Ada macam-macam senaman mudah yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh.Memandangkan kebanyakan masa kita hanya di rumah ketika ini, antara senaman yang sesuai dan paling berkesan dalam membakar lemak tubuh boleh pilih lompat tali. Banyak kebaikan rupanya bila buat senaman ini, tak perlu lama-lama buat 5 minit pun dah cukup. Yang penting istiqamah buat senaman ni setiap hari.

Baca perkongsian daripada Dr Muhamad Harif Hussin yang merupakan seorang ‘Wellness Consultant’ sebagai rujukan.

Siapa yang rajin bersenam cara lompat tali atau jump rope? Saya rajin juga buat senaman ini. Hampir setiap hari. Jump rope ini antara senaman yang hebat untuk tubuh badan kita.

Setiap kali lepas buat treatment pada patient, saya pesan amalkan senaman ini.
Terutama yang ada masalah tulang belakang dan bahagian kaki.

Apa yang bagusnya bila kita buat jump rope ini?

*Boleh beli ‘Jump Rope’ Di Sini:

Saya nak kongsikan 6 kebaikan bila kita buat jump rope secara istiqamah setiap hari.

1. Pembakar Lemak Yang Mantap

Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 1.6 km selama 8 minit.

Ada Masalah Tulang Belakang & Bahagian Kaki, Amalkan Senaman LOMPAT TALI Setiap Hari

2.Koordinasi Langkah Kaki Bertambah Baik

Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.

3. Mengurangkan Kecederaan Kaki & Pergelangan Kaki

Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.
Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.

Ada Masalah Tulang Belakang & Bahagian Kaki, Amalkan Senaman LOMPAT TALI Setiap Hari

4. Posture Badan Bertambah Baik

Jika selalu duduk di depan komputer, ini dapat menyebabkan posture badan boleh menjadi bongkok. Semasa buat jump rope, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.

IKLAN

Ada Masalah Tulang Belakang & Bahagian Kaki, Amalkan Senaman LOMPAT TALI Setiap Hari

5. Tulang Bertambah Padu & Otot Semakin Kuat

Jump rope ini senamannya seperti senaman angkat berat.Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.

Ada Masalah Tulang Belakang & Bahagian Kaki, Amalkan Senaman LOMPAT TALI Setiap Hari

6. Senaman Yang ‘Fun Dan Enjoy’

Dan yang pastinya, buat jump rope ini memang fun dan enjoy. Boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar.Yang penting ada tali jump rope.

Saya suka tengok budak kecik. Suka berlari dan melompat-lompat. Itulah yang buat mereka enjoy dan sihat walafiat.

Jom kita buat jump rope.Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat rope jump, kita rehat 15 saat.Ulang 5 kali.

IKLAN

Have fun and enjoy.
Selamat berlompat tali! Saya doakan semoga bertambah sihat, bahagia dan flawless. Aamiin.

Baca Lagi Di Sini :
Turun Naik Tangga Rumah Boleh Jadi Senaman Paling Senang, Cepat Bakar Kalori & Baik Untuk Jantung

Manfaat Senaman Squats Untuk WANITA, Punyalah Bagus Buat Setiap Hari!

Kalau Nak Kurus, Senaman Saja Tak Cukup, Sedangkan Makan Main ‘Bedal’ Je!

Walau Atas Nama Senaman, Berzumba Tempat Terbuka Dan Seumpamanya Tetap Haram

IKLAN

7 Teknik Senaman Wajah & Urutan Muka, Untuk Awet Muda Serta Hilangkan Masalah Pipi Tembam & Dagu Berlapis!

Mingguan Wanita : Rajin-rajinlah kita lompat tali untuk mendapat manfaat yang dikongsikan ini. Tak perlu lama-lama pun, 5 minit pun dah cukup asalkan lakukan secara konsisteng. Sama-sama kita jaga kesihatan agar hidup lebih sihat dan bermakna.

Sumber : Muhamad Harif Hussin

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI