Sememangnya cinta itu buta. Siapa sangka ramai wanita yang jatuh cinta, tergila-gilakan lelaki ini dan ingin berkahwin dengannya.
Seorang warga emas dari Majalengka, wilayah Jawa Barat digelar ‘Raja Playboy’ kerana pernah berkahwin sebanyak 87 kali, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Rancang Perkahwinan Ke-88
Lelaki hanya dikenali sebagai Kaan, 61, itu mengaku sedang merancang untuk perkahwinannya yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.
Menurut Kaan, dia tidak dapat menolak bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya kerana wanita berkenaan amat ‘tergila-gilakannya’.
“Saya merancang untuk berkahwin dengan bekas isteri daripada perkahwinan ke-86. Meskipun sudah lama berpisah, perasaan cinta antara kami masih kuat dan saya enggan mempermainkan perasannya.
“Selama ini juga, dia masih ‘tergila-gilakan’ saya walaupun usia perkahwinan kami dahulu hanya sebulan,” kata Kaan.
Ads
Kahwin Sejak Usia 14 Tahun
Tambah Kaan yang bekerja sebagai petani, dia mula berkahwin sejak berusia 14 tahun dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun.
Menurutnya, disebabkan sikapnya yang kurang baik ketika itu, isterinya meminta agar dia diceraikan selepas perkahwinan mereka bertahan selama dua tahun.
Ads
Disebabkan peristiwa tersebut, Kaan mengaku berasa marah kepada bekas isterinya justeru, dia mencari ilmu ‘kerohanian’ untuk membuatkan ramai wanita jatuh cinta kepadanya.
“Namun, saya tidak mahu melakukan perkara yang tidak elok kepada wanita yang saya kenali dan enggan mempermainkan perasaan mereka.
Mingguan Wanita: Aduhai, sungguh naa dah pernah kahwin sampai 87 kali dan ramai wanita yang pernah jatu cinta dengan lelaki ini. Fuhh memang luarbiasa.
2 anak autisme tidak mampu uruskan diri sendiri, Pat & Edrie akui perlukan kesabaran tinggi. Membesarkan anak autisme ternyata memerlukan kesabaran yang tinggi daripada ibubapa.
Anak autisme mempunyai cara belajar yang berbeza. Jika kanak-kanak ini tidak di didik bermula dari rumah dengan baik oleh ibu bapa mereka, maka impian untuk menjadikan kanak-kanak austisme sebagai kanak-kanak yang genius adalah mustahil.
Moga ujian mendidik anak autisme menjadikan ibu bapa seorang yang ‘super parent’ yang diredai oleh Yang Maha Esa.
Pasangan selebriti Pat Candy atau nama sebenar Nurul Nadhirah Patricia Robert dan Edrie Hashim seperti yang diketahui ramai mempunyai dua orang anak lelaki autisme. Akui mereka sebagai ibu bapa kesabaran yang sangat tinggi diperlukan untuk menjaga anak-anak syurga ini dek kerana mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Dua anak mereka Darren Haikal, 18 disahkan austisme dan hyperaktif. Manakala adiknya Dylan Hyder, 10 tidak pernah bercakap dan doktor mengesahkannya speech delay’ dan dikenali ‘autism spectrum’ sejak lahir.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi Berita Harian, Pat menerangkan sejak bayi Darren tidak mampu berdikari malah perlu diuruskan hingga kini.
“Sejak masih bayi hinggalah sekarang, saya masih lagi mandikan Darren. Malah, butang baju pun Darren tak pandai pakai.
“Ini juga antara punca saya menghilang dari radar seni. Saya mahu menjaga anak-anak.
“Sedangkan, ada ketika saya sendiri tidak tahan, apatah lagi orang lain.
“Dahulu, saya tak berapa faham mengenai autisme, namun, sekarang sudah ada banyak maklumat mengenainya.
“Saya ada menyertai kumpulan berkait rapat dengan autisme dalam Facebook. Di situlah banyak pengalaman dikongsi,” kongsinya.
Namun sebagai ibu walaupun mencabar namun dia bersyukur kerana kedua-dua anak lelakinya masih sihat dan boleh berjalan.
“Namun, saya bersyukur Darren dan Dylan sihat dan masih berjalan ke sana sini.
“Saya melihat pengalaman orang lain yang ada antaranya anak terlantar,” ujarnya lagi.
Dek kerana sering menaruh harapan anak-anaknya kembali pulih, Pat hinggakan terbawa-bawa dalam mimpi.
“Saya pernah bermimpi rancak berbual dengan Darren.
“Ketika itu, perasaan saya sangat gembira kerana tak sangka akhirnya dapat bersembang dengannya.
“Malangnya, situasi hanya berlaku dalam mimpi. Apabila terjaga, saya cuba tidur dengan harapan mimpi akan sama akan berulang, namun hampa.
“Cuma, saya kasihan dengan Edrie. Ini kerana suami tidak dapat berbual dengan anak-anaknya seperti bapa lain disebabkan keadaan mereka,” ceritanya.
“Merajuk jangan biar lama-lama, cepat lah peluk pasangan” 8 tip rumahtangga kekal harmoni amalan Yana Samsudin. Pelakon Yana Samsudin dan suami Fadzil Zahari sememangnya terkenal dengan pasangan yang cukup bahagia.
Baru-baru ini Yana telah berkongsi tip rumahtangga kekal harmoni sempena majlis perkahwinan adiknya. Nasihat dan panduan dari Yana itu cukup berharga bukan saja buat adik perempuannya malah buat pasangan yang baru berumahtangga di luar sana.
Ikuti nasihat dari Yana yang juga mesra disapa Kak Yong. Menurut Yana tip yang diberikan adalah dari pengalaman diri sendiri, mak abah dan gabungan pakar pakar psikologi rumah tangga.
“Welcome to Samsudin family @frkhnsmsl !!! Dah beso dah adik aku si @cikmudawannyx ni! Tahniah buat pasangan merpati sejoli ni!! Ingat lagi ko kecik kecik, cenggeng! Now dah kawen jangan cenggey pulak tau! Selamat jadi orang Perak yop!
“Setelah lalui pelbagai episod sinetron ketika mencari pasangan yang boleh melindungi ko dik bimbing ko dik, kali ni Allah bagi perjalanan yang tersangat sangat mudah dan cepat dengan di jumpakan ko dengan Khan. Inilah namanya jodoh.. bila bersabar Allah datang kan kemanisan. Ahamdulillah kali ni tak nampak kesukaran , tak banyak episod sinetron dan Allah bagi lancar semuanya. Syukur…
“’Perjalanan perkenalan yang singkat, kami balik dari haji nak terima.
“Rombongan merisik tapi tetiba terus jadi tunang, pastu dalam masa 3 bulan je terus nikah. Subahanallah ! Cantik! ini adalah aturan paling cantik! Allah yang terbaik..
“Aku suka tengok kesabaran Khan tu… age is just a number , ianya tak boleh di ukur dengan meter kematangan. Tapi boleh di build up dengan surrounding yang matang dan background yang baik.InsyaAllah.
“Memang hidup rumah tangga ada graf naik turun, masing masing ada kelemahan dan kelebihan. Kelemahan kita tampung sama- sama, kelebihan kita nikmati sama-sama..
“Jangan jadikan kelemahan itu senjata pergaduhan tapi belajar melengkapi dan atasi kelemahan itu bersama. Dengan bermesyuarat! Sentiasa bermesyuarat! Jangan berhenti belajar dan upgrade menjadi yang terbaik setiap hari.
Ini lah 8 resipi akak nak bagi ko dik. Malas nak cakap nanti ko lupa. Agak-agak nak lupa ko baca je post aku berkali kali nanti hahahah.
GUNA DIPLOMASI & DEMOKRASI DALAM MELAYARI RUMAH TANGGA DENGAN SEBAIKNYA.
1-Sentiasa solat berjemaah. Ko akan faham apa maksud aku ni. Lepas solat, kongsilah doa korang bersama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam , belajar lah sama sama sempurnakan sehari demi sehari..
Cantum kan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang korang minta pada Allah hal dunia & akhirat.
2-Syura – nak dapat kan persetujuan mesti ada syura /mesyurat. Di galakkan setiap malam seperti “pillow talk” atau paling kurang seminggu sekali. Hal hati ke hati, ekonomi ke, perjalanan esok hari ke atau hal anak2 & banyak lagi.
3- Tanggungjawab suami dan isteri .kena tahu tanggungjawab masing masing. Antaranya Hal Nafkah atau hal hal lain kena buat tanggungjawab masing masing.
4- Merajuk jangan lama lama. Jangan biar lama lama dan cepat lah peluk pasangan jika merajuk.. pastu tanya lah kenapa terasa. Tanya je pun bukan kena bayar pun…. haaa gitew..
Yang merajuk, bagitau je terus terang apa yang di rasa, simpan2 buat apa bukan kita boleh baca fikiran orang lain. Fikiran & perasaan sendiri pun kadang2 confuse lagi lah nak faham orang lain dalam
masa yang singkat. Takda makna nyaaa dik oiiiii..
Pastu bila dah bagitau merajuk pasal apa tu, kalau betul ada kekhilafan ambik luahan tu dan perbetul kan keadaan pastu jangan le buat lagi.. kalau berulang ulang benda sama , siapa pun akan menyirap.
5- sentiasa alert perubahan pasangan masing masing. Supaya senang kita nak kenal. Awal tu kena adapt sebab baru hidup bersama.
6- sentiasa tanam sifat nak bantu pasangan . Masing masing mesti ada perasaan ini. Jangn sebelah pihak je . Berebut lah nak hulurkan bantuan antara satu sama lain.
Nampak suami tercari cari tanya dan bantu cari. Kalau isteri nak angkat barang tu, suami ternampak cepat2 lah bantu angkat dulu.
7- Berlaku Adil pada tempatnya dan sepatutnya. Sama rata mesti di aplikasikan, isteri perlukan perhatian , kena bercakap lah. Tak kan nak dengar sebelah pihak je kan… mesyuarat nak dapat kan keputusan yang adil. Di persetujui 2 belah pihak.
8- kebebasan, jangan lah mengongkong sangat.
Suami nak tengok hp pun tak boleh, nak keluar pun tak boleh. Isteri nak ada “me time ” tidur siang sekejap pun tak boleh. Nak kentut sewenang wenangnya pun jadi masalah.. Eh semua tak boleh lah… jenuhhhh. Hahahaha,” kongsi Yana.
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji nasihat dari Yana.
Kebiasaannya setiap perkara baik dan gembira pasti akan dikongsikan bersama keluarga tersayang. Namun sebaliknya yang berlaku pada seorang lelaki di China ini yang merahsiakan kejayaannya memenangi loteri berjumlah 219 juta yuan (RM143 juta) daripada isteri dan anaknya kerana dia bimbang sekiranya mereka menjadi ‘malas’.
Bagi melindungi identitinya, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mr Li’ mengenakan kostum kartun berwarna kuning ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri, di sini pada minggu lalu.
Menurut Li, dia berasa seronok dengan kemenangan tersebut dan akan terus merahsiakan perkara itu daripada keluarganya.
“Saya tidak beritahu isteri dan anak kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.
“Sebaliknya, saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.
Sebelum menuntut kemenangannya, Li tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri.Katanya, dia langsung tidak keluar dari bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.
Selepas membayar cukai, Li turut menyumbangkan sebahagian wang tersebut kepada badan kebajikan.
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.