Malang sungguh tak berbau.Kesilapan dan kecuaian yang tak patut dilakukan apabila doktor tersilap dalam melakukan pembedahan.Seorang lelaki warga emas di Austria terpaksa menanggung derita apabila doktor melakukan kesilapan ketika pembedahan akibat penyakit yang dialaminya.
Doktor Tersilap Tanda Kaki Dipotong
Dalam kejadian yang berlaku di Klinik Freistadt, Austria pada 18 Mei lepas, doktor bertugas telah membuat kesilapan dan ‘terpotong’ kaki yang salah.Laporan agensi berita Reuters menyebut bahawa lelaki berusia 82 tahun itu menghidap pelbagai penyakit yang memaksa kakinya dipotong.
Namun sebelum pembedahan dilakukan, doktor terbabit telah terlibat tersilap menanda kaki sebelah mana yang patut dipotong.
“Kami sangat terkejut dan kesal dengan kejadian yang berlaku pada 18 Mei lalu ke atas pesakit berusia 82 tahun berkenaan.
“Malangnya, kaki kanan pesakit itu dipotong apabila kaki kiri yang sepatutnya dipotong oleh doktor.
“Kami perlu mencari punca dan menyiasat bagaimana kesilapan ini boleh berlaku. Kami ingin meminta maaf secara terbuka ke atas insiden yang berlaku ini,” kata pengarah perubatan klinik, Norbert Fritsch pada sidang akhbar.
Disedari Selepas 2 Hari Pembedahan
Mengikut laporan, kesilapan itu hanya disedari selepas pembalut pada kaki pesakit berkenaan ditukar pada Khamis lalu, iaitu dua hari selepas pembedahan dilakukan.
Menurut portal berita The Guardian, pesakit berkenaan turut tidak menyedari kesilapan itu.
Pesakit Terpaksa Menjalani Pembedahan Kedua
Pengarah Kesihatan klinik berkenaan Norbert Fritsch berkata, klinik berkenaan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pembedahan dan pesakit terbabit ditawar sokongan psikologi selepas kesilapan yang berlaku dan terpaksa menjalani pembedahan kedua dalam tempoh terdekat bagi memotong kaki yang sepatutnya.
“Kami akan menyiasat bagaimana kesilapan ini boleh berlaku.
Ads
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka atas insiden ini,” katanya.
Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku.Pada 2018, doktor di Rusia disiasat selepas didakwa memotong kaki yang salah pada seorang pesakit warga emas berusia 89 tahun.
Menurut anak mangsa, para doktor cuba menutup kesilapan yang dilakukan terhadap Maria Dronova dengan menyatakan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit yang dialaminya.
MW: Kasihannya. Kecuaian yang tak sepatutnya berlaku apatah lagi melibatkan pesakit warga emas.Pesakit terpaksa menanggung derita dan kesakitan dua kali akibat kecuaian ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Ads
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Mahunya tak sedih bila barang kemas yang kita sayang tiba-tiba putus atau patah. Tak tahu apa punca, mungkin tersangkut pada benang pakaian atau tersangkut.
Apa yang membuatkan kita lagi terasa bila lebihan barang kemas yang putus itu tak tahu ke mana atau lebihan yang sedikit itu kita biarkan atau buang saja. Kononnya sudah tak ada nilai. Maklumlah terlalu kecil.
Jangan buang, sekecil macam mana pun barang kemas yang putus itu masih ada nilainya. Malah, mak-mak boleh bawa ke kedai emas untuk dipateri dan sambung balik.
Tapi kalau barang kemas yang putus atau patah itu hilang entah ke mana. Memang tak bileh nak buat apalah.
Perkongsian daripada Nur Zulaikha ini boleh dijadikan panduan untuk mak-mak tentang cara dan pilihan yang boleh dilakukan apabila barang kemas putus atau patah.
Pertama sekali, jangan dibuang. Ini emas. Patah dan putus pun tetap emas. Tetap ada nilai.
Jika ada penimbang, cuba timbang berapa berat. Darab dengan harga buyback semasa, sekadar untuk tahu nilainya.
Contoh:
18.12 gram x RM210= RM3805.20.
Paling kurang pun,
18.12 gram x RM200 = RM3624.00
Ini adalah emas yang dah putus dan rosak ni!
Letak dalam plastik ziplock, jika ada. Setiap bahagian kecil, masukkan sekali. Sekecil biji loceng atau daun pun tetaplah emas.
Sebenarnya untuk barang kemas yang dah patah dan putus, kita ada tiga pilihan,
1. BAIKI
Bawa ke kedai untuk dibaiki. Boleh cuba tanya dulu jika boleh dibaiki atau dipateri. Ini terhad kepada sesetengah rekaanyang boleh dibaiki dan boleh dipakai semula. Saya juga pernah baiki (pateri) love gantung yang tercabut. Jika dah banyak kali baiki, biasanya tak kukuh lagi untuk dipakai.
2. JUAL BALIK
Jual balik ke kedai emas dengan harga kedai beli balik (buyback). Untuk barang kemas yang putus, ada yang ambil murah sedikit. Ada yang ambil harga sama saja macam barang elok. Ini kena survey harga tertinggi.
3. LEBUR
Boleh lebur semula buat barang kemas, buat bentuk yang lain atau pun buat gelang/ loket ukir nama. Kita hanya bayar upah lebur dan buat balik. Apa pun buat kira-kira dulu, berbaloi atau tidak. Ni kena deal dengan tukang emas/ kedai emas yang boleh buat.
Take note:
Barang kemas yang dah patah atau putus, dan tidak dipakai selama setahun dikira sebagai EMAS SIMPANAN (untuk zakat emas, kategori emas simpanan 85 gram).
Samalah jika ada barang kemas yang dah ketat dan tak boleh pakai, juga dikira sebagai emas simpanan. Inii penting kena tahu.
#AspirasiEmas
Mingguan Wanita : Sebolehnya, kalau kejadian cangkuk rantai putus pada masa itu, cepat-cepat cari. Melainkan tak tahu bila masa ia putus. Mungkin dah tak ada rezeki kita la…
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ada sebab penting kenapa mak ayah perlu sekat telefon bimbit dekat anak-anak yang masih bersekolah. Lagi-lagi murid sekolah rendah.
Belum sampai masanya lagi untuk mereka memegang alat yang memberi kebebasan kepada mereka tanpa ibu bapa sedari.
Hadam perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh. Kejadian yang diadukan sendiri oleh ahli keluarga murid perempuan darjah satu ini yang sudah pandai membuat aksi terlarang.
Aksi Terlarang Anak 6 Tahun Dan Darjah Satu
Aku tarik nafas panjang hari ini. Dua kes masuk dalam inbox aku bercerita tentang anak-anak yang dah pandai buat aksi terlarang. Seawal enam tahun dan darjah satu!
Mereka pm aku minta pendapat, aku sendiri terus kaku dan blur tak tahu nak jawab apa. Mujur aku geng dengan pakar bab hal-hal macam ni.
Terus aku tanya pendapat Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan Mohd Fadhli , kawan aku yang aktif memberi kesedaran tentang Pornography dan seksual awal remaja yang perlu dibendung segera.
Kes pertama, anak tahun satu bermain ‘kocak2’ dalam almari. ‘Kocak’ ni bahasa Kelantan bermaksud hubungan intim.
Tahun satu bhai. Allahu.
Segera Ambil Tindakan Ini
Apa nak buat jika kita terima kes yang sama tuan-tuan? Ini jawapan kawan aku si akhi Fairuz,
1. Bagi tahu pada guru kelas 2. Kes kena sampai pada kaunselor sekolah 3. Kaunselor kena pastikan budak-budak ni dibantu 4. Mak ayah budak beromen ni kena tahu 5. Kena terangkan dengan jujur apa yang berlaku, kesan jangka panjang, dan rawatan pemulihan untuk budak berdua tu. 6. Kena buat program pendidikan seksual pada anak-anak di sekolah.
Wajib. Sebab 2 orang budak ni, habis kawan-kawan yang lain.
Aksi Anak 6 Tahun Ini Lebih Menakutkan
Kes kedua pula tentang anak baru 6 tahun dah pandai masturbate (melancap). Iya, enam tahun tuan.
Punca? Kemungkinan besar anak pengasuh yang ajar. Bahkan sampai tahap hisap kemaluan. Allahu.
Pakar Minta Mak Ayah Ambil Tindakan Ini
Kes macam ni nak handle macam mana pula? Nah jawapan pakar,
1. Mak budak kena tahu anak dia tak tipu. Apa dia cakap semuanya betul. 2. Pukul anak atas asbab bukan kesalahan dia adalah cara yang salah. 3. Si ibu patut sedar bila anak kongsi cerita sebenar dia patut bersyukur sebab boleh bantu dan cegah perbuatan anak dari awal. 4. Anak pengasuh sebagai seorang remaja yang groom budak 6 tahun ni kena diberitahu apa dia buat salah, kalau si ibu report polis, dia akan dipenjarakan. 5. Kedua budak kena dibantu, baik yang 6 tahun dan mangsa. 6. Jadi, mereka ada 2 option sahaja, bela anak dengan buat report polis. Yang kedua, lahirkan rasa kecewa dan marah pada keluarga pengasuh. Dan kata implikasi pada anaknya.
Sebab Itu Tak Setuju Murid Sekolah Dibenarkan Bawa Telefon
Seram kan dunia zaman sekarang? Sebab tu aku risau sangat dan tak setuju jika murid sekolah dibenarkan bawa telefon. Lebih mudah hal dan kes seperti ini merebak.
Entahlah. Malam ni aku ada berborak dengan Dr Tuan Zamani Amir tentang hal seumpamanya juga.
Kami masing-masing risau dengan anak-anak sendiri. Mampukah kita menjaga mereka sebaik mungkin agar tidak terpengaruh dengan budaya seperti ini?
Moga-moga anak-anak kita semua terlindung dari perkara begini. Namun kena ingat tuan-tuan, doa sahaja tak mampu mengubah keadaan.
√ Kena bertindak dan mengawasi betul-betul anak-anak kita. Kerajaan dan pihak berkuasa pula perlu lebih tegas dengan golongan gei dan seumpamanya ni.
Makin lama makin bebas dan berkuasa nampaknya golongan ini. Bebas sungguh di alam maya dan alam nyata. Terutama di media sosial seolahnya tiada undang-undang mampu menghalang mereka.
Ini boleh mempengaruhi anak-anak kita yang selalu menghabiskan masa dengan gadjet dan mempunyai akaun media sosial.
√ Kerajaan dan pihak yang ada kuasa, tolong ambik serius hal ini. Kerana anak-anak kecil yang tak tahu apa inilah generasi yang bakal mencorak negara masa depan.
Masyarakat kita sedang tenat. Tolong berganding bahu lakukan sesuatu.
Tidak dinafikan tanggungjawab bergelar isteri dan ibu cukup berat untuk digalas, baik menguruskan rumahtangga mahupun anak-anak.Seringkali ramai yang beranggapan, golongan surirumah ini, miliki masa terluang untuk ‘goyang kaki’ dan yang lebih banyak dirumah berbanding wanita yang keluar bekerja. Hakikatnya,hanya yang pernah bergelar surirumah sepenuh masa sahaja yang benar-benar memahami. Kerja-kerja dirumah tak pernah habis, baik daripada celik mata hinggalah melelapkan mata.Ada sahaja kerja yang ingin dibuat, belum lagi melayan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam.
Semoga perkongsian oleh Puan Syazana Ahmad ini, membuka mata kita agar tidak menggangap bergelar surirumah satu kerja yang mudah dan punyai banyak masa terluang.Malah janganlah sesekali memandang rendah pada golongan ini.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Saya seorang ibu kepada 2 anak, suri rumah sepenuh masa. Dulu, saya bekerja ketika anak baru seorang. Saya ada berjumpa dengan kawan-kawan yang lain, ada yang sedang mengandung dan ada yang beranak seorang juga. Mereka tidak bekerja (suri rumah), kami berbual tentang kandungan dan anak-anak.
Dalam perbualan kami, ada seorang kawan yang menyatakan bahawa dia agak penat melayan anak kecilnya dan dalam masa yang sama melakukan tugas di rumah.
“Hai, awak suri rumah saja pun, layan anak seorang, itu pun mengeluh penat? Habis aku ni lagilah penat. Dengan mana kerja lagi, balik rumah kena layan anak pula,” sampuk saya.
Kata-kata saya itu menyebabkan dia berdiam diri. Ya, dalam hati saya pada masa itu berkata,
“Eleh, suri rumah saja pun. Buat teruk lebih dia ni,”
Setahun berlalu, saya mengandung anak kedua. Semasa mengandung lagi suami telah berpesah agar berhenti kerja dan jaga anak di rumah sahaja. Saya terpaksa akur, saya berhenti kerja selepas bersalin dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Selesai berpantang di kampung, saya kembali ke rumah dan menjalankan rutin seorang suri rumah. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasakan. Rupanya bukan senang menjadi suri rumah.
Dengan anak kecil yang asyik merengek, yang kakak suka terjerit-jerit. Kerja rumah tak terkejar jadinya. Dengan mana nak sidai baju, baru nak mandi si kecil sudah menangis (baby 3 bulan). Layan si si kecil sampai tak sempat nak mandi. Baru nak memasak, kakak dah datang selerakkan dapur. Dengan si kecil yang tidur tadinya terus terjaga dan menangis. Rasa stress sangat! Penat!
Bila malam, baru saya sempat sidai baju, mandi puas-puas sebab suami pulang dari kerja boleh tolong jagakan mereka buat seketika. Masa itu saya teringat kata-kata saya pada kawan saya dulu.
Dulu bila saya bekerja, anak dihantar pada pengasuh, jadi sempatlah nak mandi, makan dengan tenang di tempat kerja. Bila balik, mandi dulu baru ambil anak. Baju, hujung minggu baru basuh. Jadi anak, suami yang jaga.
Bila nak bandingkan, jadi suri rumah lagi penat. Allah, sabar sajalah. Saya bercerita sikit sebab mahu mengingatkan kepada para wanita yang bekerja usahlah memandang rendah pada suri rumah. Mereka lagi susah, dengan duit yang cukup pakai, tak boleh bermewah seperti ibu yang bekerja.
Saya sudah minta maaf pada kawan saya itu. Saya harap, jagalah hati ibu-ibu lain yang juga suri rumah sepenuh masa ini ye.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebenarnya tak kiralah surirumah mahupun bekerja, bila wanita bergelar isteri dan ibu, tanggungjawab dan penatnya menguruskan anak-anak dan rumahtangga sama je penatnya.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...