Pisang, salah satu makanan yang bukan setakat kanak-kanak saja suka tapi orang dewasa pun. Ia banyak nutrisi dan boleh mengenyangkan. Sebab itulah, kalau petang-petang mesti pekena pisang goreng.
Bukan setakat makan pisang dengan cara bergoreng tapi boleh makan begitu saja. Tak mustahillah, ada yang buat stok pisang kat rumah.
Rupa-rupnya makan pisang ini memanglah banyak nutrisi, tapi kalau salah makan pun atau digandingkan dengan makanan lain boleh menimbulkan masalah penghadaman. Sakit perut, cirit birit dan sebagainya.
Tanpa kita sedar, inilah penyebabnya bila makan pisang dan disusuli dengan makan lain. Paling risau, bila tumbuh jeragat kalau di makan dengan makanan ini.
Inilah penjelasan oleh boss_ding dalam video tiktoknya yang perlu kita ambil tahu dan elakkan selepas makan pisang.
Sememangnya pisang sedap dan banyak nutrisi, Ia bantu untuk mengenyangkan kita. Namun, kena jaga-jaga selepas makan pisang, ada 3 makanan yang patut kita elakkan.
1. Pisang tak boleh makan dengan tembikai kerana kedua-dua buah ini bersifat sejuk. Ia boleh menyebabkan cirit birit.
2. Elakkan makan pisang dengan susu. Ini kerana susu ada kandungan protein yang tinggi dan pisang ada asam buah. Ia boleh melambatkan sistem penghadaman dan masalah pencernaan.
Ads
3. Pisang tak boleh makan bersama kentang. Ini kerana ia boleh menyebabkan ada toksin berkumpul dan mudah untuk tumbuh jeragat.
Mingguan Wanita : Lepas ni kena ‘beware’ ye, lepas makan pisang jangan nak ambil makanan ini.
Bila buang air kecil, pernah tak anda perhatikan warna air kencing atau tak ambil tahu langsung. Jangan ambil ringan tentang perkara ini, ia ada kaitan adakah warna air kencing itu normal atau tidak.
Biasanya air kencing yang normal adalah berwarna kuning pucat. Tapi bagaimana kalau warnanya jernih atau terlalu pekat. Inilah yang diterangkan oleh Dr Rittz dalam perkongsiannya.
Warna air kencing yang normal adalah kuning pucat.
Bila warna jernih, itu tandanya tidak normal. Keadaan ini berlaku kerana seseorang itu minum air lebih daripada yang diperlukan oleh badan.
Kesan minum air yang banyak ini menyebabkan fungsi buah pinggang akan terganggu kerana ia terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan air lebihan dalam badan.
Akibatnya juga boleh membuatkan keracunan air dan ia dianggap sangat serius. Biasanya warna jernih ini kerana seseorang minum air yang banyak dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, 4 liter air dalam masa 3 jam.
Selain daripada itu, bila air terlebih dalam badan, buah pinggang terbeban dan tak dapat singkirkan melalui air kencing. Air lebihan inilah akan melarutkan mineral dalam badan.
Bila kekurangan mineral, sel dalam badan tidak dapat berfungsi dengan normal. Keadaan ini boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami sawan, koma dan kematian.
Ini bermaksud seseorang itu kekurangan air dalam badan sehingga boleh menyebabkan dehidrasi. Kesannya sama seperti yang dialami oleh seseorang yang minum air berlebihan.
Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu akan dapat kesan sampingan seperti dahaga, kering, keletihan, pening. Sama seperti dengan terlebih air.
Jadi, adalah penting untuk kita monitor dengan minum air tidak terlalu banyak, ada hadnya dan jangan sesekali kurang minum air.
Mingguan Wanita : Jadiny,a janganlah terlebih minum air yang disarankan dan jangan pula kurang minum air. Kesannya hampir sama, takutnya kegagalan buah pinggang.
Kadang-kadang banyak cara dan bahan yang kita gunakan untuk halang serangga datang pada pokok tanaman kita. Tapi hanya bertahan seketika, lepas itu muncul balik.
Paling merisaukan, habis tanaman tak menjadi sebab serangan serangga terutamanya bena putih, belalang dan semua. Jadi cara terbaik dan mungkin boleh membantu untuk halang serangga, bolehlah gunakan cara ini.
Bunga plastik, kalau kena cara jaganya ia boleh jadi macam bunga segar. Boleh tertipulah kalau tidak perhatikan betul-betul.
Tapi, kalau tak dijaga dengan betul, bunga plastik ni nampak macam murahan sangat walaupun mak-mak beli dengan harga yang mahal. Cepat sangat habuk melekat dan langsung tak dijaga dengan baik.
Setakat nak bersihkan dengan bulu ayam memang tak memadai. Ikuti perkongsian daripada Hani Mynis cara nak bersihkan bunga plastik.
Setiap kali nak raya mesti nak kena bersihkan bunga plastik. Senang saja, guna deep cleaning iaitu kena guna wet cleaning (basuh dengan air).
Kalau setakat dry cleaning itu bukan deep cleaning ya. Dry cleaning pokok-pokok @ bunga ini buat seminggu sekali untuk buang habuk yang melekat.
Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali.
Langkah-langkah deep cleaning bunga artificial/plastik:
1. Kumpulkan semua pokok/bunga palsu yang ada dalam rumah. Semua termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah, atau di mana-mana. Asingkan mengikut kategori material seperti plastik, poliester, sutera, baldu, latex dll. Asingkan juga ikut jenis seperti jambangan bunga, dedaun atau berpasu.
2. Bagi jambangan bunga yang digubah, sebelum leraikan satu-satu daun dan bunga dari gubahan, ambil gambar terlebih dahulu sebagai rujukan untuk menggubah semula jambangan tadi selepas dibasuh. Ambil gambar 360 darjah jika perlu.
.
3. Ikat jambakan bunga mengikut pasu kerana kita akan basuh mengikut kumpulan sebagai satu set. Dengan cara ini taka da lah kes pasu tercuri satu tangkai bunga dari pasu lain
.
4. Boleh ikat guna getah untuk ikatan sementara atau cable tie untuk kekal.
.
5. Untuk jambakan bunga guna cable tie sebab nanti mudah dan tak perlu gubah, terus masuk je dalam pasu masing-masing. Menjimatkan masa juga.
6. Jenis pokok/bunga berpasu
7. Jenis dedaunan.
8. Boleh mulakan dengan
Sediakan besen berisi air paip bersuhu bilik (buat di sinki dapur atau bilik air berdekatan dengan air mengalir)
Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis)
Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
9. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan. Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.
Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari. Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai.
Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Jangan lama. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. Bila nak cuci pun tak ambil masa lama dan insya Allah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.
.
10. Lepas basuh terus bilas. Maksudnya selesaikan by jambak/set. Jangan basuh semua dulu baru bilas semua. Buat ikut langkah untuk setiap jambak/set.
Basuh – bilas – tos/jemur – ulang dengan yang lain
11. Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Tujuan bilas nak luruhkan habuk-habuk dari jambakan bunga kita je. Bilas dengan tangkai ke atas (kita pegang tangkai tu). Pastikan setiap kelopak dan daun kena air mengalir.
Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu.
12. Bagi bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan di rendam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit-sikit semasa bilas. Tapi cepat-cepat tos.
13. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Pastikan betul-betul kering. Kalau lembap ia boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).
.
14. Bagi dry cleaning pokok untuk setiap minggu:
Elak guna hair dryer sebab nanti habuk berterbangan ke tempat lain). Gunalah lint roller (boleh guna washable lint roller untuk opsyen zero waste effort).
.
Untuk jenis dedaun pula macam daun monsera, lapkan dengan dust cleaner dan wipecloth, boleh guna wet tissue juga.
.
P/s: Sebelum tu, ni khas untuk pokok @ bunga dari latex atau plastik @ polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Ada bunga plastik yang harganya murah, tapi janganlah sebab murah buang dan beli baru. Masih boleh dibersihkan. Jangan membazir. Guna balik.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.