Apa-apa cerita yang manis dan menarik, kalau boleh semua nak dikongsikan ke dalam media sosial. Baik puji pasangan dan tak kurang juga yang ceritakan kebaikan suami sama ada hadiahkan barang, bawa makan ke tempat romantik mahu pun buat itu dan ini.

Mungkin bukan niat nak menunjuk tapi nak kongsi kegembiraan bersama kawan-kawan di media sosial. ‘Like’ memang mencanak-canak dari kawan rapat dan tak kurang juga yang komen tentang kehebatan pasangan dua sejoli.

Kadang-kadang, kisah dan sikap suami atau pasangan turut dipertontonkan di media sosial. Kebaikan suami yang sentiasa mengambil berat beserta gambar-gambar bahagia. Seronoknya melihat pasangan ini. Tanpa sedar, cara inilah akan ada ‘sihir ain’ yang kita tak tahu sesiapa.

Lebih teruk lagi, bila ceritakan kebaikan suami atau pasangan juga boleh menimbulkan riak di hati pasangan. Maklumlah, pasangan tentu dalam senarai ‘friend’. Paling merisaukan ada mata yang memerhati. Bahaya betul!

Perkongsian daripada Ahamad Saifuddin Yusof boleh dijadikan peringatan untuk kita semua. Moga semua pasangan dijauhkan dari perkara ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Biasakan Suami ‘Pakai’ Duit Isteri Lebih 50%, Jauhi Azab ‘Muflis’ Di Akhirat

Pernah Tegur Isteri Gedempol, Suami Menyesal Tengok Carian Terakhir Arwah

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Jaja Kebaikan Suami, Hati-hati!

Setiap kebaikan yang kita lakukan secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan manusia adalah ibadah kepada Allah.

Terbaca dan tertonton para isteri bercerita kebaikan suaminya kepada umum. Di pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.

Kita tahu para isteri itu sangat gembira dan bahagia berkahwin dengan seorang lelaki yang baik hati. Sehingga tidak sangka suaminya sebaik itu.

IKLAN

Seeloknya, kita sebagai isteri. Sembunyikan amal suami kita kepada umum. Tidak perlu diceritakan segalanya kepada awam. Mengapa?

1. Dibimbangi timbul rasa riak dalam hati suami itu apabila ramai yang memujinya. Sedangkan amal kebaikan yang dia buat itu dalam keadaan tersembunyi tanpa pengetahuan orang. Hanya keluarga sahaja mengetahuinya.
Apabila kita sebagai isteri meenceritakannya. Dirisaukan timbul rasa riak dalam hati suami sehingga merosakkan amal kebaikannya yang bernilai tinggi di sisi Allah.
Cukuplah kita berkata, “Alhamdulillah, syukur dapat suami yang baik.”
Tanpa diperincikan segala kebaikan suami lakukan.
2. Ada kemungkinan akan timbul rasa suka dan berkenan oleh wanita-wanita yang ‘single & available’ di luar sana apabila kita menceritakan dengan terperinci segala kebaikan suami.
Maka syaitan akan mula meniup hasutan dan godaan pada fikiran mereka termasuk suami kita juga apabila wujud komunikasi dua hala.
Kadang kala, timbul di benak wanita-wanita di luar sana seperti;
‘Kalau isteri dia meninggal, bolehlah aku ambil peluang mengorat suami dia’.

Saya pernah mendengar ucapan sebegini daripada seorang wanita ketika mereka berbual sesama mereka.

Justeru, puan semua, sembunyikan amal baik suami sendiri. Biarlah kita menjadi saksi untuk suami di akhirat nanti.

IKLAN

Mingguan Wanita : Bahagia seorang itu. Begitulah, ingin dikongsi bersama kawan-kawan tapi kita tak tahu ada mata memerhati. Rambut sama hitam tapi hati kita tak tahu. Minta dijauhkan.

Sumber: Ahmad Saifudin Yusof

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI