Suami Merungut Bila Isteri Serabai, Padahal Tiap Bulan Beri RM200 Belanja Dapur

Semakin lama semakin tak faham dengan sesetengah suami yang sentiasa melihat salah isteri bila isteri serabai serba serbi, tak pandai bergaya. Tapi tak pula dia lihat apa yang buatkan isteri sampai jadi macam itu.

Sakit hati sebenarnya baca kisah pembaca yang berkongsi cerita di laman Kisah Rumah Tangga ini. Bila mana, dia mengadu perihal isterinya yang tak pandai jaga penampilan. Tak macam isteri kawan-kawannya yang cantik berbaju lawa.

Hakikatnya, mana lah isteri tu nak berbaju lawa kalau sebulan suami cuma beri RM200 untuk tampung belanja dapur dan keperluan dua orang anak. Di zaman serba menekan ini, sekali belanja di kedai pun dah habis beratus. Ini nak pakai sebulan.. fikirlah sendiri.

Tolong Jawab! Macam Mana Kalau Bini Serabai Tak Pandai Bergaya

Salam min,

Macam mana nak buat kalau bini serabai tak pandai bergaya. Isteri aku ni min, tak macam isteri kawan-kawan aku. Isteri kawan aku dok rumah pun pakai baju lawa. Make up segala bagai.

Isteri aku pula pakai kain batik je kat rumah. Kadang-kadang tak pakai baju dalam. Kalau pakai baju dalam pun koyak rabak. Reput-reput semua.

Aku bukan tak bagi dia belanja. Ada gak dalam RM200 sebulan.

IKLAN

Anak kami baru dua orang je. Kalau aku bagi RM200 tak kan tak cukup nak belanja. Anak aku minum susu sorang je. Yang kecil tu.

Belanja dapur RM50 ok lah. So kalau ada baki RM100 ke. Beli lah keperluan dia. Ni cakap tak cukup duit.

Dah dia tak pandai berjimat, Kalau beli telur sekotak, 5 hari dah habis. Macam mana nak jimat? Badan pun gemuk. Sebab asyik makan je. Buntu lah.

Ini Jawapan Terbaik Netizen

Perkongsian yang mendapat jumlah sharing lebih 9K ini mendapat maklum balas yang hangat daripada pembaca alam maya.

Dan ada beberapa pandangan yang MW rasakan amat bagus untuk dikongsikan dan dijadikan panduan para suami yang kedekut beri duit belanja tapi berangan nak isteri cantik.

IKLAN

Suami Merungut Bila Isteri Serabai, Padahal Tiap Bulan Beri RM200 Belanja Dapur

Ini pendapat Muhammad Hassan

Begini bang. Saya tolong jawabkan.

1) RM200 tu abang bagi 100% pada isteri buat satu acc bagi dia simpan. Keperluan lain abang belikan. Telur, sayur, bawang, ikan, ayam, beras. Itu abang buat list setiap hari atau minggu tengok apa yang kurang kat dapur.

2) Isteri abang pakai baju dalam burukkan? ok baik. Abang tengok saiz baju dalam dan seluar dalam dia. Abang pergi mana-mana mall abang belikan. Beli yang paling selesa dan mahal. Lagi bagus abang beli yang boleh menjolok mata abang.

IKLAN

3) Isteri abang gemuk kan? Baik. Bagi masa kat dia 1 jam setiap hari untuk pergi gym atau bersenam. Dalam tempoh 1 jam itu abang jaga anak-anak dan tolong kemaskan rumah sekali ya.

4) Abang nak kena faham. Duit rm200 itu bukan nafkah bagi kepada isteri untuk dia beli keperluan dapur. Tapi RM200 itu adalah hak dia. Keperluan dapur, keperluan mandi dan segala apa yang diperlukan dalam rumah itu adalah tanggungjawab suami. Bukan isteri kena beli semua tu bang.

5) Abang kena ingat. ‘Baju dalam yang buruk’ itulah yang susukan anak, jaga anak abang siang malam. Dan abang kena ingat. jika abang terlantar tak boleh bangun nanti ‘baju dalam yang buruk” itulah akan cebok basuh najis abang.

Dah sekarang pergi minta maaf kat isteri dan keluarkan semua duit dalam bank bagi kat isteri untuk dia shopping dan beli emas.

Tambahan. Bawa isteri ke spa bang. wangi nanti.

Sumber/Foto : Kisah Rumah Tangga

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI