Memang ada benarnya kesilapan besar para isteri adalah dengan mudahnya mencabar suami supaya menceraikannya, lebih-lebih lagi ketika perasaan marah menguasai diri. Perlu tahu, hubungan dalam perkahwinan pasti ada pasang dan surutnya. Pergaduhan suami isteri adalah perkara biasa supaya lebih mengenali pasangan.Namun demikian, janganlah mudah mengikut emosi dalam meminta dan melafaz talak, yang kelak akan meruntuhkan perkahwinan.

Baca perkongsian dan ulasan daripada Dr Syahr Musafir ini sebagai rujukan.

Ramai sangat yang share pasal lakonan selebriti Ummi Nazeera yang cukup hebat sebagai Hayfa, lebih-lebih lagi hari ini episod akhir. Selepas anak-anak sudah masuk tidur malam ni tadi, saya pun tengoklah kejap babak Hayfa marah dan meluahkan rasa, akhirnya terlafazlah perkataan cerai daripada mulut suaminya, Adam, yang dilakonkan oleh selebriti Alif Satar.

“Let me go..” cabar Hayfa.

Kesilapan Besar Isteri Mudah MENCABAR Suami Menceraikannya Ketika Perasaan MARAH Menguasai Diri!

Apa Adam jawab? Adam kata, “Nak sangat, kan?”

Kesilapan Besar Isteri Mudah MENCABAR Suami Menceraikannya Ketika Perasaan MARAH Menguasai Diri!

Barulah lafaz cerai tu keluar daripada Adam. Ini babak yang paling menangkap perhatian saya. Lakonan yang sangat real oleh Alif Satar, Ummi Nazeera dan tak dilupakan Zara Zya sebagai watak Aisyah.

Saya takkan komen langsung pasal seluruh drama ni sebab saya tak menonton dari awal. Saya faham pasti ada pelbagai kesedihan yang dilalui Hayfa sehingga Hayfa mencabar Adam untuk menceraikannya. Saya tak nak nafikan apa-apa pun pasal ni.

IKLAN

Kesilapan Besar Isteri Mudah Mencabar Suami

Cuma bagi saya, kesilapan besar seorang isteri adalah bermudah-mudah mencabar suami menceraikannya pada saat perasaan marah menguasai diri dan emosi sedang pecah berderai. Ketika ini bara sedang menyala dan api sedang marak.

Kesilapan besar seorang suami pula adalah menyahut cabaran si isteri yang sedang amarah itu dengan melakukan apa yang si isteri pinta dalam kemarahan. Ketika ini api marak itu dicurahkan minyak tanah.

Ambillah pengajaran, bara sedang menyala dan api sedang marak tak boleh disuakan dengan minyak tanah. Ketika isteri marah, suami tak boleh tambahkan kemarahan. Ketika suami marah, isteri tak boleh tambahkan kemarahan.

Tak kisahlah situasi apa, sebab apa, sudah lama tanggung atau apa saja. Kalau sama-sama ‘jadi api’ akhirnya akan jadi sebagaimana macam Adam dan Hayfa, berlaku pertambahan kemarahan yang menyebabkan lafaz cerai. Selepas tu air mata bercucuran.

Pertengkaran Suami Isteri Normal

Sebagai manusia biasa, pertengkaran antara pasangan suami isteri adalah normal, terutamanya ketika fasa awal pernikahan. Dan tak pelik pun apabila isteri berkata berkata seolah ‘Jika tak suka saya, lepaskan saya’ ketika dirinya sedang marah.

Apa suami kena buat? Bagi saya cukuplah suami diam.

IKLAN

Nak peluk? Bagi saya, tak perlu atau bergantung kepada keadaan. Ketika isteri marah, ibaratnya macam kita si kancil nak peluk sang singa. Mana boleh nak peluk.

Tetapi kena faham, api sedang marak jadi si suami tak boleh jadi bara atau minyak yang akan menambahkan kemarakan api tu.

“Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan marah…” Bukan saya pesan tetapi Rasulullah pesan.

Hikmah Kuasa Talak Pada Suami

Selepas nikah, biasanya lelaki mulai faham hakikat wanita diciptakan dengan fitrah mudah berkata-kata mencabar untuk diceraikan dan seumpamanya, dan suami kena kuat, sabar dan rasional. Banyak hikmahnya kuasa talak dan cerai diletakkan pada suami, bukan isteri.

Tetapi isteri hilang kelembutan apabila bermudah-mudah mencabar suami menceraikannya dan suami hilang kejantanan apabila menceraikan atas dasar mengikut emosi.

IKLAN

Ini sekadar pandangan saya saja, Tuan-Puan yang tak setuju tak perlu bersetuju dengan saya. Muhasabah diri kita. Isteri, jangan bermudah mencabar. Suami, jangan terikut rasa tercabar tu. Masing-masing risik pada hati sendiri, sesuai dengan tajuknya.

Mesti Baca:Kadang-kadang Isteri Memilih Berdoa Pada Allah Daripada Bergaduh, Walaupun Sedar Ditipu Suami
Baca Lagi Di Sini:Bertahun-tahun Kahwin Tak Bahagia, Sampai Bila Nak BERTAHAN Sebab Anak!
Artikel Menarik:Hubungan Renggang Lebih Banyak MAKAN HATI, Perkahwinan Bertahan Atas Dasar TANGGUNGJAWAB Sahaja!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada jalan cerita ini.Janganlah mudah para isteri mencabar suami dengan meminta talak, dan para suami pula semoga lebih rasional dan tidak menurut emosi isteri dalam menjatuhkan talak.

Sumber: Syahr Musafir

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan
TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI