Kehidupan penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Ubai sememangnya mendapat perhatian sejak pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Ogos lalu.  Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Hai Mohamad Khairi Hussein.Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai, manakala hantaran dirahsiakan.

Teka-teki terjawab, Shila Amzah umum kini sedang hamil

Genap lima bulan bergelar suami isteri, hari ini Ubai dan Shila Amzah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Shila Amzah. Berita gembira tersebut dikongsikan melalui posting video di Instagram masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

“Di tahun 2024 kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran,” ujar Ubai dalam video Instagram yang dikongsikannya sebentar tadi.

Teka-teki terjawab, Shila Amzah umum kini sedang hamil

IKLAN

Tambah Shila Amzah pula, ada sebab mengapa dia merahsiakan kehamilannya kali ini.

Teka-teki terjawab, Shila Amzah umum kini sedang hamil

“Nak make sure kandungan ini baik di awal kehamilan. Doakan semoga kandungan Sha selamat sepanjang proses kehamilan ini,” ujar Shila Amzah mengakhiri video pendek bersama suami tersayang.

IKLAN

Teka-teki terjawab, Shila Amzah umum kini sedang hamil

Pasangan ini melalui episod suka dan duka pada tahun 2023. Difahamkan, adiknya Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli meninggal dunia akibat kemalangan pada 4 Mei tahun lalu manakala ibunya Rohani Jamal menghembuskan nafas terakhir disebabkan kanser ovari beberapa hari sebelum pasangan ini dinikahkan.

Teka-teki terjawab, Shila Amzah umum kini sedang hamil

IKLAN

Sebelum ini Shila tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan netizen dia sedang berbadan dua,sebaliknya meminta agar segelintir warganet berhenti bercakap tentang saiz tubuh seorang wanita. Kini, segala teka teki sudah terjawab dan Mingguan Wanita mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas kehamilannya ini!

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI