“Mama, boleh ke adik masuk syurga…pertanyaan anak derita barah saraf tahap 4 undang sebak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kata orang kesakitan dialami anak, semua kesakitan itu akan dirasai sama oleh ibu bapanya. Inilah yang dirasai oleh Nor Adibah Ahmad yang diuji bila mana anak perempuannya, Tuan Nur Afina Sofea Tuan Khalid, 9 tahun diuji dengan derita barah saraf tahap empat.
Jika dulu anaknya masih boleh melihat namun sejak sebulan lalu, kedua belah matanya sudah buta akibat barah ini. Namun beberapa pertanyaan dari anak syurganya ini membuatkan hati keibuannya sebak.
Mama, Boleh Ke Adik Masuk Syurga
“Adik ada banyak dosa dengan mama, boleh ke adik masuk syurga?”demikian ungkapan sayu darinya yang membuatkan naluri keibuannya tersentuh. Malahan hatinya turut sama menangis mendengar pertanyaan anak perempuanya itu.
Kanak-kanak kecil dari Kampung Nail, Kuala Besut ini disahkan menghidap penyakit menderita barah saraf atau neuroblastoma tahap empat sejak November 2020 dan tahap kesihatannya semakin merosot sejak pertengahan tahun ini.
Memetik laporan Sinar Harian, kata Nor Adibah Ahmad, 42 sejak kebelakangan ini Nur Afina Sofea sering bertanya sama ada dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini dimaafkan dan adakah dia tergolong dalam kalangan ahli syurga.
Menurutnya lagi, anak bongsu dari empat beradik itu juga pernah memberitahu berasa takut untuk tidur kerana bimbang ‘tidak bangun’ lagi dan tidak dapat membuka mata.
“Dia cakap dia banyak dosa. Dia cakap boleh ke adik masuk syurga sebab adik banyak dosa dengan mama.. dengan ayah.
“Setiap kali teringat apa yang diungkapkan Sofea saya sedih. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Sofea anak yang baik. Anak bijak dan pintar serta petah berkata-kata. ALLAH SWT uji Sofea dengan penyakit ini sebab Dia tahu Sofea anak yang kuat.
Ads
“Saya selalu tenangkan hati dia, beritahu dia masih kecil dan tiada dosa. Saya sentiasa maafkan dia dan berharap dapat bertemu dia di syurga,” katanya.
Pertanyaan Anak Derita Barah Saraf Tahap 4 Undang Sebak
Nor Adibah sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai makan namun terpaksa berhenti kerja sejak Mac lalu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak bongsunya itu.
Suaminya, Tuan Khalid Tuan Hamat, 44, yang bekerja sebagai nelayan kini tidak turun ke laut kerana bimbang keadaan kesihatan Sofea yang semakin teruk.
“Masa mula-mula dikesan kena kanser tu mata kanan Sofea sudah kabur dan tak nampak. Rahang sebelah kanan juga mula membengkak. Sekarang ni mata kiri juga alami perkara sama. Kedua-dua mata Sofea kini tidak boleh melihat.
“Sebab itulah Sofea perlu dijaga sepenuhnya. Bengkak pada bahagian kepala Sofea juga mula ketara sejak awal tahun ini,” katanya.
Ads
Nor Adibah memberitahu, Sofea telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 16 sesi selama setahun bermula 2020 hingga 2021 namun kuman kanser merebak dengan cepat ke bahagian organ tubuhnya yang lain.
Katanya, berat badan anaknya itu juga semakin menyusut sehingga 13 kilogram (kg) daripada 27 kg.
Ustazah Asma’ Harun antara yang turut menziarahi adik Sofea. Sebaknya, “akhirnya Sofea dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni..” tapi Sofea sudah tak boleh melihat ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi.
Bercerita ketika mula-mula disahkan menghidap penyakit itu tiga tahun lalu, Nur Afina Sofea mengadu sakit pada rahang sebelum diberikan antibiotik.
“Selepas dua bulan makan antibiotik bengkak pada rahang tetap tidak surut. Bila buat pemeriksaan x-ray doktor beritahu tiada apa-apa.Selepas buat CT Scan (ujian imbasan tomografi berkomputer) baru tahu kanser dia dah tahap empat. Waktu tu doktor kata Sofea dijangka hanya mampu’ bertahan’ dua bulan sahaja,” katanya.
Menurut Nor Adibah, walaupun telah disahkan menghidap kanser anaknya sempat menghabiskan persekolahan ketika Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Nail.
“Selama setahun dia sempat bersekolah. Masa di sekolah dia aktif. Sofea simpan impian nak jadi seorang ustazah, sayangnya tak sempat. Tahun ini dia dah tak ke sekolah selepas tidak boleh berjalan dan perlu didukung. Saya tahu Sofea sedih kerana sudah tidak boleh ke sekolah. Apa jua yang berlaku saya pasrah dan reda. Doktor beritahu bila-bila masa sahaja dia boleh ‘pergi’,” katanya.
Sehubungan itu mana-mana pihak yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank atas nama Nor Adibah Ahmad (2006361000330941) atau CIMB Bank Tuan Khalid Tuan Hamat (1111841100071469) atau hubungi talian 011-25484775 (Nor Adibah).
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa sangka, cahaya mata sebagai penyambung kasih yang ditunggu selama ini tidak seperti anak-anak normal yang lain.
Namun, pasangan ini redha dan menganggap ini adalah amanah dan rezeki mereka dalam menjaga ‘anak syurga’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biarpun cuma seorang tukang urut, apabila dia sentiasa menjaga solatnya, kejujuran menjadi sandaran hidup, cintanya pada isteri malah hormat dan kasih pada mak ayah yang tidak berbelah bagi.. Allah memberi banyak kebaikan dan keberkatan hidup untuknya.
Ustaz Ebit Lew berkongsi di laman facebook miliknya, bagaimana selama ini beliau berusaha mencari tukang urut untuk meredakan lenguh badan dan sakit-sakit yang dialami.
Pencariannya juga bukan mudah. Kalau pergi mengurut pun bila sampai saja di rumah, sakit-sakit itu datang kembali. Maklum sajalah ketika ini, ustaz begitu tekad dan tak jemu turun padang berdakwah mendekati remaja-remaja yang dipinggirkan masyarakat.
Baik jam 1 malam mahupun 3 pagi, ustaz Ebit masih lagi di sisi anak-anak remaja yang tersilap langkah, namun masih Allah beri peluang pada mereka untuk berubah.
Sedikit suntikan keimanan ustaz berikan pada anak-anak ini. Dalam siri mendekati anak-anak remaja ini tak pernah ustaz lupa menuturkan kata-kata ‘Allah sayang’ dan ‘jaga solat’
Lembut Betul Dia Berbual Dengan Isterinya
Begitu jugalah dengan pemuda tukang urut dari UrutBarakah ini baik budi bahasanya. Itulah sebabnya ramai orang jauh-jauh datang berurut dengannya.
“Dari kecil dia belajar madrasah hafiz Al Quran. Saya terkesan tengok kejujuran, sifatnya jaga solat dan teramat menyayangi keluarga.
“Paling sebak saya tanya macam mana terer urut ni. Katanya, ayahnya sakit. Dia belajar sungguh-sungguh kerana nak urut ayahnya.
Ayahnya penceramah terkenal. Selalu menangis masa ceramah. Betullah bila khidmat ayah. Sifat dan akhlaknya ayahnya turun padanya..subhanallah..
“Dan beliau teramat menyayangi isteri. Saya terkesan tengok cara dia bercakap dengan isterinya dan anak-anaknya. Ya Allah ..lembut betul dia berbual dengan isterinya.
“Dengan ibunya….rezeki Allah tambahkan berkat sayang isteri. Sayang mak ayah. Dan jaga solat..”
Ustaz Ajarlah Saya Doa
Disebabkan terlalu ramai orang yang datang mencarinya di rumah, tukang urut ini terpaksa membuat appointment pada sesiapa yang mahu menggunakan khidmatnya.
“Ya Allah, syukur…nanti nak bawa ayah saya urut dengannya. Saya tanya baca apa masa urut. Lega rasa insyaAllah.”
“Takde apalah ustaz, saya tak baca apa-apa. Banyak lagi nak belajar. Ustaz ajarlah saya doa.” Memang merendah diri
“Ya Allah berjuta rahmat yang kau beri pada anak muda ini. Berilah sedikit pada diriku,” luah ustaz Ebit Lew
Dalam apa juga pekerjaan, sekiranya seseorang meletakkan pergantungan hidupnya yang tinggi kepada tuhan yang menciptakan dirinya, pasti akan ada kebaikan dan keberkatan serta rahmatNya.
Sumber/Foto : Facebook Ebit Lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi Aishah akui dirinya tak sengaja menyekat akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin ini hanya menyedari insiden tersebut berlaku selepas dihubungi seorang wartawan bertanyakan tentang gosip yang melanda antara dirinya dan Siti Nurhaliza.
Malah Aishah juga merangkan pada waktu itu dirinya berasa keliru terhadap beberapa akaun palsu yang menggunakan nama Siti Nurhaliza.
“Terblock IG Adinda Tersayang” Aishah
Tindakan itu berpunca apabila dia dihujani pelbagai kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan persembahannya membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu, nyanyian asal Siti Nurhaliza di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35.
“Hadoiii hari ini I dihubungi seorang wartawan bertanyakan samada gosip yang melanda mengatakan I dan adinda @ctdk tak bertegur. Tergamam sekejap I dibuatnya. Biar betul ni cerita apa pulak ni?
“Laaaa rupanya berpunca ari I terblock IG adinda tersayang I ni. Tepuk dahi I tadi..Ok let me explain supaya uolls jangan membuat andaian tak tentu arah ok. Semasa Semi Finals lepas ada org yg tag I ke IG adinda ku ini.
“Dan semasa panas tu kan,akak terbaca kecaman dalam akaun tu. So utk meredakan hati yg sedih dikecam dicemuh dan macam-macam lagi I block. I tak perasan pun yang ini IG utama beliau.
“Kerana adindaku ini superstar, I jadi confuse pasal I tengok banyak betul IG yg ada nama beliau. Kelakar kehidupan sekarang ye kalau tak boleh tag IG seseorang terus orang tujal fikir benda bukan-bukan. Hahahah commonlah there is life beyond social media. Elok je @rozisangdewi hubungi I dengan ucapan Datuk Siti. Uolls kena tau I ni old school, direct communication itu lebih penting dari akaun-akaun sosial media ini,” ujar Aishah.
“Gambar ni hadiah fruit basket dari adindaku semasa AJL yg lalu.Baru hari ini dapat ucap terima kasih.Enjin vintage perlu masa rehat. So tak payah nak spekulasi benda bukan-bukan dan nak mulakan kecaman pulak.
“Tabayyun sebelum jump to conclusion. Lepas tu sampaikan di social media andaian uolls.Tengok-tengok tak betul, terus jatuh hukum fitnah haaaa selagi ada dalam akaun uolls selagi itulah dosa mengalir. So chill ok, lets move on. Stay safe everyone,” tulisnya.
Sutradara terkenal Erma Fatima semalam memaklumkan biar apa pun yang orang lain perkatakan tentang pelakon Iqram Dinzly, dirinya tetap tidak percaya. Bagi pengarah dan pelakon drama bersiri Mak Cun ini, Iqram hanya sedang membuat satu persembahan panggung untuk menjadi tontonan kepada siapa pun.
Sejak beberapa hari lalu, pelakon tampan Iqram Dinzly yang kelihatan semakin kurus ini membuat pelbagai aksi pelik di laman instagram miliknya. Ternyata apa yang dipersembahkan itu, mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggapnya Iqram sedang berhadapan masalah depression, tak kurang juga yang mengecamnya. Mereka meminta agar Iqram dirawat segera. Iqram juga menyelar mana-mana pihak yang menuduhnya berhadapan masalah kejiwaan. Dia juga mengakui apa yang dipersembahkan itu cumalah strategi pemasaran. Ibu Iqram juga mengakui yang anaknya itu masih normal.
Kau Masih Iqram Dinzly Yang Aku Kenal Dulu
Begitu juga dengan Erma Fatima. Baginya Iqram Dinzly, pelakon yang dipanggilnya ‘Adik’ ini tetap Iqram Dinzly yang dikenali dulu. “AKU TAK PERCAYA! Biar apa pun kata mereka…aku tetap tak percaya. Dimana jua kau berada dik…akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan.
“Setiap kali akak tengok video live kau…setiap kali itu hati akak yakin…kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami.”
“Maki hamun..keji mengeji itulah KITA.
“Terima kasih dik kerana mengingatkan KAMI tentang DIRI KAMI.
“Akak PERCAYA..akak PERCAYA…Kau masih Ikram Dizly yang aku kenal dulu.”
Hakak suka semangat positif yang Erma Fatima kongsikan ini. Marilah kita hidupkan semangat berkasih sayang. Dan ingatlah sebelum menulis atau melemparkan komen ingatlah hati dan perasaan orang lain.
Sebab Allah sayang, kita yang menyayangi hambaNya yang lain. Iqram Dinzly juga manusia dan punya hati dan perasaan.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.