“Mana kaki dan tangan Bella, siapa boleh carikan untuk saya…, kakak  terima jasad tak sempurna. Tidak mudah menerima hakikat kehilangan seorang adik tambah lagi jika hubungan itu agak rapat semasa hayat.

Inilah yang dirasai oleh kakak arwah, Norhisham Samsusah, 36 yang sejak dari awal kehilangan Bella sudah berusaha mencari adiknya. Namun pencariannya berakhir dengan kesedihan kerana hanya jasad tidak sempurna adiknya, Mila Sharmilah Samsusah ditemui. Masa yang sama, tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 yang juga teman lelaki Bella kini menghadapi pertuduhan membunuh wanita tersebut.

“Mana Kaki & Tangan Bella, Siapa Boleh Carikan Untuk Saya…

Di sebalik pertemuan rangka adiknya, semalam di fb, kakaknya mendedahkan pertemuan rangka adiknya tidak sempurna.Hilang kedua belah kaki dan tangan dan yang ada hanyalah tengkorak dan beberapa angggota lain.

“Mana kaki dan tangan Bella,” luahnya sambil menangis.

Jelasnya, pendedahan ini dilakukan demi menuntut keadilan untuk Bella.

“Allahuakabar besarnya dugaan saya dan keluarga. Mak saya kehilangan bella masih ada sy.Tapi saya hilang adik. Siapa lagi yang ada untuk saya Kosong! Perjuangan saya berakhir selepas 36hari adalah dengan penemuan rangka bella. Urusan pgembumian bella di permudahkan.

“Selepas perbicaraan dimahkamah ada yang pertikai kenapa lebih-lebih nak ada rusuhan. Perasaan mendidih marah tu datang  tiba-tiba bila tengok tertuduh. Bersusah payah saya siang malam cari bella. Tanya sana sini..ceruk-ceruk tempat masuk.

Rupanya dia tahu sesuatu tapi disorok.Terbayang muka penipuan dia..

“Sy tak tahu kak saya dah tinggal dia tepi jalan ada orang ambil”.

IKLAN

Sebenarnya ko dah bunuh dia. Keadaan sgt emosi. Keadaan hancur terluka marah semua ada. Saya dah bagitahu awal2-awal BF tahu sesuatu.

“Mana Kaki & Tangan Bella, Siapa Boleh Carikan Untuk Saya…”, Kakak Terima Jasad Tak Sempurna

Kakak Terima Jasad Tak Sempurna

 

Selesai urusan, tiba masa tuntut jenazah di Forensik HIS. Allahuakbar..Allahuakbar… Terkejut saya bila tengok rangka Bella hanya tinggal beberapa je macam secoet tu je.. Hancur hati sehancur-hancurnya bila terima bella keadaan macam ni. Kenapa buat adik saya macam ni.

“Hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata ada satu, tulang rusuk, punggung, Itu shaja..

IKLAN

Mana kedua kaki dan tangan bella??

“Mana Kaki & Tangan Bella, Siapa Boleh Carikan Untuk Saya…”, Kakak Terima Jasad Tak Sempurna

Rasa macam nak memberontak nak mengamuk. Rasa nak mjerit sekuat hati bagitahu semua tahu betapa hancur hati saya. Tapi apa daya saya. Saya hanya seorang kakak yang perjuangkan pencarian adik saya tapi saya dapat rangka yang tak sempurna..

Saya, mak dan ustazah mandikan rangka ni. Berderai air mata kami. Korek2-korek ada benda-benda kotoran dalam tengkorak.

“Kenapa perlaku sangat kejam. Sangat zalim. Kenapa buat Bella sehingga begitu tragik. Kami tersanggggattt rapuh dalam situasi ni.

IKLAN

Kenapa pengakhiran pencarian saya macam ni??

Mana kedua kaki dan tangan Bella tak ada. Siapa boleh carikan untuk saya selepas 36hari.

Saya nak Bella complete. Tolonglaaaa faham apa saya rasa.

BACAA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Ayah Dera Anak 9 Tahun Sampai Maut, Selamba Tanam Mayat Tepi Jalan!

Rakyat Palestin Ditanam & Dikubur Hidup-Hidup Di Hospital, Zionis Guna Jentolak Gilis Mangsa

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Poligami; Suami Happy, Isteri dan Anak Yang Depresi
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI