Keluar bilik OT terus solat, kakak kongsi adik 19 tahun tenang kaki dipotong paras peha terlibat kemalangan. Hidup ini penuh ujian. Ia tanda Allah sayang bahkan tanda keimanan seseorang.
Dilahirkan sempurna namun adakalanya ujian kehidupan memaksa kita redha menerima takdir Allah bahawa suatu hari nanti ada anggota tubuh yang terpaksa dibuang.
Perkongsian seorang kakak Ciknaa @abayasigadis di platform Tik Tok kisah adik bongsunya dari 13 adik beradik, Muhammad Shahrul Nizam Yusof yang kemalangan pada 21 Oktober lalu di mana motosikal ditunggangnya dilanggar semasa memasuki simpang.
Akibat perlanggaran berkenaan, adiknya tercampak jauh ke dalam longkang dipenuhi paras air hingga ke dada dan anggota tubuhnya terendam terutama bahagian kaki.
“Keluar Bilik OT Terus Solat”
Memedihkan insiden ini, pemandu yang melanggarnya tidak membantu pun memanggil ambulan atau berbuat apa-apa sehinggalah seorang hamba Allah datang membantu dan terjun menyelamatkan adiknya dan memanggil ambulan.
Rawatan kecemasan sesampai di hospital mendapati kaki adiknya hancur dan satu pembedahan segera dibuat bagi menyelamatkan nyawanya.
“Kaki adik dipotong di bawah lutut kerana kuman telah merebak di bahagian lukanya,” katanya sambil menambah, kesan kemalangan itu juga mengakibatkan kaki sebelah kirinya patah. Bukan itu saja, tangan kirinya juga patah dan doktor tidak dapat menyelamatkan kaki sebelah kanannya.
“Semalam 7 November, doktor buat keputusan untuk memotong kaki adik hingga paras peha kerana kuman telah merebak teruk,” katanya sambil menambah di sebalik ujian maha berat ini, adiknya Shahrul Nizam kekal tenang dan redha dengan ujian menimpanya.
“Dirinya juga masih mampu tersenyum dan sentiasa membasahkan bibirnya dengan kalimah-kalimah Allah,” katanya yang memohon doa dari semua kesejahteraan buat adiknya itu.
Berdasarkan video beberapa bahagian dikongsi oleh kakaknya, didapati keyakinan adik akan aturan Allah tentang perjalanan takdir hidupnya, remaja berusia 19 tahun ini kekal positif.
Jika orang lain mungkin berasakan usia masih muda dan masih banyak yang ingin dilakukan tapi Shahrul kekal tenang walau pembedahan ini adalah kali kempat perlu dilaluinya.
“Semua ini pinjaman dari Allah. Kita hanya pinjaman, kalau Allah dah nak ambil semula, ambillah. Itu Allah punya. Nanti kita di Padang Masyhar, sama je ada kaki, ada tangan balik. Cuma di dunia ini saja berbeza, kata Shahrul yang meminta doa semua orang agar selamat dalam pembedahan ini.
Bahkan beberapa jam sebelum pembedahan adiknya tenang berzikir mengingati Allah dan tak terlihat mukanya risau akan kehilangan anggota yang dianggap berharga bagi sesetengah orang.
Ads
Apa yang sangat menarik, walau menyedarinya dirinya akan bergelar orang kelainan upaya apabila sihat kelak, sebelum disorong ke bilik pembedahan, di sebalik ramai memberikan kaya-kata semangat buat pemuda ini, dirinya masih sempat bertakbir kepada Allah dan laungan takbirnya disambut oleh ahli keluarga.
Begitu tinggi keyakinan dirinya dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Dalam pada itu selepas beberapa jam di dalam bilik pembedahan bermula dari jam 5 petang hingga ke 9 malam, selain masih mampu tersenyum dan mengatakan pembedahan berjalan dengan lancar, perkara pertama dilakukan oleh adiknya selepas keluar dari bilik bedah ialah adiknya terus bersolat dan qadho solat Maghrib yang tertinggal sebelum ini.
Kata adiknya yang boleh dijadikan inspirasi buat semua tentang solat ialah “andai kita nak solat guna pergerakan kita masih ada untuk solat.
Ya tiada alasan tidak bersolat walau diuji kerana solat adalah hubungan kita dengan sang Khaliq di mana ia adalah tanda syukur kita terhadap Allah taala.
Dalam pada itu, Cik Na turut mengucapkan syukur di atas semua doa-doa dan semoga doa adiknya diangkat ke langit Allah.
DOKTOR PUN TAK TERLIUR NAK TENGOK AURAT PEREMPUAN BERSALIN. SEMUA DIBUAT UNTUK KESELAMATAN IBU DAN ANAK.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu” itulah luahan Rita Rudaini yang sangat cemerlang dalam mendidik anak-anaknya.
Pelakon senior, Rita Rudaini menerangkan kejayaan anaknya Airit Rayyan Rizqin, 15, atau Rayyan dalam bidang sukan tidak ada kaitan dengan mewarisi genetik keluarga atau DNA seorang legenda.
“Saya Membesarkan Mereka Sendiri Sebagai Ibu Tunggal”
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online, Rita memberitahu tiada keperluan untuk orang luar mengaitkan kejayaan anaknya dalam bidang suka dengan sesiapa.
“Tidak ada kaitan DNA pun sebab saya yang membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu.
“Jadi, sebab apa nak dikaitkan DNA semua? Pernah ke nampak bapanya gendong anak atau hantar anak pergi sekolah? Tak pernah, kan? Jadi orang luar, jangan cakap mengenai saya dan anak-anak.
“Hanya saya saja yang sentiasa bersama mereka (anak). Saya juga yang duduk tengok anak tepi padang dan hantar anak ke sekolah. Tapi, orang lain sibuk nak sebut anak ikut legenda dan macam-macamlah.
“Saya pun jadi pelakon, tak warisi bakat sesiapa sebab dalam keluarga saya tak ada pun genetik pelakon dan hanya saya seorang saja yang terbabit dalam karier seni ini,” luahnya.
Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Rita juga akui kemampuan anaknya dalam bidang sukan dek kerana didikan yang diberikan.
Kemampuan anaknya di dalam bidang sukan disebabkan cara dia membesarkan serta mendidik mereka kerana anak-anak ini ibarat kain putih dan tengoklah siapa yang mencorakkannya.
Sebelum ini Rita berasa kesal dengan tindakan sebuah portal berita menggunakan tajuk Anak Legenda JDT (Johor Darul Takzim) berhubung pencapaian terbaik anaknya, Rayyan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024.
Norjuma Habib Mohamed didakwa cederakan tiga individu, rosakkan palang serta kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium. Bekas personaliti televisyen dan usahawan tudung itu didakwa di empat Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat tujuh tahun lalu.
Norjuma Didakwa Cederakan Tiga Individu
Norjuma, 44, berdepan tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dengan mencakar tangan, menampar pipi dan menendang betis tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim.
Mengikut pertuduhan pertama, usahawan tudung ini didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017 lalu.
Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di pusat tuisyen di Plaza Batai Bukit Damansara di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.
Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dibuat Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.
Rosakkan Palang, Kamera Litar Tertutup (CCTV) Milik Sebuah Kondominium
Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium.
Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Mahkamah kemudian membenarkan Norjuma diikat jamin RM6,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.
Beliau juga diperintahkan agar tidak menganggu atau menghubungi mangsa.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.
Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 berakhir sudah. Umum juga maklum, Sabah disenaraikan antara kes Covid-19 tertinggi di Malaysia. Malah, KKM sendiri mengumumkan langkah keselamatan yang ketat kepada mana-mana individu yang baru pulang dari negeri itu.
Bagi Datin Seri Zizie Ezette yang juga isteri kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ini membuat pilihan untuk kuarantin dirinya dan anak-anak di rumah, yang ketika ini menetap di Kota Kinabalu, Sabah.
Kongsinya, mereka hanya akan pulang ke Kuala Lumpur sebaik urusan kuarantinnya berakhir.
“Semua urusan sudah pun selesai dengan aman, sekarang ni kami anak beranak semua masih menetap di Kota Kinabalu. Quarantine di rumah.
Tunggu dah reda-reda dulu baru lah kami balik KL.”
Dalam masa yang sama akui Zizie, berat badannya semakin bertambah sejak pulang ke Sabah. “Bila balik dari Sandakan, kalau tak naik 2 3 kilo tu memang tak sah!
Ada siapa-siapa kat KK ni nak buatkan saya dessert sedap-sedap tak?” Kongsinya, alang-alang dah naik berat badan, mahu makan sepuasnya. Dan akan mulakan kembali proses menurunkan berat badan sebaik pulang ke Kuala Lumpur.
DS Zizie Izette Berkempen Dengan 5 Anak Di Sabah
Sebelumnya Zizie dan anak-anak dilihat berkampung di negeri kelahiran suaminya sepanjang kempen pilihan raya berlangsung. Demi sokongan terhadap suaminya yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Zizie juga berkongsi momen berkempen bersama lima orang cahaya mata termasuk dua anak angkatnya.
Ketika di wawancara Astro Awani, pelakon yang popular dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini akui biarpun tak terlibat dalam politik, namun sebagai isteri beliau perlu menghormati dan menyokong kerjaya suaminya sebagai seorang ahli politik.
“Saya yakin dengan apa yang dia lakukan untuk rakyat,” katanya yang sudah lebih sedekad mengahwini Bung Mokhtar yang baru dilantik menjadi Menteri Kerja Raya Sabah ini.
Suami isteri ditangkap jual video terlarang, isteri turut 'diperdagangkan,' seminggu boleh dapat lebih RM6k. Sepasang suami isteri tempatan yang sudah mempunyai empat anak ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran serta mempromosikan video lucah melalui platform media sosial.