Isteri ada pakej lengkap, beragama, bijak. Apa alasan LELAKI BERPISAH? Ini pandangan peguam syarie. Jodoh merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، وَيُقَالُ لَهُ: اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita…” Riwayat al-Bukhari (3208).

Dalam memilih jodoh, disarankan lelaki memilih berdasarkan empat perkara ini.

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Engkau akan bahagia.” Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708).

Jika isteri sudah memiliki semua perkara di atas, jadi apa lagi ALASAN LELAKI UNTUK BERPISAH?

Isteri  Ada Pakej Lengkap, Beragama, Bijak. Apa Alasan LELAKI BERPISAH? Ini Pandangan Peguam Syarie
Peguam Syarie, Elie Shahana binti Embros dari Tetuan Wali Azri & Associates

Mingguan Wanita menghubungi peguam syarie, Elie Shahana binti Embros dari Tetuan Wali Azri & Associates untuk mendapatkan pandangan mengapa pasangan yang nampak sempurna tapi akhirnya berpisah.

Berdasarkan kes yang pernah dipegangnya, peguam syarie ini menjelaskan antara PUNCA yang biasa didengarkan di hadapan Hakim Syarie ialah TIADA PERSEFAHAMAN.

IKLAN

“Banyak pengaduan mengatakan mereka sudah tiada persefahaman lagi dengan pasangan. Ini antara PUNCA CERAI PALING POPULAR di kalangan pasangan walau nampak sempurna di mata masyarakat.

“Biasa hakim syarie akan tanya tak sefahaman bagaimana, dari sudut apa tapi masing-masing memberi alasan tak sefahaman dengan pasangan. Bila dah dua-dua setuju, akhirnya mereka akan bercerai.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pesanan Ikhlas Buat Para Gadis! “Kaya, Hensem Pun Tak Guna Kalau Jenis Curang, Tak Setia”

‘Panjat Bonet Kereta, Tangkap Suami Curang.’ Tindakan Nekad, Bila Hati Wanita DiSakiti

‘Lelaki Curang, Masa Seronok Lupa Anak, Bini.’ Bila Hilang Segala, Baru Ingat Keluarga

IKLAN

Antara sebab lain ialah masalah kewangan.

“Hal ini biasa berlaku di kalangan pasangan muda yang mana kewangan adalah faktor utama mereka berpisah. Banyak kes di mana pasanga bergaji kecil dan tak dapat menampung perbelanjaan keluarga yang semakin bertambah khususnya yang ada anak-anak kecil. Ada ketika hanya suami saja bekerja dan isteri tidak. Mula-mula mungkin boleh terima tapi akhirnya bila sering tak ada duit, jadi gaduh dan akhirnya akan berpisah.

Tambah peguam syarie ini lagi, punca lain perceraian ialah keluarga.

“Biasanya adanya campur tangan mak mentua, ipar duai dan lain-lain. Bukan saja dari pihak lelaki tapi keluarga perempuan juga.

“Ada kes di awal-awal perkahwinan keluarga suka dan merestui perhubungan tersebut. Tapi lama kelamaan mula nampak belang masing-masing dan mula mencucuk anak bahawa mereka tidak sukakan pasangan. Lama-lama kebanyakkannya akan bercerai.

IKLAN

“Punca lain ialah masalah batin. Ada pasangan yang tidak berasa puas berhubungan intim dengan pasangan dan akhirnya memilih bercerai kerana tak nak menanggung dosa jika ada hubungan di luar.

Tambah Elie Shahana lagi, curang juga boleh menjadi sebab mengapa perpisahan terjadi.

“Dalam kes ini, adakalanya kedua belah pihak, baik lelaki mahupun wanita mempunyai pasangan luar. Curang ini tak babitkan lelaki saja tapi perempuan juga.

“Alasan lain cerai ialah tidak baik dengan pasangan. Ada saja jadi punca gaduh dalam rumah tangga selain tak rela dimadukan. Banyak kes isteri tak rela ada orang ketiga dalam hubungan mereka.

“Ada juga kes melibatkan perbezaan politik di mana suami suka parti lain dan isteri sokong parti lain dan hal ini akan membuatkan mereka sering berbalah sehingga ada kes dirujuk ke pejabat agama dan akhirnya bercerai,” katanya memaklumkan ada banyak lagi masalah-masalah simple seperti masalah ubat gigi, sidai tuala dan lain lagi.

Apa pun, jagalah jodoh kita sebelum dijaga oleh orang lain.

KENAPA KENA DIDIK ANAK DARI KECIL? INI PENDAPAT CIKGU KIRANA.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI