Nombor 11 ‘cukup dekat’ bagi diri seorang kanak-kanak lelaki ini yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11 pada 11 November lalu selepas dilahirkan pada tahun 2011, pukul 11.11 pagi, lapor akhbar Daily Star.
Berkait Rapat Nombor 11
Kanak-kanak tersebut, Daniel Saunders dari Hertfordshire, England, kerap berkait rapat dengan nombor 11 sejak dilahirkan.
“Saya teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini,” katanya.
Nombor Utama Numerologi
Menurut Daniel, 11 merupakan nombor utama dalam bidang numerologi dan ia bermaksud, dia mempunyai potensi besar pada masa akan datang.
“Ia adalah nombor bertuah saya dan amat mudah untuk diingati. Tiada sesiapa akan terlupa hari lahir saya,” katanya.
Menurut ibu Daniel, Charlotte, anak lelakinya dijangka dilahirkan pada 17 November 2011 namun, dia diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya berada dalam kedudukan tidak sepatutnya ketika itu.
Ads
Disebabkan doktor gagal mengubah kedudukan bayi (Daniel), Charlotte terpaksa menjalani pembedahan pada 11 November.
“Daniel sepatutnya dikeluarkan lebih awal namun, dia ketika itu tersekat di bawah rusuk saya yang menyebabkan doktor mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya.
“Ia adalah sesuatu yang hebat apabila dia dilahirkan dengan perkara berkaitan nombor 11. Ia adalah nombor bertuah saya sejak kecil dan kini saya berkongsi angka bertuah tersebut dengan Daniel,” kata Charlotte.
Mingguan Wanita: Memang cantik nombornya, semuanya berkait rapat dengan nombor 11 sejak kecil. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur, membesar dengan baik dan diberikan kebahagiaan dalam kehidupan iya.
Mulianya hati pasangan suami isteri ini dalam membela kucing-kucing jalanan termasuk yang kurang upaya seperti buta, lumpuh dan sawan. Demi kepuasan dalam membela kucing-kucing ini, hingga sanggup berhenti kerja walaupun mendapat gaji yang lumayan.Malah bertekad hanya kematian yang dapat memisahkan diri dengan kucing-kucing tersayang.
“Hanya maut saja dapat memisahkan, sama ada saya pergi dulu atau kucing,” kata pemilik dan pencinta kucing, Mohd Baharim Abu Bakar.
Mohd Baharim, 44, yang menetap di Kota Kemuning, di sini, pernah bekerja sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat swasta selama lebih 10 tahun dengan pendapatan lima angka.
Biarpun sudah hidup selesa, bapa tiga anak itu nekad berhenti kerja enam tahun lalu kerana mahu mencari kepuasan dalam menjaga dan menguruskan kucing.
Bukan hanya kucing normal malah Mohd Baharim turut menyelamat dan memelihara kucing buta serta lumpuh yang diambil dari jalanan.
Dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu isteri, Nur Hanariawati Mohd Najib, 42, dan kini mereka memelihara 52 kucing dengan 17 daripadanya buta, lumpuh dan sawan.
“Ketika masih bekerja lagi saya sudah bela kucing tetapi tidak banyak seperti sekarang.
“Bagaimanapun, kepuasan memelihara kucing tiada ketika itu kerana terikat dengan komitmen kerja.
“Sampai satu tahap iaitu pada awal 2016, saya berasa sudah sampai masanya untuk berhenti kerja dan fokus menjaga kucing. Ketika itu saya memang nekad dan tidak langsung berasa berat hati,” katanya.
Demi kelangsungan hidup, Mohd Baharim memulakan fasa baru selepas berhenti kerja dengan menawarkan khidmat dikenali ‘Grab Cat’ iaitu mengambil kucing dari rumah pelanggan dan memandikannya.
Setahun kemudian iaitu pada 2017, Mohd Baharim menawarkan pula khidmat menjaga kucing peliharaan atau ‘cat boarding’ kerana melihat peluang menambah pendapatan.
“Saya dan isteri mulakan perkhidmatan itu pada Aidilfitri 2017 dengan caj RM10 seekor.
“Sambutannya memang menggalakkan dan hasilnya juga lumayan cuma risiko serta tanggungjawabnya juga besar.
“Ia kerana ada beberapa kucing berubah emosi iaitu enggan makan apabila pulang ke rumah tuan mereka jadi selepas berbincang dengan isteri, kami sepakat hentikan perkhidmatan itu pada awal 2020 iaitu sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Sejak itu Mohd Baharim fokus dengan perkhidmatan membersih, mendandan dan mencantikkan kucing saja dengan pergi ke rumah pelanggan.
Bercerita lanjut, Mohd Baharim berkata, kesemua kucing peliharaannya dibiarkan bebas di dalam rumah namun yang normal di bawah manakala kurang upaya dalam bilik di bahagian atas
Meskipun begitu, kesemuanya dilayan dan diberi kasih sayang sama rata tanpa melihat baka kucing.
“Sebahagian kucing peliharaan saya dibeli namun ada juga diambil serta diselamatkan dari jalanan.
“Saya dan isteri mula menyelamat kucing kurang upaya sejak awal tahun ini kerana mahu merasai pengalaman menjaga serta menguruskannya.
“Memang tidak mudah malah jika dikira kos perbelanjaan boleh beli sebuah rumah malah rutin penjagaannya juga tidak mudah terutama ketika menguruskan kucing kurang upaya buang najis tetapi saya cuba belajar hingga tahu pelbagai ilmu, boleh dikatakan dari kepala sampai ekornya.
“Sejak ada dalam dunia kucing, saya dan isteri juga perlu banyak berkorban kerana tiada masa berjalan atau pulang ke kampung. Sebaliknya, kami bawa emak di kampung datang ke sini kerana ada kucing di rumah perlu diuruskan ,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Nur Hanariawati menganggap kucing peliharaannya sebagai terapi ketika di rumah.
Oleh kerana terlalu sayang, Nur Hanariawati mengaku pernah menjual telefon bimbit selain menebalkan muka meminjam wang daripada keluarga terdekat untuk menampung kos rawatan kucing.
“Saya dan suami pernah pergi ambil dan selamatkan kucing sampai ke Melaka dengan kebiasaannya haiwan itu ditemukan dalam keadaan sangat teruk, ada bernanah, hancur badan atau kaki serta berlumuran darah.
“Kos rawatan ke klinik veterinar paling tinggi pernah mencecah RM6,000 manakala untuk manakala RM3,000 bagi membeli makan serta keperluan seperti lampin pakai buang untuk kucing kurang upaya.
“Ada ketika, terpaksa juga pinjam dengan keluarga terdekat untuk tampung kos rawatan, selebihnya guna wang simpanan dan hasil upah mendandan dan mencantikkan kucing.
“Alhamdulillah, setakat ini, kami cukup makan dan pakai malah banyak urusan dipermudahkan mungkin asbab daripada menjaga kucing,” katanya.
Nur Hanariawati berkata, tiga anaknya yang amat memahaminya dan suami yang terlalu sayangkan kucing.
“Mereka (anak) okay dan selesa saja setakat ini. Jadi, selagi ada kudrat, saya dan suami akan terus menjaga kucing dan serahkan tanggungjawab kepada satu sama lain jika salah seorang ‘pergi’ dulu.
“Jika ditakdirkan pergi serentak, saya dan suami sudah berpesan kepada anak kedua untuknya memikul amanah menjaga kesemua kucing kami,” katanya yang aktif berkongsi video rutinnya dan suami bersama suami di platform TikTok @ceritakucingkatsumi.
Mingguan Wanita: Mulianya hati pasangan suami isteri ini sehingga sanggup berhenti kerja untuk menjaga kucing-kucing jalanan mahupun dalam keadaan buta, lumpuh dan sawan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan lagi rezeki yang melimpah ruah.
“Bila mak 62 tahun lebih teror main roller skate dari kau”, ramai kagum makcik memang hebat. Tidak ramai mak-mak kita yang mahu menikmati usia tua mereka melakukan hobi yang pernah mereka lakukan ketika muda dahulu.
Alasan mak-mak, cukuplah pernah merasainya suatu ketika dahulu atau barangkali segan dengan persekitaran sekeliling. Mereka merasakan tidak sesuai terutama kepada faktor usia.
Bagaimana pun satu perkongsian seorang anak, Hanan Abdul Rahman yang juga pengacara tv Al-Hijrah kebolehan emaknya, Hanim Mohamed Alias, bermain roller skate pada usianya 62 tahun membuatkan ramai kagum pada emaknya.
Dapat dilihat emaknya bebas meluncur dengan roller skatenya dan masa yang sama pakaian dikenakan sangat menutup aurat. Kelihatan emaknya enjoy melakukan aktiviti berkenaan yang diketahui banyak dilakukan golongan remaja dan orang muda kerana ia memerlukan keseimbangan untuk mengawal pergerakan tubuh agar tidak terjatuh.
Mungkin sekadar berlucu, Hanan memaklumkan dia tidak sehebat itu dan siap membuat muka lucu dan terpegun saat melihat emaknya bebas meluncur di gelanggang roller skate berkenaan.
Perkongsiannya mendapat respon positif di mana kata mereka golongan wanita sekitar tahun 80-an memang top dengan permainan ini. Tambah Hanan, emaknya sering memasuki pertandingan Roller Skate di Teluk Intan suatu masa dahulu. Bahkan antara lokasi bermain roller skate di Teluk Intan ialah di Coliseum.
Bermain roller skate ini barangkali boleh menjadi satu aktiviti menarik bagi mak-mak untuk mengeluarkan peluh dan hidup sihat di usia mereka. Jadi tidaklah hanya berkebun sekitar rumah atau bersama kawan-kawan ke masjid kerana masih banyak aktiviti sesuai dan sihat boleh dilakukan pada usia 60 ke atas. Bahkan kesanggupan anak membawa mak secara tak langsung turut mengeratkan bonding antara satu sama lain.
Gagal rancang kewangan terpaksalah bekerja sampai tua. Dalam proses menabung untuk hari tua kita kena bijak memahami strategi.
Masa muda sekarang inilah kita perlu bijak merencanakan kewangan. Jangan alpa dan lalai jika tidak sampai ke tua kita terpaksa membanting tulang dan bekerja keras.
Menabung hari tua ini dalam bahasa kewangan adalah menyediakan tabungan persaraan. Bila kita meningkat umur, kemampuan kita bekerja dan mendapatkan wang daripada aktiviti melibatkan tenaga agak terbatas.
Tolonglah! Rancang dan ambil peduli tabungan hari tua kita. Belajar urus dengan baik, ambil tindakan dengan berjumpa perunding bertauliah yang diiktiraf bank negara.
Fahami produk-produk kewangan yang mampu bantu kita untuk merancang persaraan.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi akaun Facebooknya, begitu bermanfaat buat anda semua.
Mulakan dari sekarang supaya nanti kita dapat bersara dengan hati yang tenang dan aman bahagia.
“Kerja Sampai Tua…
Ketika kita masih lagi sihat dan muda, simpan dan laburkanlah wang kita di tempat yang patuh shariah dan memberikan pulangan yang baik sahaja.
Jika tidak, kita mungkin terpaksa bekerja sampai ke hujung nyawa. Ada banyak sebab kenapa kita perlu mengumpul, menyimpan dan melaburkan wang sebelum hari tua.