Kerjakan ibadah umrah. Rezeki bekas penyampai Suria FM, Tyzo yang kini sudah berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Selepas isu tentang perkhidmatannya sebagai penyampai segmen Suria Petang ditamatkan atas alasan strategi tahun 2024 oleh pihak pengurusan minggu lalu.
Tyzo juga tidak menyangka di sebalik apa yang berlaku dirinya menerima pelawaan daripada seorang pendengar setia Suria Petang untuk membawanya mengerjakan ibadah umrah.
Kerjakan Ibadah Umrah
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Tyzo akui dengan apa yang terjadi dia perlu kuatkan semangat.
“Saya sedang berusaha untuk kuatkan semangat dan tidak terlalu bersedih dengan apa yang berlaku.
Ads
“Alhamdulillah, hari ini saya bakal berlepas ke Tanah Suci selama 11 hari.
“Saya dibawa oleh pendengar setia Suria Petang dikenali Hariz yang sudah lama teringin nak menaja saya mengerjakan ibadah umrah.
“Tawaran ini datang kira-kira seminggu lalu, namun saya hanya beri kata putus lima hari lalu. Jadi persiapan memang agak singkat.
“Tapi InsyaAllah semuanya sudah diatur dengan baik dan semoga saya dapat mencari ketenangan di sana,” luah Tyzo.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami Heliza, Datuk Seri Mahadi tak kenal Fathia. Sebelum ini pelakon sensasi Fathia Latiff menerusi sesi siaran langsung di akaun Instagram miliknya mendakwa suami Heliza, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah.
Menurut Fathia, rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan dan terpaksa membayar ansuran sebanyak RM2,000 setiap bulan.
Seperti mana dilaporkan menerusi mStar Online, Mahadi memberitahu segala dakwaan Fathia tidak benar. Malah Mahadi juga menerangkan dirinya tidak pernah mengenali Fathia secara peribadi malah tiada sebarang rekod urusan perniagaan antara syarikat miliknya dengan pelakon berkenaan.
“Memang terkejut apabila dia berkata demikian. Saya tak pernah kenal dia, tak pernah berjumpa, saya tidak jual rumah dengannya dan syarikat saya tiada perniagaan melibatkan hartanah.
“Saya juga sudah semak dengan pengurusan syarikat. Memang tiada sebarang rekod urusan perniagaan dengan dia.
“Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu,” ujarnya.
Mahadi turut menegaskan dirinya juga tidak pernah ada sebarang urusan dengan Fathia.
“Saya tidak boleh nak bercakap tentang hal ini. Sebab memang saya tidak kenal dia.
“Tak perlu saya nak berbincang dengan dia. Kalau dia nak jumpa, terus berurusan dengan peguam saya.
“Pernigaan milik saya tidak pernah menjanjikan untuk memberi dia rumah. Kami juga tidak menerima sebarang transaksi RM2,000 seperti yang dikatakan,” kongsinya.
Setiap kali melihat gelagat pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Sheila Rusly memuat naik video memasak, pasti ia membangkitkan selera dan keinginan membuak-buak untuk mencuba menu yang dimasaknya.
Mana tidaknya, baik dari aspek penyediaan bahan hinggalah proses memasak nampak mudah dan menyelerakan. Tidak hairanlah mengapa Sheila Rusly diangkat sebagai Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa.
Setiap kali isteri kepada Azman “Jinggo” Yahya memuat naik video masakan, pasti ianya mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan pujian para netizen yang mengagumi masakan Sheila Rusly yang enak dan menyelerakan.
Apatah lagi apabila anak-anak berkumpul di kediamannya, pasti meja makannya akan dipenuhi dengan pelbagai menu kegemaran anak-anak hasil air tangannya yang menjadi salah satu rahsia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Tidak kiralah sama ada masakan ala kampung mahupun hidangan barat, Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa ini tidak lokek berkongsi informasi mengenai hidangan yang dimasak untuk keluarga.
Malah, hidangan ringkas yang disediakan olehnya seperti mee segera juga tampil menyelerakan dengan olahannya yang tersendiri mengikut citarasa masyarakat Malaysia.
Meskipun meletakkan keluarga sebagai keutamaan bagi dirinya, Sheila yang juga bertindak sebagai Mentor Keusahawanan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi ini meletakkan air tangan wanita bergelar ibu dan isteri sebagai acuan utama dalam kebahagiaan rumah tangga. Menurutnya, rajin memasak untuk ikat perut suami.
Malah Sheila Rusly mendedahkan pernah memberi tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.
Sejak bergelar ibu mentua, Sheila Rusly sememangnya bersyukur mempunyai menantu seperti Elisya Sandha yang dilayan bagaikan anak sendiri. Malah Sheila berkata dia memuji kerajinanmenantunya itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
Jadi, tak salah lagilah rahsia kebahagiaan rumah tangga tetap terletak di air tangan seorang isteri dan ibu, setuju tak?
Usai Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja baru-baru ini, aturcara perkahwinan di raja di antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah diteruskan dengan upacara Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja.
Majlis gilang gemilang tersebut telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana Istana Nurul Iman. Kebiasaannya, majlis ini diadakan selepas Majlis Bertunang. Majlis ini dihadiri oleh keluarga terdekat bagi satu pihak sahaja dan majlis ini diadakan secara berasingan.
Keberangkatan masuk Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah diiringi oleh Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah. Turut mengiringi Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah ke singgahsana indah ialah empat orang pembawa perhiasan empat, seorang membawa payung, pedang dan perisai dan tombak serta alat-alat kebesaran diraja.
Majlis yang diadakan secara gilang gemilang tersebut telah dimulakan dengan upacara berbedak diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Pengiran Anak Saleha diikuti kerabat diraja Brunei yang lain.
Bonda Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam binti Abdul Aziz turut diberi penghormatan di majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja sambil diiringi kekanda Pengiran Muda Abdul Mateen, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah.
Sejurus selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah melakukan proses berbedak diraja, tembakan merian sebanyak 17 das dilakukan sekaligus menandakan bermulanya istiadat berbedak diraja.
Memetik perkongsian Instagram @muash.portfolio yang memuat naik beberapa foto eksklusif Majlis Berbedak Mandi Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah yang telah diadakan di Istana Darul Iman.
Upacara Berbedak Mandi, sebuah pemandangan kemegahan, berlangsung di Istana Nurul Iman, di mana DYMM Putera ‘Abdul Mateen dan YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam dibasuh dengan berkat oleh orang-orang terdekat dan tersayang mereka.
Ibubapa, saudara-mara, dan orang-orang tua yang dihormati memeriahkan acara bersejarah ini, melibatkan pasangan yang akan segera diijabkabulkan dalam aura kemewahan dan tradisi.
Terdahulu, pada tanggal 9 Januari telah berlangsung Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja. Pada majlis tersebut, YM Dayang Anisha Rosnah mengenakan persalinan lace rona putih hasil rekaan Teh Firdaus yang menawan dan elegan.
Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah sekali lagi dilihat menggayakan busana lace moden rekaan pereka tanahair, Teh Firdaus.
Untuk rekod, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa-Kalebic turut mengenakan persalinan baju kurung tenunan Brunei rekaan Teh Firdaus semasa acara Khatam Quran beberapa hari yang lalu.
Pasangan diraja ini bakal diijabkabulkan pada esok, 11 Januari di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.
Pada tarikh 14 Januari, Putera Mateen dan Dayang Anisha bakal melangsungkan Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman yang merupakan acara kemuncak istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari.
Istiadat berkenaan dijangka bakal dihadiri ramai tetamu diraja dan kehormat dari seluruh dunia.
Manakala majlis persantapan diraja pula akan diadakan pada malam 15 Januari dan semua istiadat akan berakhir pada 16 Januari iaitu dengan majlis membaca doa selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.
Meriahnya majlis meraikan mempelai diraja, Radio Televisyen Brunei menganjurkan Peraduan Mencipta dan Menerbitkan Lagu Perkahwinan Diraja 2024. Dua buah lagi dipilih sebagai juara dan naib juara iaitu Renjana Pengantin ciptaan Muhd Hazwan Haji Awang Madial yang membawa pulang hadiah wang tunai $2,000 dan sijil penyertaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.