Ramai kita dengar, kebanyakan isteri sanggup bertahan sebuah rumahtangga demi anak-anak. Sanggup menjaga hati orang lain terutamanya suami, walaupun pada hakikatnya makan hati.

Apa yang isteri lakukan ini demi keluarga dan anak-anak. Hatinya tiada lagi pada pasangan tapi kerana anak, dibuang segalanya dan berpura-pura menjaga hati pasangan.

Pernah dengar kisah, pasangan yang berkahwin berpuluh tahun bersama, akhirnya berpisah. Ini mungkin salah satunya kerana tidak mampu dipendam dan tahan lagi. Diri tidak mampu lagi berpura-pura menjaga hati.

Sebenarnya, keadaan ini boleh diselesaikan jika isteri mahu pun pasangan berterus terang. Beritahu apa yang tidak kena. Jangan berpura-pura menjaga hati tapi batinnya makan hati. Perkongsian daripada Sariah Suhailah Chik ini boleh membuka hati para isteri di luar sana agar tidak terlalu menjaga hati sehingga makan hati.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Tak Perlu ‘Dengki’ Suami, Jangan Mengungkit Sebab Masing-Masing Ada Tanggungjawab Tersendiri

Isteri Tak Perlu ‘Hebohkan’ Kebaikan Suami, Elak Timbul Riak & Ada ‘Memerhati’

Info Lebih Menarik DI SINI

Menjaga Hati Demi Orang Tersayang

Sangat banyak rumahtangga yang hadapi situasi yang mana di hadapan pasangan, masing-masing bermanis muka, sedangkan dalam hati hanya mereka yang tahu.

Keadaan ini boleh terjadi kerana beberapa faktor :

IKLAN
1. Tiada Kemahiran Berterus Terang
Satu kemahiran yang tak ramai orang mampu ialah, kemahiran untuk berterus-terang termasuklah untuk menolak sesuatu permintaan dengan baik.
Ada perkara yang kita tak setuju, tak sehaluan dengan pasangan kita namun kita lebih senang untuk memendam kerana kita tak tahu apa cara terbaik untuk menolak.
Kita lebih kepada ‘menjaga hati’ sedangkan dalam masa yang sama, kita ‘makan hati’.
Kenapa perlu kita menyeksa diri, belajarlah berterus terang. Kena caranya, insya Allah semua akan jadi elok. Buat satu persetujuan dengan pasangan, jika ada yang tidak kena, kita wajib berterus-terang dan bincang.
2. Tiada Kerelaan Menerima Pendapat Pasangan
Kita punya ego masing-masing. Sama ada suami atau isteri, sama! Jadi, bila kita dan pasangan tidak sependapat, maka kita cuba pertahankan ego kita.

Hasilnya, kita akan pura-pura menerima sedangkan hati kita tidak rela. Dan kemudian apabila ada kesilapan dalam apa yang diputuskan, kita akan suka ungkit-ungkit apa yang telah berlaku. ‘Haa, kan saya dah cakap hari tu! Kalau dengar cakap saya kan bagus!’

Bila ungkit, maka lagi parahlah perhubungan. Lama kelamaan, masing-masing lebih senang berpura-pura suka walhal dalam hati lain bunyinya.

Pasangan yang dah hidup bersama berpuluh tahun, bercucu cicit pun masih ramai yang begini. Nenek tak puas hati dengan atok, diamkan saja. Nanti datang anak cucu, baru diluahkan.

Zahirnya nampak elok, tapi di hati tak bahagia.

Ada isteri yang sangat baik pada suaminya. Bila dipuji, katanya, ‘Orang lain tak tahu dalam hatinya ikhlas ke tak.’ Aduh, terseksa sangat.

IKLAN

Jadi, begitulah. Kita sebagai suami atau isteri, jangan fikir tentang kita sendiri saja. Biarlah sama-sama belajar untuk berterus-terang, dan belajar menerima penolakan.

Saya kurang setuju bila pasangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk memendam. ‘Ala, sebab anak-anak lah aku bertahan.’

Benar, anak-anak penghubung kasih sayang. Tapi bukan sampai menidakkan perasaan sendiri. Biarlah semua merasai manisnya bahagia itu.

Dalam perkahwinan, tiada istilah terlambat untuk dibetulkan. Ia satu perjalanan dalam kehidupan. Ibaratnya, kita berjalan. Jika tersepak batu, bukan bererti kita perlu kekal terhincut-hincut begitu. Bertatihlah semula agar kembali berjalan dengan betul. InsyaAllah.

Moga Allah bahagiakan hati kita…

IKLAN

Mingguan Wanita : Tak semua apa yang kita buat itu betul dan semua yang pasangan buat salah. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Berterus terang jalan terbaik untuk kekal bahagia dan mengakui kelebihan dan keurangan pasangan.

Sumber: Sariah Suhailah Chik

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI