Taraf mak saudara dikatakan lebih tinggi daripada mak mentua? Betulkah? Berapa ramai daripada kita yang rapat dengan mak saudara? Tak ada rasa kekok atau segan pun.

Jadi, tak mustahil juga sesetengah kita cukup rapat dengan mak saudara sebelah mak atau rapat dengan kedua-duanya (mak dan ayah). Walau bagaimanapun, tak kiralah  sekalipun, itulah mak saudara yang kita ada. Tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.

Dalam perkongsian video tiktok yang dikatakan oleh Ustaz Badli Shah, menyarankan supaya menjaga hubungan dengan mak saudara ini. Tak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang mak mentua pun tapi taraf mak saudara itu lebih tinggi dari mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Berlumba Jadi MENANTU TERBAIK, Cukuplah Jaga Hubungan Dan Hormat Mentua, Ipar

Bila Rasa REZEKI SULIT, Periksa Hubungan Dengan Ibu, Jagalah Hatinya, Di Situlah Keajaibannya

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Taraf Mak Saudara Lebih Tinggi Dari Mak Mentua

Antara mak saudara dengan mak mentua mana yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.

Kalau dibincangkan hukum, mak saudara dengan mak mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah mak saudara.

IKLAN

Sebab mak saudara itu adalah adik beradik mak atau ayah kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara. Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.

Bukan Buang Mentua

Tarafnya tak boleh lawan dengan mak mentua sebab mak mentua boleh dicari bila kahwin lain, dapatlah mak mentua baru tapi mak saudara itu, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya.

Mingguan Wanita : Betul apa yang dikongsikan ini. Bukan nak buang mak mentua, dia pun sama taraf seperti mak kita juga tapi itulah, kalau kahwin baru dapat mentua baru. Paling penting adalah jaga hubungan sesama kita.

IKLAN

Sumber: lenggangbistro (tiktok)

@lenggangbistro Assalammualaikum salam jumaat penghulu segala Hari, Hukum Mak saudara dengan Mak Mentua #fyp#fypdongggggggg #viral ♬ bunyi asal – arijalbiz

Taraf Mak Saudara Lebih Tinggi Dari Mak Mentua, Hanya Dia Seorang Dunia Akhirat, Jagalah Hubungan!
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI