Temasya sukan penuh berprestij OLIMPIK yang berlangsung di Tokyo ketika ini, pastinya memberi kenangan manis dan mencatat sejarah buat negara jiran kita Indonesia apabila memenangi pingat emas pertama di Olimpik Tokyo dalam acara Beregu Badminton Wanita. Umumnya ramai mengetahu apabila acara badminton ia selalunya di dominasi oleh negara China.

Ternyata hasil kerja keras, usaha gigih dan pengorbanan yang dilakukan dalam mengharumkan nama negara, pemenang Pingat Emas Beregu Badminton Wanita Indonesia ini bakal memperolehi pelbagai ganjaran yang berbaloi.

Pingat Emas Pertama Indonesia Di Olimpik Tokyo

Lima ekor lembu, restoran bebola daging dan sebuah rumah baharu.Itu antara sebahagian hadiah dijanjikan buat pemenang pingat emas Olimpik dalam acara badminton dari Indonesia, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu apabila mereka pulang dari Tokyo.

Negara terbesar di Asia Tenggara itu amat meminati badminton dan sukan berkenaan sudah menghasilkan semua pingat emas sejak tampil di Olimpik pada 1992.

Pasangan wanita, Greysia dan Apriyani menewaskan wakil China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan 21-19, 21-15 yang memberikan Indonesia pingat emas pertama di temasya Tokyo.

Habuan Wang Tunai, Lembu, Rumah & Restoran

Kerajaan negara itu sebelum ini menjanjikan wang tunai 5 bilion rupiah (RM1.47 juta) dan sejak itu mereka menerima lebih banyak hadiah.

Ketua daerah di bandar kelahiran Apriyani dekat Kepulauan Sulawesi menjanjikan lima ekor lembu dan sebuah rumah manakala rantaian restoran bebola daging berjanji untuk memberikan pasangan itu masing-masing sebuah premis.

Hadiah Menjelang Hari Kemerdekaan

Menerusi mesej di Twitter, Presiden Joko Widodo berkata kejayaan pasangan berkenaan yang “mencabar dan hebat” adalah hadiah menjelang Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos.

Imelda Wigoeno, bekas pemain dan pegawai di kelab pasangan berkenaan, berkata:

“Kejayaan dicipta (Greysia dan Apriyani) akan membawa lebih banyak perhatian terhadap sukan dalam kalangan wanita.”

Greysia, 33, berkata kepada laman sesawangn Persekutuan Badminton Dunia:

“Saya dilahirkan untuk menjadi pemain badminton. Dan saya ada rasa percaya apabila berusia hanya 13 tahun yang saya mahu mencipta sejarah buat Indonesia.”

Baca Lagi Di Sini :

Berlatih Di Garaj Kereta, Hidilyn Diaz Tamatkan 97 Tahun Kemarau Pingat EMAS Pertama Filipina!

8 Kali Layak Bertanding, OLIMPIK Tokyo Pentas Terakhir Oksana Chusovitina, Gimnas Usia 46 Tahun!

Cacat Penglihatan Sebelah Mata, Tak Halang Afiq Rangkul Tempat Ketiga Kejuaraan Dunia

Ada Masalah Tulang Belakang & Bahagian Kaki, Amalkan Senaman LOMPAT TALI Setiap Hari

Walau Atas Nama Senaman, Berzumba Tempat Terbuka Dan Seumpamanya Tetap Haram

Mingguan Wanita : Tahniah sekali lagi buat Beregu Badminton Wanita Indonesia diatas kemenangan Pingat Emas. Rezeki betul dengan pelbagai ganjaran yang bakal diperolehi seperti wang tunai, lembu, rumah dan restoran. Memang berbaloi segala usaha gigih dan pengorbanan dalam mengharumkan nama negara.

Sumber: Bharian

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI