“Dua tadika kena reject.” Tadika ketiga baru boleh belajar, sebab cikgunya pandai handle anak-anak tak kira apa jua keadaan anak.
Sebenarnya tidak semua anak bersedia masuk tadika, ada yang tak menangis dan gembira masuk sekolah pada hari pertama. Tidak kurang juga yang seminggu, dua minggu menangis hari-hari.
Kongsi Azlan Noor, sakit hati apabila baca screenshoot pasal cikgu marahkan mak sebab anak yang dihantar itu asyik menangis saja di sekolah.
Cikgu yang sepatut mainkan peranan supaya budak-budak minat untuk ke sekolah.
Teringat anak sulung saya dulu. Kena reject dengan dua tadika. Sebab dia anak istimewa mild autism. Tadika ketiga, barulah boleh belajar seperti biasa. Satu saja sebab, sebab cikgunya pandai handle anak-anak, tak kira macam mana keadaan anak kita sekalipun.
Bagi saya,
Mak ayah hantar anak supaya dapat kenal dan biasakan diri dalam suasana belajar. Mak ayah perlukan kepakaran cikgu untuk handle early childhood punya situasi.
Normal lah anak 5 tahun menangis. Baru hantar seminggu menangis itu, normal. Nak expect budak kecil auto-adapt dengan suasana sekolah?
Bagi anak-anak, sekolah adalah satu situasi dan suasana baru di mana baru nak mula kenal orang lain selain mak ayah.
Bukan masalah dia tak nak belajar. Mungkin sebab keadaan berbeza dengan rumah dan ramai orang yang dia tak kenal. Anak kecil, apa dia boleh buat, menangis lah.
Ads
Cikgu yang sepatut mainkan peranan supaya budak-budak minat untuk ke sekolah.
Bukan salah parents hantar anak kalau anak belum bersedia untuk ke sekolah. Mak ayah hantar dengan tujuan sebagai persediaan lah. Ini dimarahnya pula cakap anak tak bersedia. Pelik bin ajaib.
Dia yang tak pandai nak handle anak murid, dia salahkan ibu bapa. Tak patut cikgunya kata memgganggu p&p setiap hari.
Sepatutnya cikgunya yang kena tarik minat anak-anak belajar. Kenapa nak salahkan ibu bapa tak didik anak masa umur 3, 4 untuk minat belajar. Fitrah dunia anak-anak adalah bermain. Bukan belajar lagi.
Kalau macam itulah reply cikgu tu tulis, bukan anak tu tak layak masuk sekolah. Cikgu tu yang tak layak jadi cikgu. Sebab pandai nak handle anak murid.
Anak-anak umur bayi sampai tujuh tahun ini fitrah mereka bermain je.
Ads
Bergantung Pada Anak
Ikut pengalaman saya, paling minimum pun sebulan baru pelajar akan ok. Lagi-lagi dua tahun pkp anak-anak hanya terperuk di rumah.
Awal-awal kita mak ayah pula yang risau. Dok tunggu juga cikgu Whatapps. Tapi cikgu pandai handle. Kalau tanya pun, mesti cikgu cakap anak-anak ok.
Untuk kes macam ni, macam saya dulu, kalau cikgu dah surrender cakap tak boleh handle anak kita, saya memang stop terus dan cari tadika atau sekolah lain.
Cikgu dah tak suka. So anak tak akan happy nak pergi sekolah. Sebab cikgu hilang sabar dan kita pun tak nak berlaku benda yang kita tak ingin. Insyallah ramai saja cikgu yang lebih penyayang.
Zaman sekarang ini nak survive hidup, kepandaian membaca mengira menulis dari umur 5 tahun bukan jadi ukuran. Survival skills yang lebih diperlukan.
Ads
Satu lagi,
Cikgu kalau memang jenis tak pandai handle early child, masa register tu masukkan dalam buku peraturan sekolah atau tampal kat pintu sekolah,
“JIKA NAK SEKOLAH, DI LARANG MENANGIS DAN JIKA ANAK TIADA KESEDARAN UNTUK BELAJAR, JANGAN HANTAR SEKOLAH”
Mingguan Wanita : Anak menangis ke sekolah bukan saja runsingkan cikgu-cikgu. Malah mak, ayah yang di rumah atau di tempat kerja pun tak tenang bila tinggalkan anak di tadika dalam keadaan menangis. Jadi cikgu bertimbangrasalah….
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Menjadi seorang isteri dan ibu bukan tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.Pengorbanan buat seorang ibu dan isteri ini turut diakui oleh pelakon lelaki Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 29, yang berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 30.
Baru-baru ini ayah kepada Muhammad Luth Ali,1 ada berkongsi gambar dirinya sedang melipat baju-baju milik anaknya. Menurutnya itu merupakan kali pertama pelakon drama Hati Perempuan ini menolong isteri melipat baju yang telah dibasuh, serta terasa kepayahan dalam melakukan tugasan tersebut.
Saharul Ridzwan juga berterima kasih atas pengorbanan isterinya serta meminta maaf jika kekurangan pada dirinya yang bergelar suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan untuk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau saya letih bekerja diluar, Isteri saya pun letih di rumah.”
“Sejujurnya ini kali pertama saya tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama-lama macam ni.”
“Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sebagai suami.”
Perkongsian ini mendapat pujian daripada para pengikut instagramnya dan menganggap pelakon ini seorang suami yang memahami tugasan dan pengorbanan seorang isteri. Tidak kurang ramai yang mendoakan kebahagiaan saharul ridzwan sekeluarga.
rama_rahmahUntung dapat suami yang memahami macam nie.
_kamariah.kassimAlhamdulillah…sebagai suami yang faham, punya hati nurani yang sempurna, berat sama dipikul, ringan sama dijanjing, terbaik.In shaa Allah semuga berkekalan hingga ke Jannah dan bahagiaaa, aamiinnn.
biskutrayagebusBaguihlah..ikut sunnah nabi ni..tahniah sebeb memahami peranan sebenar seorang Suami dik..tahniah..
wm_adamifzal09 Susah nak cari suami rajin tolong lipat kain.. Bertuah sape dapat laki macam ni..
nadiatul_akma_mat_nuarDapat suami yang memahami alhamdulillah dah, memahami dan tolong samalah.
faziyanaTahniah.. Semoga sentiasa istiqomah dalam menghargai pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang sentiasa super busy.
Alhamdulillah tahniah buat Saharul Ridzwan kerana memahami dan menghargai tugasan serta pengorbanan seorang isteri. Memang bertuah bagi seorang isteri bila memiliki suami yang turut tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah bersama-sama.
Tanggungjawab dari segi penyediaan tempat tinggal, tanggungjawab dari segi memberi makan minum, tanggungjawab dari segi pakaiannya, tanggungjawab dari segi batinnya…
Ianya menyeluruh…cover semua… Kebajikan isteri itu, dari hujung rambut sampai hujung kaki…
Bukan bila sudah bagi tempat tinggal, maka yang lain-lain isterilah pula kena buat…
Bukan bila sudah bagi makan minum, yang lain-lain isterilah kena tanggung… Tak selesai tanggungjawab kalau buat satu saja, pastu kira macam sudah buat semua…
Jangan Sampai Berhutang Tanggungjawab
Masih “berhutang” lagi tanggungjawab serta kewajipan yang lain pada isteri… Itu hak yang patut dia dapat bila mana dia sendiri sudah menjalankan tanggungjawab serta kewajipan dia sebagai seorang isteri…
Benda ini, bukanlah jadi “tak manis” dipandang orang ke, apa ke…
Bila kita letak sesuatu itu pada tempat yang tak sepatutnya, maka itu tak adil… Itu sudah jadi satu penganiayaan, itu sudah jadi satu kezaliman…
Dosa kalau kita menganiayai isteri dalam perkahwinan… Dosa kalau kita biar isteri buat apa yang sepatutnya kita buat dalam rumah tangga…
Jadi, tolong cakna dengan tanggungjawab serta kewajipan suami… Buat apa yang sepatutnya suami buat, tunai apa yang sepatutnya suami tunai… Jangan biar isteri “tanggung” keluarga…
MW: Sebagai suami dan ayah, lelaki harus peka dengan tanggungjawab sebenar selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga. Memang tak mudah tapi jika seorang suami mengutamakan tanggungjawabnya dalam segala hal, insyallah rumah tangga akan bahagia.
Pernah ambil tahu tentang hukum beri daging pada jiran? Haaa… perkara paling best musim raya haji ini mestilah aktiviti makan daging korban beramai-ramai secara berjemaah. Namun sebelum masak bagi orang makan, eloklah anda ambil tahu bab hukum beri daging pada orang.
Jom baca perkonsgian Ustaz Azhar Tuarno tentang cara pembahagian daging korban dan apa hukumnya memberi daging tersebut kepada yang bukan Islam.
Korban adalah ibadah yang amat digalakkan dalam Islam pada Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Walaupun ibadah korban ini adalah sunat tetapi anda patut tahu cara pembahagian daging terutamanya tentang korban nazar. Dalam pembahagian daging korban ini ia terbahagi kepada dua iaitu Korban Wajib (Nazar) dan Korban Sunat
1. Korban Wajib
Korban Wajib atau Nazar wajib disedekahkan kesemua dagingnya termasuk kulit dan tanduk kepada fakir miskin. Orang yang melakukan korban tidak dibenarkan iaitu haram mengambil walau sedikit pun daripada korban tadi. Orang yang berkorban dan ahli keluarganya tidak boleh memakan walau sedikit pun daripada korban nazar tadi.
2. Korban Sunat
Korban sunat hendaklah dibahagi kepada tiga bahagian, 1/3 untuk dimakan tuan punya korban, 1/3 lagi diberikan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi boleh dihadiahkan kepada sahabat termasuk jiran-jiran dan orang-orang kaya.
Para pengurus korban patut memberikan penekanan kepada cara pembahagian yang betul, terutamanya kepada para peserta korban hanya 1/3 bahagian sahaja daripada keseluruhan daging korban tadi, 1/3 daripada keseluruhan daging korban tadi hendaklah dibahagi 7 sebab ada 7 nama atau peserta.
1/3 lagi pastikan sampai kepada fakir dan miskin dalam Qariah tersebut. Ini perlu diberi perhatian khusus sebab ada kedapatan fakir-fakir miskin ini yang tidak sampai daging korban kepadanya walaupun sebenarnya kepada golongan inilah yang sepatutnya sampai daging tersebut.
Ingat, janganlah sambutan Aidiladha dijadikan sebagai pesta makan daging sepatutnya penghayatan korban itu yang patut dihayati.
Ini Pembahagian Afdal
Tuan punya korban mengambil sedikit daripada daging korban tadi dan selebihnya disedekahkan. Ini adalah perbuatan Nabi SAW iaitu Nabi mengambil sedikit daripada daging korbannya untuk dimasak dan Nabi memakannya. Jadi disunatkan kepada kita memakan sedikit daripada daging korban tadi untuk mengambil barakah dan mengikut sunnah Nabi SAW.
Bagi Daging Pada Orang Bukan Islam
Para ulama berbeza pandangan ada yang mengharamkannya dan ada yang mengharuskannya. Pada pandangan Mazhab Syafie yang asal, adalah tidak harus memberikan daging korban ataupun akikah kepada yang bukan Islam.
Para ulama sepakat tidak boleh memberi daging korban dan akikah wajib iaitu yang telah dinazarkan kepada yang bukan Islam. Tetapi perbezaan pandangan ulama adalah tentang pemberian korban sunat dan akikah sunat.
Kalau ikutkan di negara kita yang terdiri daripada jiran tetangga dan rakan sepejabat bukan Islam maka kadang kalau jemputan kenduri diberitahu kepada umum maka tentulah mereka akan datang.
Jadi dalam pembahagian daging korban barangkali ia boleh dielakkan tetapi bagaimana kalau daging korban dan akikah tadi dijadikan masakan dan lauk dalam kenduri dan rakan-rakan serta jiran yang bukan Islam datang?
Sebab itulah ada para ulama yang berpandangan hanya daging korban wajib dan akikah wajib saja yang tidak boleh diberikan kepada yang bukan Islam tetapi korban sunat dan akikah sunat harus diberikan kepada yang bukan Islam.
Ada juga pandangan hendaklah diberikan kepada mereka daging daripada hasil lain maksudnya bukan daripada korban tadi. Kalau kenduri hendaklah beli daging lain dan masak dan jemputlah mereka makan daging akikah tadi tetapi tidak dimakan oleh orang bukan Islam.
Bagi penulis pandangan yang mengharuskan memberi daging korban sunat dan akikah sunat boleh diberikan dan dimakan oleh yang bukan Islam adalah amat praktikal diamalkan di Malaysia ini. Janganlah Islam itu dianggap terlalu ketat sehinggakan ada perbezaan dalam pemberian daging.
Orang bukan Islam pun faham bahawa ibadah korban hanya untuk umat Islam dan mereka perlu faham jika mereka tidak mendapat daging korban tadi. Tetapi jika mereka dijemput dalam majlis yang dianjurkan misalnya kenduri akikah maka saya rasa tidak ada masalah kalau mereka memakan daging tersebut sebab itu adalah akikah sunat.
Oleh: Ustaz Azhar Tuarno (Imam Masjid Negara merangkap Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara Kuala Lumpur)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...