiasa ada dalam hatinya.
“Kita ini manusia biasa dan ada perasaan. Bila semakin besar, dengan keadaan yang saya alami, rasa rendah diri itu datang dengan sendirinya. Bila berkawan, saya fikir boleh ke orang terima keadaan saya. Hinggalah saya terfikir, ada ke jodoh saya dalam keadaan saya begini,” kata Hikmah ketika dihubungi.
Pensyarah Kongsi Momen Bahagia Bergelar Seorang Isteri
Allah mengatur perjalanan hamba-Nya dengan sangat sempurna. Di saat dia tertanya-tanya itu, jodohnya sudah tertulis ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka kerana di situlah dia mengenali suaminya, Muhammad Syazmi Ikqram, 26 tahun.
“Saya dan suami kenal dalam dua tahun. Kami satu universiti tapi kos lain-lain. Mulanya berkawan biasa sebelum masing-masing serius. Bulan 9 tahun lepas keluarga suami datang merisik, bulan satu tahun nie kami bertunang dan minggu lepas kami diijab kabul sebagai suami isteri katanya sambil menambah, suaminya insan yang banyak memberinya sokongan di saat dia menghadapi kesukaran berdepan dengan pertanyaan orang tentang kelainan dialaminya.
Ads
“Jujurnya, saya selalu ada perasaan rendah diri. Susah untuk membuangnya kerana itulah realiti. Saya perlu menjawab pertanyaan setiap orang, kenapa mata dan sebagainya. Bila masuk part kanak-kanak lagi bukan mudah kerana mereka ada rasa ingin tahu yang mendalam.
“Masa mula bertunang dengan suami dulu, saya kurang risaukan pertanyaan keluarganya kerana mereka sudah memahaminya tapi risau kalau ditanya oleh anak-anak sedaranya yang masih kecil. Tapi alhamdulillah, suami sentiasa ada kerana dirinya sentiasa menemani saya di saat saya lalui ujian sukar menjawap pertanyaan orang. Dia akan tolong terangkan dan kami pergi berjumpa bersama-sama orang yang bertanya itu.
“Bagi anak kecil, saya katakan saya jatuh basikal dan mata terhantuk. Jadi begini. Alhamdulillah, mudah untuk mereka faham.
Hikmah bersyukur bergelar seorang isteri pada tarikh istimewa mereka, 28 April 2023. Foto :- Kredit Pasangan Pengantin.Inilah syurganya, Muhammad Syazmie Ikqram yang sentiasa memberinya semangat di saat orang bertanya tentang kekurangan fizikal dialaminya. Foto :- Kredit Pasangan Pengantin.
Dalam pada itu, jelas Hikmah, dia sangat bersyukur Allah menghadirkan insan terbaik dalam hidupanya, seorang suami yang sentiasa memberinya dorongan dan kata-kata semangat.
“Jika dulu saya tertanya-tanya tentang masa depan terutama bab jodoh, Allah hadirkan seorang suami yang baik untuk saya. Dirinya menjadi kekuatan untuk saya berdiri teguh hari dengan kekurangan yang sedikit ini,”katanya yang begitu gembira melalui hari bahagianya.
Semoga till Jannah buat pasangan pengantin baru ini.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadikan Piza Sebahagian Daripada Hidup, Wanita Obses Piza Pecah Rekod Dunia! Siapa sangka piza cukup penting dan memberi makna dalam kehidupan seseorang. Terlalu obses dengan piza sehingga mengumpul pelbagai koleksi malah berjaya memecahkan rekod dunia.
Seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) memecah Guinness World Records apabila mengumpulkan item memorabilia piza paling banyak di dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Dikenali ‘Gadis Piza’
Telina Cuppari, 42, yang turut dikenali sebagai ‘Gadis Piza’ telah mengumpul 669 memorabilia piza termasuk sofa, pakaian, anting-anting, rantai, mainan, piza Pez (sejenis makanan ringan) dan stoking.
Cuppari memberitahu laman berita NJ.com bahawa dia mula mengumpul memorabilia dan pakaian piza selepas berpindah ke negeri New Jersey pada 2012.
“Saya berpendapat ia menyeronokkan untuk dipakai apabila saya keluar dan makan piza.
“Saya juga menerima begitu banyak pujian sehingga mula membeli aksesori piza dan sejak itu, saya terus mengumpul lebih banyak barangan dan menjadi ‘Gadis Piza’,” katanya.
Piza Sebahagian Daripada Hidup
Menurut Cuppari, hidangan itu sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
“Kami makan begitu banyak piza di rumah ketika membesar selain pernah memberi hadiah Krismas kepada lelaki penghantar piza setiap tahun. Saya sentiasa terpesona dengan pelbagai jenis piza dari seluruh dunia,” ujarnya.
Pecah Rekod Dunia
Dalam usaha memecah Guinness World Records, Cuppari berkata, dia perlu menyerahkan senarai terperinci mengenai semua memorabilia berkaitan piza dan mendokumentasikannya dalam video selain mengumpul kenyataan saksi.
Cuppari menyerahkan permohonannya pada Disember lalu sebelum mengalahkan pemegang rekod sebelumnya pada Ogos lalu dengan memiliki 100 item lebih banyak daripada individu tersebut.
“Saya bersedia, doakan Sarah tau” failkan tuntutan cerai terhadap Syamsul. Pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.
Kemelut tersebut sampai ke kemuncak apabila Syamsul mengakui sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.
Akhirnya isteri pertama Syamsul yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana telahpun mengambil keputusan untuk berpisah.
“Saya Bersedia, Doakan Sarah Tau”
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini Puteri Sarah mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Saat dan masanya telah tiba dan pada jam 10.30 pagi tadi kelibat Puteri Sarah bersama dua orang adiknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Ternyata wajah Puteri Sarah begitu ceria dan dia bersemangat kerana dua adiknya menemani.
“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama.
“Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau” ungkap Sarah sambil melambai tangan kepada para media.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Keputusan Petunjuk dari Allah
Ibu kepada dua anak itu mengakui keputusan yang dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.
Meluahkan seperti mana laporan Berita Harian, Puteri Sarah turut menolak dakwaan dirinya anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu.
“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.
“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.
“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” luah Puteri Sarah.
Nekad Failkan Cerai
Akui dirinya reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya. Malah dia juga telah nekad untuk memfailkan perceraian.
“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.
“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.
“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.
“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” tegasnya.
Kalau nak tahu madu asli katanya akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.
Seperti yang diketahui umum, madu mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Madu juga mudah untuk didapati di pasaran, namun banyak juga yang dijual itu tidak asli.
Dengan 5 tip ini, anda dapat membezakan madu asli mahupun tidak. Semoga entri ini membantu…
1. Uji dengan air
Madu asli tidak mengandungi air. Untuk melihat sama ada madu itu asli atau tidak, tuangkan sedikit di dalam air.
Jika asli, madu ini akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.
2. Melekit atau tak
Madu sifatnya melekit baik yang asli mahupun tiruan. Untuk mengujinya, letakkan madu pada hujung jari anda dan biarkan seketika.
Madu asli akan meleleh perlahan. Madu tiruan pula akan terus melekit dan menempel pad jari.
3. Guna kertas
Tuangkan madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas tersebut akan berlubang (terkoyak) kerana kandungan air di dalamnya.
Madu asli sebaliknya akan kekal atas kertas tanpa menjejaskannya.
4. Semut suka
Madu asli mempunyai aroma yang kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi pada madu asli tidak digemari oleh semut.
Namun begitu, madu tiruan lebih disukai semut kerana bau manis dan rasanya adalah kerana gula. Itulah sebabnya semut akan menghurung madu tiruan bukannya madu asli.
5. Tuang atas pasir
Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan ‘merebak’. Hal ini kerana madu asli sifatnya padat dan likat.
Madu tiruan pula akan ‘merebak’ kerana kandungan air di dalamnya.
Madu tiruan banyak mengandungi bahan pemanis, jadi kurang elok untuk kesihatan. Jadilah lebih bijak ketika memilih madu dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara ini. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...