Nur 2

Tidak dinafikan Drama Nur menjadi fenomena lantaran memaparkan jalan cerita yang berbeza yang berjaya menarik perhatian ramai.Malah Drama Nur telah memenangi pelbagai anugerah dalam Anugerah Skrin ke 22 dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6, yang berlangsung baru-baru ini.

Susulan kejayaan tersebut, Pengarah dan Penulis Skrip Shahrulezad Mohameddin telah menyambung Nur 2 sebanyak 15 episod dan ia mula ditayangkan pada 2 April lalu.

Klasifikasi PG13, Drama Nur 2 BUKAN Untuk Tontonan Kanak-Kanak

Namun setelah beberapa episod disiarkan, penonton yang menyaksikan drama ini mendakwa bahawa terdapat kandungan babak yang ditayangkan dalam Nur 2 dianggap ‘panas’ dan ‘over’.Malah merasakan ia tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.

Klasifikasi PG13, Drama Nur 2 BUKAN Untuk Tontonan Kanak-Kanak

IKLAN

Klasifikasi PG13, Drama Nur 2 BUKAN Untuk Tontonan Kanak-Kanak

Menjawab persoalan tersebut, Pengarah dan Penulis Skrip Drama Nur 2 telah memberi penjelasan berikut;

“Mungkin ada yang masih belum faham kenapa Nur2 diklasifikasikan sebagai PG13 untuk siaran kali ini dan bukan klasifikasi U dan ada sebab jugak kenapa drama Nur2 ditayangkan pada slot Samarinda jam 10 malam dan bukannya slot Akasia siaran petang.”

IKLAN

“Terus terang cakap Nur2 yang mengisahkan dunia pelacuran yang sama sekali tidak sesuai untuk tontonan kanak kanak. Remaja maybe itupun mak bapak kena guna peluang ini sebagai alat mendidik anak anak especially berkaitan tentang sex education dan sebagainya. Abam bukan buat drama Nur2 ini untuk kanak kanak.”

“Mak bapak kena bertanggungjawab sama dalam mengawal content untuk anak anak mereka. Content untuk kanak kanak adalah di siang hari bukan malam. Malam selalunya untuk tontonan orang dewasa especially pada jam 10 ke atas.”

IKLAN

“Jangan bandingkan dengan Nur1. Nur1 watak utamanya ialah seorang pelacur yang membenci kariernya sebagai pelacur dan sehabis baik untuk keluar dari dunia itu sebab tu ianya mendapat kategori U.”

“Manakala dalam Nur2 watak Juita sebagai antagonis adalah seorang yang merasakan tidak apa jadi seorang pelacur. Apa yang Juita lakukan dalam kereta tu adalah lumrah dan normal bagi seorang pelacur. So kalau kita rasa tak selesa dengan imej sedemikian abam cadangkan pada penonton budiman sekalian sila jangan tonton. Itu adalah sebaik baik tindakan. Pilihan di atas diri kita sendiri.Harap maklum.”

MW: Ini penjelasan panjang lebar daripada Pengarah dan penulis skrip Shahrulezad Mohameddin. Jadi mak ayah buatlah pilihan bijak, meskipun sarat dengan pelbagai pengajaran drama ini tidak sesuai ditonton bersama anak-anak yang masih kecil.

Sumber: Instagram Budak Ijat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI