Dalam perkahwinan bukan semua wanita yang bergelar isteri bertuah, dikurniakan suami yang baik, bertanggungjawab menunaikan nafkah, menyayangi dan menghormati perasaan isteri. Usia perkahwinan bertahun-tahun lamanya, tapi tak bahagia. Jiwa terseksa dan diri merana.

Ada yang suami culas bagi nafkah, curang berkali-kali, dipukul, didera secara fizikal mahupun emosi dalam rumahtangga malah ada juga yang menanggung suami ‘biawak hidup’. Malas nak bekerja, harap duit isteri yang tanggung keluarga.

Bertahan Dalam Perkahwinan Sebab Anak

Ramai isteri sebenarnya yang makan hati berulam jantung. Ikutkan perasaan cinta, memang dah lama ‘mati’. Nmun ramai yang tetap mempertahankan perkahwinan bertahun-tahun dan hanya mampu bersabar dengan perangai suami, sebab anak-anak. Tak nak anak hidup membesar dalam keluarga bercerai berai, bila si ayah tiada depan mata.
Tidak kurang juga yang tetap nak beri peluang, berharap suami berubah satu hari nanti.

Namun persoalannya sampai bila mahu bertahan begini? Rela korbankan kebahagiaan sendiri dan sekaligus menjejaskan emosi diri.

Bertahun-tahun Kahwin Tak Bahagia, Sampai Bila Nak BERTAHAN Sebab Anak!

Topik Meja Syariah kali ini mengundang Puan Noormazidah Husain, yang merupakan Peguam Syarie, dari Mazidah Husain Associates berkongsi bagaimana cara untuk wanita meminta cerai bila, hak wanita selepas bercerai, hak dalam tempoh eddah, mutaah dan sebagainya.

Isteri perlu tahu, meskipun kuasa talak ditangan suami, isteri juga sebenarnya ada hak untuk meminta cerai melalui Hakam. Malah hukumnya juga harus sekiranya mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah.

IKLAN

Bagi hak jagaan anak selepas bercerai pula, bagi isteri yang merupakan suri rumah dan tiada pendapatan sendiri tetap layak, ada hak dan boleh tuntut hak penjagaan anak ini selagi tak gugurnya hak jagaan ibu. Dari segi kewangan pula,nafkah anak-anak tersebut adalah tanggungjawab si ayah atau bekas suami.

Berani Tuntut Cerai Daripada Perkahwinan Toksik

Perceraian bukanlah pengakhiran kehidupan, tapi ia untuk memulakan kehidupan baru.
Jangan takut untuk berani menuntut cerai dan memegang ‘status baru’ daripada terus tersiksa dalam perkahwinan. Abaikan sahaja pandangan masyarakat. Hanya kita yang mengalaminya dan kenal diri sendiri.

Malah jika diperhatikan ramai wanita yang nekad ‘melepaskan’ perkahwinan toksik ini, kehidupannya lebih tenang, bahagia dan berjaya selepas bercerai. Anak-anak juga lebih gembira dan hidup dalam persekitaran yang lebih sihat daripada lihat mak selalu kena pukul, kena maki hamun dengan suami, bergaduh hari-hari, malah mak bertungkus lumus cari rezeki tapi ayah malas goyang kaki.

Saksikan penjelasan, nasihat dan pandangan oleh Puan Noormazidah Husain, Peguam Syarie,Mazidah Husain Associates dalam Meja Syariah LIVE, berkaitan topik ini.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini :
Isteri Teraniaya Perbuatan Suami, Peguam Syarie Ajar Tuntut Hak Sepatutnya!

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

IKLAN

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI