Hanya kerana RM4, seorang kanak-kanak dibelasah hingga hilang nyawa oleh rakan-rakannya. Dek kerana disyaki, mangsa dibelasah hingga tak sedarkan diri.
Hanya Kerana RM4
Hanya kerana disyaki mengambil duit sebanyak RM4, seorang kanak-kanak yang menghuni sebuah rumah anak yatim dan miskin dipercayai dibelasah rakannya sehingga mati di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di sini semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mangsa Muhammad Hafdan Qurbani Azhar,11, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Sg. Soi, Kuantan, Pahang, telah disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa tiga pelajar lain yang merupakan penghuni asrama berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama.
“Penyelia asrama yang mengesyaki mangsa mengalami sawan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Polis kemudian telah menahan reman seorang pelajar berumur 16 tahun selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan siasatan giat dilakukan,” katanya.
Tambah Wan Mohd Zahari, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya lagi, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan bangunan surau di kompleks berkenaan dan terdapat saksi dalam kejadian berkenaan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal motif kejadian adalah kerana tidak berpuas hati dan ada unsur dendam suspek terhadap mangsa,”katanya.
Ujarnya lagi, siasatan awal juga mendapati mangsa disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri.
Ads
Sebagai rekod, Kompleks asrama berkenaan yang dibawah seliaan kerajaan negeri mempunyai kira-kira 36 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim dan anak-anak asnaf.
Mingguan Wanita : Semoga kematian anak ini mendapat pembelaan sewajarnya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Ads
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Bila mak ayah uzur tinggal dengan salah seorang adik-beradik, semua orang mesti main peranan. Jangan ada yang sampai lepas tangan dan biarkan adik-beradik kita nan seorang itu uruskan ATOZ.
Kadang-kadang tidak dinafikan dalam ramai-ramai adik-beradik mak ayah selesa dengan anak yang seorang itu saja. Bukan pilih kasih, tetapi itulah kenyataan bila mak ayah semakin menua.
Hanya yang laluinya saja yang faham. Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor ini dan hadam baik-baik mesej yang disampaikan:
Dua hari lepas saya inform Nyah nak beli barang sekolah si kembar. Si kembar memang jarang keluar. Kalau si kembar ikut pun sebab ada hal atau benda yang mereka hendak beli.
Kalau mereka keluar sekali Tok tinggal seorang, so memang kena ada yang temankan. Tok memang tak boleh tinggal seorang dah. Tok pula memang tak suka keluar mungkin sebab dia tak selesa atau tak larat.
Nak pulak kalau lama. Kasihan kalau menunggu. Dulu abam Megat ada bolehlah dia tolong tunggukan Tok sekejap di rumah. Ni abang Megat pun sudah jauh.
So petang semalam Nyah dan family datang. Usai solat Maghrib kami pun keluar 4 beranak beli barang keperluan sekolah si kembar dan barang dapur di Mydin.
Sebenarnya bila mak ayah kita tinggal dengan salah seorang adik beradik, semua orang mesti main peranan. Tak boleh lepas tangan. Sebabnya setiap orang ada komitmen pada kerja dan family masing- masing. Nak balik tadi saya ucap terima kasih sebab tunggu Abah semalam. Nyah bagitau,
“ Takde apa la Ya. Nyah nak juga ajak Abah tinggal seminggu ke dengan Nyah. Tapi ye la dia dah selesa rumah kamu. Kita bukan kira apa dah, nak bagi Abah selesa dengan seronok je.
Dia tak dapat pergi rumah Nyah, Nyah kena usaha datang sini bagi dia seronok. Kamu kalau nak pergi mana-mana bagi tahu je Nyah. Nyah datang tunggu Abah..”
Ya. Itulah komitmen kita sebagai adik beradik. Dorang pun faham saya juga ada family, ada masa kami nak keluar 4 beranak, ada masa nak juga bawa si kembar bercuti. Biasanya dorang akan datang tunggu Abah.
Bila masing- masing main peranan inshaAllah semua dipermudahkan. Tanggungjawab menjaga orang tua akan lebih seronok kalau masing- masing faham dan main peranan.
Jangan letak sepenuh tanggungjawab pada orang yang menjaga saja sebab kalau kita tau betapa dahsyatnya ganjaran Allah bagi bila menjaga dan mengembirakan orang tua pasti kita berebut- rebut nak ambil peluang.
Tapi memang pun…
Nyah selalu cerita bila datang je sini ziarah Abah,
“ Tadi customer call dapat job buat bla.. bla.. bla..”
“ Customer call nak bayar payment..”
Nampakkan.. Bila ibu bapa kita happy rezeki pasti datang tepat pada waktunya
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat kita semua dalam berbakti kepada mak, ayah. Jika mak ayah tak selesa di rumah kita, luangkan masa dan ziarahlah mereka selalu.
“Kahwin muda, gagal bawa balik ijazah.” 10 tahun Ibu Rose atau nama sebenarnya Rozieta Shaary, 62, ambil masa mengubah diri sehingga berjaya seperti hari ini.
Siapa sangka Family & Love Guru ini pernah berdepan dengan sisi kegelapan dalam hidupnya. Dirinya pernah “hilang diri” dan hanyut dengan kegagalan yang dilalui di zaman mudanya.
“Dulu ketika di sekolah, ibu adalah diantara top student. Sebut saja apa pun pasti ibu boleh buat. Bila tamat belajar sekolah menengah, ibu dapat tawaran sambung belajar di luar negara. Ibu adalah orang pertama ketika itu di kampung dapat biasiswa untuk sambung belajar. Ia merupakan satu perkara yang membanggakan buat keluarga, sekolah dan kampung tempat tinggal Ibu ketika itu.
“Terbiasa tinggal di asrama buatkan Ibu bersedia untuk berjauhan daripada keluarga, namun apabila sampai di sana Ibu lebih risaukan tentang agama. Mungkin pemikiran ketika itu belum matang. Diikutkan Ibu ditawarkan biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang arkitek tetapi disebabkan oleh mendengar kata-kata kawan sekeliling Ibu tukar kursus ke kursus Matematik.
“Kemudian Ibu pilih pengajian matematik, namun sesuatu yang tak seronok bila kita tukar kepada subjek yang kita tak gemar dan akhirnya Ibu gagal dalam pelajaran.
“Lebih teruk Ibu juga berkahwin awal ketika masih belajar, Ibu hilang arah dan hilang diri selama 10 tahun. Hilang kemampuan diri, bayangkan seorang yang berani, bijak, glamor tiba-tiba rasa hilang keyakinan diri,” ungkap Ibu Rose yang mesra disapa Ibu memulakan bicara.
Sepulangnya ke Malaysia, timbul rasa sedih kerana tidak mampu membawa pulang segulung ijazah dan ketika itu dirinya telah dikurniakan dua orang dan sedang hamil anak ketiga.
Namun Ibu Rose tetap bersyukur, suaminya dapat habiskan pengajian dan mendapat tawaran kerja apabila pulang ke sini. Menurutnya, disebabkan keadaan hidupnya ketika itu, dirinya menjadi seorang ibu yang sangat garang. Bila timbul rasa tidak puas hati juga akan dilepaskan pada anak-anak.
“Suatu hari masa suami dapat gaji pertama, dia bawa Ibu keluar untuk belanja kami sekeluarga makan di luar. Ketika itu suami cabar Ibu untuk order makanan, waktu tu sampai berkali praktis maklumlah nak order dalam Bahasa Inggeris sebab di restoren makanan segera bertaraf antarabangsa.
“Padahal sebelum itu boleh saja speaking. Ketika itulah rasa macam halilintar datang dan sedarkan diri ibu. “Di mana Rozita yang hilang selama hari ini”. Terus terbangun dari mimpi ngeri dan terfikir Ibu bukan begini sebelum ini. Dulu Ibu seorang yang sangat berkeyakinan,” jelasnya.
Dari situlah, Ibu Rose mulai mencari dirinya yang hilang. Dia mula kumpul kekuatan dan bangkit semula dengan mencari kaset-kaset motivasi, baca buku-buku motivasi terutama buku motivasi Inggeris.
Melalui pembacaan berpuluh buku-buku itu, Ibu Rose temui ada dalam sebuah buku yang sangat memberi kesan kepada beliau, iaitu buku bertajuk Psycho-Cybernetics oleh Dr. Maxwell Maltz, telah membawa perubahan yang besar pada dirinya ibarat perubahan malam kepada siang.
Sejak itu juga, keyakinan dirinya semakin bertambah dan lebih berdaya maju. Ibu Rose sedar jika kita hendak berjaya dalam hidup sebenarnya kita perlu mendengar kata-kata yang mendayakan kita, buang perkara negatif dan abaikan saja jika ia merosakkan diri.
“Lagi satu perkara, sebenarnya, diri kita dan orang lain juga tidak mampu mengukur kemampuan kita. Hanya Allah yang mengetahui kemampuan diri kita. Oleh itu kita perlu bersangka baik senantiasa dengan Allah. Ibu percaya, bila kita jatuh kita akan lebih kenal kemampuan diri serta menjadikan diri kita lebih merendah diri, humble.
“Disebabkan Ibu pernah alami kejatuhan, Ibu jadi lebih tenang serta sabar melalui liku-liku hidup yang lebih mencabar dan besar. Apa yang berlaku adalah cabaran terbesar dalam hidup Ibu. Itulah turning point yang merubah Ibu,” katanya.
Bagi individu yang memegang falsafah, “Saya membawa perbezaan ke dunia dan kuasa kasih sayang adalah kuasa yang terbesar atau paling kuat.” Maka dirinya tidak akan berhenti menyebarkan kasih sayang.
“Oleh itu juga menjadi misi dan visi Ibu untuk setiap saat tanpa alasan melakukan setiap perkara yang baik demi mencari keredhaan Allah SWT. Memang tiada masa untuk berhenti atau berehat. Jadi dalam setiap perkara yang Ibu lakukan termasuklah dalam menganjurkan corporate training sekalipun Ibu akan kaitkan dengan kasih sayang dan kekeluargaan.
“Malah telah menjadi tabiat atau amalan Ibu. Setiap pagi selepas bangun tidur, solat. Ibu akan ambil masa sekejap, tutup mata dan fikir siapa yang perlukan kata-kata semangat dari Ibu hari ini. Lalu Ibu akan tuliskan di sosial media.
“Memang menjadi tujuan utama Ibu menulis di social media adalah untuk merawat kesakitan jiwa pembaca dan memberi harapan serta menunjukkan jalan pada mereka untuk membina hidup yang lebih berkualiti dan bahagia. Agar mereka atau pembaca rasa ada seorang ibu yang sayangkan mereka untuk membantu mereka mendapat jalan penyelesaian dalam masalah yang dihadapi,” jelas Ibu Rose lagi.
Ternyata kehidupan Ibu Rose banyak dipengaruhi oleh kedua orang tuanya. Malahan sikap ibu dan ayahnya juga banyak membentuk jiwa Ibu Rose sekuat ini.
Tambah Ibu Rose dalam usia sebegini dirinya telah belajar banyak perkara. Malah setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, dirinya lebih selesa untuk mengadu pada Yang Esa.
“Perlahan-lahan Ibu akan terima keadaan yang berlaku. Ibu nak hidup hari ini lebih bermakna. Ibu juga mahu bila sudah tiada nanti, buku-buku yang dihasilhkan, orang tetap akan baca. Malah, buku-buku audio Ibu akan didengar dan memberi manfaat pada orang.
“Oleh itu setiap kali berdepan dengan masalah, Ibu akan tenangkan diri. Memohon kepada Ilahi petunjuk untuk mengambil tindakan yang perlu dilakukan.
“Satu lagi Ibu juga percaya, setiap ujian yang datang adalah tanda Allah kasihkan kita sebagai hamba-Nya. Memang banyak ujian yang Ibu terima dan bersama ujian-ujian itu pelbagai anugerah Allah berikan. Diantaranya, kebolehan untuk memahami dengan lebih mendapat akan kehidupan ini.
“Disebabkan kasih sayang Allah itulah Ibu bangkit semula setiap kali diuji. Paling Ibu ingat adalah ketika difitnah dengan hebatnya. Saat tu ketika hujan lebat, Ibu berdoa sungguh-sungguh dan serahkan segalanya pada Allah untuk tepis segala fitnah yang datang.
“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Ibu tetap doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga pada orang yang aniaya Ibu. Dan alhamdulillah Allah mendengar dan semua dapat diselesaikan. Setiap hari kita akan diuji, setiap ujian yang datang juga mendekatkkan kita dengan Allah,”luahnya syukur.
Ternyata tidak semua selesa dan sependapat dengan kita, begitu juga yang dihadapi Ibu Rose. Luahnya dalam berkongsi benda baik, ada juga dikalangan kawan-kawan atau pembaca tak boleh terima apa yang disampaikan.
“Memang sedih kalau orang salah faham tapi kita tak boleh kawal untuk orang suka atau tidak. Tapi ibu biarkan saja. Untuk tidak mengeruhkan suasana, Ibu lebih selesa delete posting yang menjadi gelanggang untuk orang mengutuk dan bermaki-hamun di situ.
“Ibu bukan sejenis orang yang kejar share atau like tinggi, malah ibu tak suka dan tak mahu mencetuskan kemarahan orang lain atau buat orang sentap. Yang Ibu mahu dari setiap perkongsian adalah pembaca mendapat ilmu yang tinggi, rasa dibela dan dibelai penuh kasih sayang. Ramai orang ketandusan kasih-sayang. Oleh itu, Ibu mahu mereka merasakannya bila bersama Ibu secara fizikal atau pun maya.
“Kalau boleh Ibu nak sebarkan kasih sayang dan setiap orang yang masuk pages Ibu rasa tenang dan terasa kasih sayang. Dalam masa sama terasa ada harapan dan diberi peluang untuk teruskan hidup.
“Kadang- kadang marah dan kecewa juga, tapi dalam usia begini Ibu memilih untuk berdepan dengan masalah-masalah begini dengan tenang. Ibu memang doa saja pada Allah jika berlaku sesuatu yang menguji,” katanya sebelum menamatkan perbualan.
Memang bahaya renjatan elektrik akibat pemanas air, boleh menyebabkan nyawa terkorban. Ramai yang mula risau untuk menggunakan alat pemanas air atau water heater di rumah kerana tragedi sebegini. Adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan?
Sebenarnya tak perlu risau dan ia selamat digunakan selagi mana pemasangan alat pemanas air ini dilakukan oleh individu yang berpengalaman, selalu diselenggara dengan baik serta pendawaiannya telah mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Menerusi perkongsian oleh GeneralWorker_Repair&DIY ada menerangkan mengenai punca renjatan elektrik ini boleh berlaku.
Kenapa kes ni berlaku?
Banyak sebab, antaranya wiring tak bagus, wire hijau(bumi) ada masalah, tercabut ke, putus ke atau langsung tiada. Boleh jadi juga ELCB dah keras rosak, tak boleh cut off elektrik bila ada kebocoran elektrik. Keras biasanya sebab dah lama, lebih 20 tahun.
Apa puncanya?
Ada arus elektrik biasanya dari pemanas, bocor mengalir melalui air, kena pada badan kita. Ingat, air boleh mengalirkan arus elektrik.
Apa nak buat jika berlaku kes macam ni?
Tapi kebanyakan kita, panik mengatasi segalanya..itu realiti. Jadi sebab tu, disarankan untuk tekan ELCB pada shower heater atau db box setiap bulan sebagai maintenance.
Menerusi perkongsian daripada Jurutera Elektrik Encik Rasidi Din ini, yang turut mempunyai syarikat elektrik sendiri ini ada kongsikan langkah keselamatan pendawaian alat pemanas air mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Kita usaha buat wiring waterheater ikut Spesifikasi selamat Suruhanjaya Tenaga. Selebihnya serah pada Allah.
Antara spesifikasi Suruhanjaya Tenaga untuk pendawaian waterheater @ pemancur Air Panas (GP/ST/no.6/2016)
1. Penggunaan Wajib cable bersaiz minima 4.0mm.
2. Penggunaan RCCB berkepekaan 10mA unt keselamatan pengguna.
3. Menggunakan hose paip PVC@plastik sepenuhnya tanpa unsur besi@chrome.
4. Penggunaan suis dwikutub 20A terus kepada waterheater tanpa sebarang Socket / Plugtop 13@15A.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ingin memasang alat pemanas air di rumah pastikan ia dipasang oleh juruteknik yang berpengalaman, malah selalu diselenggara dalam keadaan baik. Sekiranya berlaku ‘kebocoran’ elektrik pastikan lakukan langkah keselamatan terlebih dahulu.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.