Kisah macam ini memang jarang nak jumpa. Lagi-lagi dari seorang suami yang tak berkira dengan harta. Bila tiba hari lahir atau anniversary, isterinya akan dihadiahkan sebuah rumah. “Dua buah rumah untuk dia setiap tahun aku reservedkan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar.”
Haa… ini memang kisah benar daripada Muhd Farid jatuh bangun,susah senang ditemani isteri yang tak pernah berkira pun time dia susah. Jadi bila ada rezeki yang tuhan beri, dia kongsi sama-sama dengan isteri. Lagi best bila Muhd Farid ini kerja keras renovate rumah ibunya sebagai hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri baru ini. Layan rumah sebelum dan selepas, kagum dengan kerja tangannya itu.
4 Tahun Yang Lalu
Aku melamar kawan baik aku di zaman Universiti menjadi isteri aku,
Aku gentle berjumpa ayah isteri aku ini menyatakan hasrat di hati ingin menikahi anaknya sebelum menghantar rombongan keluarga,
Time ni isteri aku bekerja sebagai Engineer Intel di Penang, Aku plak bekerja pencacai di Singapore. Memang hubungan ketika ini secara jarak jauh, sebelum dan selepas berkahwin.
Time ni memang aku tak ada budget nak kahwin secara besar-besaran. Buat majlis pun 1 belah pihak sahaja iaitu belah pihak perempuan. Janji kahwin!
Part hantaran plak, orang sibuk viral kalau kelulusan Degree minima RM 15,000. Aku rileks je nego minta RM 8,000 je. Mujur isteri aku tak kisah dan terima kewangan aku ketika itu.
Mas kahwin aku bagi 6 Dinar emas yang aku kumpul sejak mula bekerja. Dalam masa yang sama, timbul 1 idea untuk beri hantaran sebuah rumah kepada isteri aku ini.
Ads
Aku minta dokumen dari isteri aku. Dan aku carikan sebiji rumah untuk beliau sebagai backup untuk diri dia sendiri.
Kos deposit + kos lawyer + baik pulih rumah + kemasukan penyewa semuanya di uruskan oleh aku.
Nak belikan kereta memang bukan keperluan memandangkan dia ada kereta kebal arwah atuk dia. Time ni memang strungle habis, ikat perut * buat OT + side income, sebab kumpul deposit rumah + duit Kahwin sebab tak mengharapkan Personal Loan.
Alhamdulillah kami di kurniakan cahaya mata setahun kemudian. Time tu aku minta dia berhenti kerja dan aku menyara keluarga seorang diri.
Duduk di rumah kecil jenis 2 bilik 1 bilik air. Gaji tak besar tapi cukup untuk kami sekeluarga hidup. Kami hidup macam rakyat marhaen biasa.
Ads
Ini kisah 4 tahun lepas.
Alhamdulillah tahun ni, aku di kurniakan lagi cahaya mata yang baru. Dua-dua lelaki. Oklah boleh meneruskan perjuangan aku nanti.
Rumah yang aku berikan pada isteri aku, aku minta dia jual. Sebab dah masak ranum. Untung RM 130,000 dalam tempoh 4 tahun.
aDi mana kalau nak simpan sendiri secara manual perlu menyimpan sekitar RM 2708/bulan. (Boleh ke korang konsisten menyimpan macam ni)
Kalau aku belikan dia kereta time tu, agak-agak mesti dah separuh harga kereta isteri aku ni.
Ads
Terpulang kepada dia nak buat apa duit itu,
Beli handbag LV, Beli mini cooper cash, Simpan sahaja dalam ASB, Beli rumah lagi dan lagi, Melancong ke Oversea, Beli emas sampai lengan, @ apa sahaja.
Sebab setiap tahun pun aku masih hadiahkan dia sebuah rumah sempena anniversary dan besday dia. 2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar. Dalam masa yang sama, pasif income dia jugak setiap bulan
Tak perlu ikut cara aku 100% tapi ambil ilmu yang cuba aku sampaikan dan praktiskan dalam kehidupan rumah tangga korang.
*Gambar kenangan ketika kami masih bertiga sebelum muncul pihak keempat. Kami pernah hujan basah bersama ketika menunggang motorsikal suatu ketika dahulu dan isteri aku sanggup korbankan hanya aku sahaja yang memakai baju hujan ketika itu memandangkan hanya ada 1 baju hujan sahaja.
Hadiah Raya Untuk Mak
Dah lebih 7 tahun rasanya mak aku beraya dengan perabot lama. Sofa lama tu pembelian arwah abah aku. Dah terkoyak-koyak pun tapi mak masih setia menggunakannya. Dengan keadaan cat dinding yang usang menambahkan lagi suasana pilu bila melihatnya. Iyelah dengan pendapatan mak sekadar menoreh getah, mana mungkin dapat membeli perabot baru.
Kalau dulu mak sanggup gadaikan barang kemas nya sehingga habis untuk pembiayaan pelajaran aku, apa salahnya Raya kali ini aku berikan sedikit senyuman di wajah mak walaupun aku tahu aku tak mungkin dapat membalas segala pengorbanan mak pada kami adik beradik.
Dan, inilah hasilnya….
Sebentar tadi balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Hidayah telah mengucapkan rasa bersyukur menerusi entri di akaun Instagram.
“Alhamdulillah syukur. “Selesai urusan untuk hari ini. Terima kasih mak abah & family yang sentiasa mendoakan Dayah & Hamzah, terima kasih juga kepada semua yang sentiasa support dan doakan dayah.”
Hidayah meluahkan perasaan tersebut seusai prosiding tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Urusan Faraid Dapat Diselesaikan
“Alhamdulillah, urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.
“Antara harta yang difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam tangan, kamera dan telefon.
“Walaupun pihak di sebelah sana tidak hadir, namun, ia tidak mengganggu proses mahkamah kerana semua bahagian (faraid) sudah ditetapkan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online.
Bersama ibu dan ayah tercinta.
Mahkamah Tetapkan Oktober Depan Tarikh Baharu
Malah pada prosiding yang dijalankan secara tertutup itu, ibu mentua Hidayah, Sabariah Arshad tidak dapat hadir ke mahkamah berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak, Nor Hidayah berkata, mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baharu.
Sumber: https:https://www.bharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Hidayah Abam
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gemuk atau kurus bukan kayu pengukur tubuh anda sihat dan sempurna. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan ia sebagai keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika tidak sakit. Ada orang makannya sedikit, tetapi berat badannya pantas naik bagai di pam. Ada juga yang bertubuh kurus melidi, selera makannya besar tetapi tidak membekas di tubuh. Beratnya juga statik sahaja, bahkan susah benar nak naik.
Sukar sebenarnya nak menetapkan kategori tubuh ideal. Baik kurus mahupun gemuk…kedua-duanya bukan penentu anda sihat sejahtera. Ikuti Mingguan Wanita Talkshow Isnin (15 Julai 2019) jam 11 pagi mengupas isu “Gemuk atau Kurus – adakah penentu tahap kesihatan” bersama tetamu selebriti dan pakar kesihatan. Slot itu akan dikemudikan oleh Siti Elizad Bersama Erra Fazira dan disiarkan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jemaah wanita meninggal lepas baca Yassin, kematian husnul khatimah malam Jumaat di masjid. Kematian jemaah wanita yang meninggal di masjid ini pastinya menjadi idaman kira semua iaitu memperoleh husnul khatimah di penghujung hayat kita.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa kebaikan dilakukan oleh arwah Rosli Ramli, 60 yang rebah sebaik menghabiskan bacaan Yassin malam tadi di Masjid Zahir, Alor Setar semalam sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.25 malam tadi.
Jemaah Wanita Meninggal Lepas Baca Yassin
Arwah Rosnah meninggal di malam jumaat. Meninggal pula di tempat mulia iaitu masjid. Meninggal seusai solat Maghrib dan baru menghabiskan bacaan Yassin secara berjemaah. Pastinya meninggal dalam keadaan masih berwuduk.
Auratnya sangat terjaga di akhir hayatnya itu meninggal dalam keadaan masih bertelekung dan menambah kematian hunul khatimahnya, arwah Rosnah berpuasa sunat Khamis dan berbuka di masjid bersama suami tercinta.
Kematian Husnul Khatimah Malam Jumaat Di Masjid
Memetik laporan Harian Metro, seorang jemaah wanita meninggal dunia selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Zahir, di sini, semalam.
Pegawai Media Masjid Negeri, Muhd Azam Abdullah berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 8.25 malam ketika jemaah masjid sedang membaca doa dan disusuli bacaan surah Yassin.
Katanya, Rosnah Ramli, 60, tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang membuat pemeriksaan terhadapnya.
“Arwah hadir ke masjid bersama suaminya dan mereka terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat jemaah serta membaca surah Yassin bersama jemaah lain di masjid ini malam tadi.
“Menurut jemaah di sebelahnya, arwah ada menunjukkan tanda tidak selesa sebelum tiba-tiba rebah di ruang solat utama wanita.
“Selepas itu, kami terus menghubungi talian kecemasan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, Rosnah bersama suami sememangnya sering ke masjid itu untuk menyertai pelbagai aktiviti agama selain menunaikan solat jemaah.
Katanya, suaminya juga kelihatan tenang menerima kejadian itu dan segala urusan arwah dipermudahkan.
Dalam pada itu, anak-anak pasangan itu turut hadir ke masjid untuk melihat keadaan ibu mereka.
“Malam tadi kami menjadi saksi kepada sebuah pengakhiran hidup yang sangat baik dan mulia. Semoga ini menjadi pengajaran, iktibar dan pedoman buat kita semua,” katanya.
Difahamkan jenazah arwah akan dikebumikan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, hari ini.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...