Seorang warga emas berusia 89 tahun dipukul hingga mati oleh penunggang motosikal yang menuduh mangsa mencuri kenderaan yang dinaikinya.

Hanya kerana salah faham, warga emas dibelasah hingga hilang nyawa dek kerana difitnah.

Bayangkan tindakan tergesa gesa sekumpulan anak muda akhirnya meragut nyawa warga emas tak berdosa ini.

Hanya Kerana Salah Faham

Seorang warga emas berusia 89 tahun dipukul hingga mati oleh penunggang motosikal yang menuduh mangsa mencuri kenderaan yang dinaikinya, lapor laman berita Coconut News semalam.

Kejadian yang berlaku di Jakarta Timur pada hujung minggu lalu itu tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram.

Artikel Berkaitan:

Bertekak Kerana Salah Faham, Titik Mula Aliaa Kenal Islam

IKLAN

Salah Faham Dalam Rumah Tangga, Puncanya Anak Lelaki Tak Dididik Dengan Betul

Pentingnya ‘Deep Sleep’ Buat Isteri, Tidur Bukan MALAS Tapi PENAT, Jangan Salah Faham!

Warga Emas DiBelasah

Berdasarkan satu paparan video, sekumpulan belia yang menunggang motosikal sedang mengejar mangsa yang memandu Toyota Rush sambil menjerit ‘pencuri’.

Kumpulan belia itu berjaya membuatkan mangsa memberhentikan kenderaan sebelum menariknya keluar, membelasah warga emas itu hingga mati dan melarikan diri dari tempat kejadian.

IKLAN

Dua anggota polis yang mengikuti kejadian itu tidak berdaya menyelamatkan mangsa daripada terus dibelasah.

Hingga Hilang Nyawa

Menerusi laporan polis, pihak berkuasa mengesahkan mangsa ialah pemilik sebenar kereta itu dan bukanlah seorang pencuri seperti yang didakwa.

“Kereta mangsa mungkin bergesel sedikit dengan motosikal salah seorang anggota kumpulan bermotosikal itu dan membuatkan mereka menjerit perkataan pencuri sebagai alasan untuk mengejar dan membelasah mangsa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi.

IKLAN

Kini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti siapakah yang mencetuskan jeritan pencuri sehingga menyebabkan berlakunya insiden malang itu. – Agensi

Mingguan Wanita : Semoga kematian warga emas ini mendapat pengadilan sebaiknya. Sudahlah dituduh mencuri, dia dipukul sehingga meninggal dunia sebelum sempat jelaskan perkara sebenar.

Sumber : Kosmo Online

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI