“Semata-mata kerana mahukan anak lelaki.” Seorang bapa sanggup ambil nyawa bayi perempuannya dengan menembak sehingga mati.
Di manalah hilangnya kasih dan sayang seorang bapa hingga sanggup bertindak sedemikian rupa.
Semata-Mata Kerana Mahukan Anak Lelaki
Seorang lelaki Pakistan ditahan kerana disyaki menembak mati bayi perempuannya yang berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Bayi bernama Jannat yang bermaksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu itu ditembak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan, kata polis.
Suspek yang dikenali sebagai Shahzaib Khan, didakwa memasuki rumah lalu mengarahkan isterinya menyerahkan Jannat sebelum menembak mati bayi itu, lapor akhbar Dawn.
Shahzaib yang telah berkahwin selama dua tahun itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan semalam di daerah berhampiran, demikian menurut polis.
Ads
Menerusi adat suku kaum Pakistan, bayi perempuan boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap kaum lelaki.
Bapa saudara kepada bayi perempuan itu, Hidayatullah Khan membuat aduan rasmi terhadap suspek atas pembunuhan itu.
Seorang bayi perempuan lahir… dia (Shahzaib) berang,’’ kata Hidayatullah.
Menurutnya, Shahzaib tidak pulang ke rumah keluarganya selepas mendapati isterinya melahirkan bayi perempuan dan enggan menerimanya.
Ads
Ketika kejadian, dia cuba mengambil bayi itu tetapi suspek telah mengacukan pistol ke arahnya dan saudara-mara lain lalu mengugut akan menembak mereka jika bergerak lebih dekat.
Kes itu telah mencetuskan kemarahan di Pakistan dengan orang ramai menganggap pembunuhan bayi yang baru lahir itu sebagai kejam. – Agensi
Mingguan Wanita : Terlalu kejam, tidak mampu bayangkan keadaan ibu yang baru saja melahirkan anak. Kemudian suami pula mengambil tindakan mengikut emosi. Semoga ini baik-baik saja.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Bukan calang-calang untuk melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records. Tapi atas usaha Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama MYDIN berjaya melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati di empat lokasi terpilih seluruh negara.
Menerusi program ini, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin.
Melakar Nama Dalam Malaysia Book Of Records, Kejayaan Cadbury Dairy Milk Dan Mydin
Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan.
Sebanyak 26,550 kuih Tart Cadbury telah berjaya dihasilkan dan mendapat sokongan daripada beberapa chef selebriti tanahair seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain, (juga dikenali sebagai shafiquecute).
Hasilnya, sebanyak 26,550 kuih tart Cadbury berjaya disalurkan kepada 21 badan dan rumah kebajikan yang memberikan manfaat kepada lebih 900 penghuni. Kempen ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam kebajikan sambil meluangkan masa bersama insan tersayang
Majlis keraian kejayaan penghasilan kuih tart Cadbury yang banyak dalam jangka masa yang singkat telah diadakan di pejabat Mondelēz International. Sijil pencapaian telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh dan Siti Hajar Johor kepada Narmeen Khan. Turut hadir wakil MYDIN iaitu, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah Eksekutif MYDIN, Datin Wira (Dr) Hajah Siti Hawa Mohd bersama chef selebriti Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain.
Tidak ketinggalan, pengacara majlis iaitu Nazrudin Rahman dan Chris MJ yang memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.
Acara Di 4 Lokasi Mydin Terpilih
Terdahulu, acara Kuih Raya Dari Hati ini telah dijalankan di seluruh Malaysia di cawangan-cawangan terpilih seperti berikut:
MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)
MYDIN Subang Jaya, Selangor (13 Mac)
MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)
MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)
.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Khabar gembira sempena ulangtahun kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza,39 yang jatuh pada hari ini 11 Januari, penyanyi kesayangan ramai ini baru sahaja berkongsi status jantina bayi yang bakal dilahirkan sekaligus menjawab teka teki yang sering diajukan dikalangan peminatnya.
Penyanyi yang bersuara lunak ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin,39 ini mengumumkan perkara tersebut dengan memuat naik video di instagram beliau serta berkongsi jantina bayi perempuan yang bakal dilahirkan pada bulan Mac nanti, sebentar tadi.
Siti juga mengucapkan rasa berterima kasih pada yang mendoakan dan memberi ucapan kepada dirinya sempena Hari Kelahiran beliau pada hari ini.Beliau juga berharap agar semuanya dipermudahkan, kandungannya berada dalam keadaan sihat sempurna, menjadi anak yang solehah penyejuk mata & hati seluruh keluarga.
Berikut antara perkongsian video tersebut
Hi. Assalamualaikum..Pertama sekali,terima kasih kepada semua yang ucapkan Happy Birthday untuk saya. Terima kasih, Siti sangat berterima kasih.. dan doakan semoga semuanya selamat.
Alhamdulillah, saya rasa hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah zuriat yang bakal dilahirkan Insya Allah pada bulan Mac nanti.Doakan semoga ianya sempurna.
Dan nak kongsi dengan anda semua sempena Birthday Siti, Insya Allah apa yang kami nanti-nantikan rezeki untuk cahaya mata kali ini… (Boleh cakap?)..
“Doktor telah mengesahkan bahawa kandungan Siti adalah merupakan seorang puteri”
Doakan semoga puteri kami sihat sempurna dan anak solehah.Insya Allah.
Beliau juga ada memuat naik gambar-gambar sekitar sambutan Ulangtahun beliau bersama keluarga tersayang.
Mingguan Wanita ucapkan Selamat Hari Lahir serta tahniah diucapkan buat Datuk Siti & suami atas kelahiran bakal puteri sebagai penyeri keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan kandungan sihat sempurna hendaknya.
Mungkin atas faktor ekonomi keluarga mahupun mematuhi dasar kerajaan, sesetengah pasangan seperti di negara Singapura dan China, menghadkan bilangan jumlah anak-anak yang dilahirkan, sejak sekian lama. Kini, kesan tindakan ini mula dirasai di negara tersebut apabila penurunan kadar kelahiran bayi semakin membimbangkan.
Laporan Hindustan Times menyatakan, China menghapuskan dasar satu anak pada 2016, semenjak dasar tersebut dilaksanakan dari tahun lewat 1970-an lagi.Jika sebelum ini, China mengenakan penalti atau ‘Sosial Maintenance Fees’ bagi mereka yang mempunyai lebih 3 orang anak.Kewujudan penalti tersebut memberi tanggapan rakyat bahawa kelahiran boleh menggangu kemajuan negara dan demografi.
Terbaru, China yang bimbang dengan penurunan kadar kelahiran telah menjanjikan subsidi kewangan, perubatan dan cuti bersalin bergaji lebih panjang bagi menggalakkan pasangan suami isteri memiliki anak kedua.
Naikkan Cuti Bersalin
Semua 31 wilayah, daerah dan perbandaran, hampir keseluruhan China, menaikkan mandat 98 hari cuti bersalin kepada antara 138 dan 158 hari, lapor laman web thepaper.com.
Elaun kewangan dan perkhidmatan perubatan juga dimasukkan sebagai insentif bagi pasangan di beberapa daerah.
“Ibu turut dibayar gaji sepanjang cuti bersalin manakala bapa diberi kelayakan mendapat cuti daripada 15 hingga 30 hari secara purata.
“Di bandar raya Shihezi di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, ibu yang mempunyai anak kedua ditawarkan subsidi sehingga 1,000 yuan (RM599) selain membekalkan mereka dengan subsidi susu formula bayi sehingga tiga tahun,” menurut laporan.
Pada masa sama, bandar raya Xiantao di wilayah Hubei juga memberikan subsidi perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada ibu yang melahirkan anak kedua.Bagaimanapun, pakar menyifatkan ia tidak mencukupi kerana kadar kesuburan di China pada 2016 cuma 1.7, yang dianggap rendah.
Menarik sungguh insentif yang ditawarkan oleh Negara China buat rakyatnya agar menambah kelahiran.Setiap anak itu memberi rezeki, namun mak ayah juga perlu membuat perancangan yang terbaik dalam membesarkan mereka serta keperluan mereka pada negara.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...