Walau sudah lebih 3 bulan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan, 29 hilang, abang kandungnya, Denny Lang tak putus asa mencari adiknya. Tak disangka-sangka misi terkini menemukan mereka dengan dewan dan tulang dalam gua.
Sebaik kemeriahan Syawal berlalu, Denny atau nama sebenarnya, Mohd Zahiruddin menggerakkan teamnya yang dalam skala kecil mencari adiknya yang hilang di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak.
Mereka mencari jejak Acap di kawasan yang ditandakan berhampiran trek. Bagaimana pun dalam misi mencari itulah mereka bertemu dengan kawasan yang tak dijangka.
Ads
Ada Tulang Dan Dewan Dalam Gua
Dalam video youtube yang dikongsikan Denny lebih mengejutkan mereka diketemukan dengan dewan dengan ketulan-ketulan tulang yang ada di dalam gua.
Dalam salah satu suara yang didengar dari video berkenaan memaklumkan seakan kawasan tulang itu ditemui seakan tempat ‘korban’. Dan tak jauh dari kawasan tulang berkenaan terdapatnya tempat seakan dewan.
Ads
Bagaimana pun, team mencari ini tidak mengesan tapak-tapak binatang buas di kawasan berkenaan.
Bayi bernama Inara itu baru 5 minit alami kemalangan dengan mak dan ayahnya. Dalam sebak lelaki ini menitipkan pesan agar, letaklah bayi dalam carseat. Janganlah bergantung semata pada airbag. Kerana airbag itu untuk ibu, bukan untuk bayi yang dipangku.
Mengalir air mata dari lokasi sampai ke ipoh.
Time aku lalu baru jadi dalam 5 minit.
Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tapi disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.
Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey tak?
Dia cakap baby tak sedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru.
Terus bukak helmet mintak izin nak CPR.
First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus CPR lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still tak bernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.
Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku tak kuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung CPR.
Aku terduduk dekat tepi divider tu.
Ayah dia tak de injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5 hari.
Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tapi ajal dia sampai dulu.
Siapa yang ada baby tu tolong lah letak dalam carseat.
Kalau tak mampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby.
Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yang boleh.
Tapi Allah lebih sayangkan Inara.
Ketika berkongsi pengalaman ini, Amirul dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh. Akuinya, dia jarang berhenti jika melihat mana-mana kemalangan, tetapi terpandang mangsa adalah seorang bayi. Dia berhentikan motosikal dan ke tempat duduk ayah bayi berkenaan.
Pihak polis pula menjelaskan, kenderaan perodua Bezza yang dipandu bapa bayi itu dalam perjalanan dari Batang kali menghala ke Klinik Ibu dan Anak Rasa.
Tak boleh bayangkan keadaan ibu yang baru lepas melahirkan ini mengalami kemalangan. Selain bibir pecah, ibunya turut mengalami kesakitan susulan pembedahan pada perut. Dan kini dirawat di hospital Selayang
Sebaik sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu melanggar bahagian hadapan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di tempat kejadian.
Lalu mengakibatkan kenderaan Bezza tadi terbabas melanggar penghadang besi jalan di sebelah kiri.
Dalam masa yang sama, kereta Perodua Myvi dari arah belakang Bezza juga tidak sempat mengelak. Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu Proton Saga berusia 56 tahun tercedera di bahagian leher dan kepala.
Macam-macam jenis air viral yang ada dijual dipasaran. Salah satunya Thai Milk Dessert ni.Bila beli boleh tahan juga lah harganya.Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je minuman viral ni rumah. Lebih jimat dan berbaloi secukup rasa lemak manisnya. Minum pulak sejuk-sejuk waktu panas..memang bahagia. Anak-anak pun mesti suka.
Thai Milk Dessert Viral
“Aroi mak mak… uuuuuih!” “Sekarang tengah viral Thai milk yang artis-artis duk makan tu.So kekda try la buat, sebab hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat.Tapi buat sendiri lagi berbaloi.”
“Cara ni kekda buat simple-simple jek,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara.Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.
Resepi Thai Milk Viral versi kekda.
1 Tin susu cair carnation (bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak-lemak)
2 sudu Susu pekat (Ni pakai je brand apa-apa)
1 paket Kristal Jelly Brand Nona (Perisa raspberry )Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka.
1 sudu biji selasih (rendam hingga kembang dan toskan)
1 mangkuk ais
1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.
2 Susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak sikit je, sebab jelly tu dah memang manis.
Bagi kekda versi ni lagi sedap sebab bau wangi dari jelly raspberry tu dan lemak-lemak susu cair tu.Minum tengah hari panas-panas, satu mangkuk licin sorang.
Selamat mencuba!
MW: Sedapnya! Sesuai dijadikan pencuci mulut, minum sejuk-sejuk waktu panas.
Ramai wanita ingin menurunkan berat badan dan sanggup lakukan apa sahaja agar nampak kurus, cantik dan langsing. Bahkan ada yang terlampau obses nak kurus, melakukan diet ketat sehingga sanggup membahayakan nyawa!
Kisah wanita terkurus di dunia, Valeria Levitin, 40 dari Rusia ini wajar di jadikan pengajaran. Akibat diet yang terlampau ketat dan terlalu mahu kurus, Valeria menderita sepanjang hidupnya mengalami Anoreksia yang ekstrem.Tubuhnya begitu kurus, hanya tinggal tulang yang berbalut kulit.
Dengan tinggi mencapai 172 cm, berat badan Valeria Levitin hanya 26 kg. Berat badannya kurang dari setengah berat badan sihat yang ideal untuk wanita. Dan akibat diet ketat tersebut selama bertahun-tahun, tubuhnya tak mampu lagi mencapai berat badan ideal yang sihat.
Menurut Valeria, dia banyak menerima email daripada gadis-gadis putus asa yang ingin memiliki tubuh kurus sepertinya.Perkara ini cukup membimbangkan.
“Saya banyak menerima email dari gadis-gadis muda yang mahu saya ajar mereka bagaimana menjadi seperti saya. Semua surat itu daripada wanita, terutama usia dua puluhan, yang melihat saya sebagai sumber ‘inspirasi’. Ini menjadi sebab mengapa saya ingin memberi kesedaran bagi menentang Anoreksia” jelas Valeria.
Melihat tubuhnya yang amat kurus dijadikan inspirasi, Valeria mengambil langkah berani untuk berkongsi pengalaman tentang keadaannya melawan anoreksia. Valeria kini merupakan pemimpin bagi Kempen Menentang Gangguan Pemakanan Antarabangsa seperti Anoreksia dan Bulimia.
Valeria menceritakan dia mengalami gangguan pemakanan sejak usia remaja. Dia mengatakan penyakit ini telah menghancurkan hidupnya. Oleh karena itu, ia tidak ingin wanita lain mengalami nasib yang sama seperti dirinya.
Valeria memberitahu punca masalah yang dialami tersebut adalah daripada ibunya. Ibunya selalu menyuruh dia kurus sejak dari kecil dan sangat menjaga pola pemakanan Valeria secara konsisten bagi memastikan berat badannya tidak meningkat.Ibunya juga selalu meminta Valeria menimbang berat badan untuk memastikan tubuhnya tidak semakin gemuk.
Ketika berusia 16 tahun dengan berat badan mencapai 63 kg, Valeria pindah ke Chicago dengan kedua ibu dan ayahnya. Ketika berada di US, Valeria bimbang untuk menyesuaikan diri di sekolah baru. Dia beranggapan harus menurunkan berat badan agar boleh diterima dan disukai oleh teman-teman barunya.
“Saya mahu menjadi seperti orang lain. Dn saya anggap jika berat badan berkurang saya boleh diterima. Saya mula melakukan diet yang lebih ketat dengan tidak makan gula atau karbohidrat. Akibat begitu lama tak makan makanan tertentu, tubuh saya sudah tak mampu menerima dan memproses makanan tertentu meskipun terlalu menginginkannya,” ujar Valleria.
Pada usia 23 tahun, ukuran bajunya telah bertambah kecil dari ukuran sihat 12 menjadi 6. Valleria merupakan seorang model ketika itu, walaupun beratnya semakin ringan, namun dirinya diberitahu ia masih terlalu gemuk. Ia membuatkan situasi dirinya menjadi lebih buruk.
Berat badannya semakin terus menurun. Pada usia 24 tahun, tubuhnya hanya tinggal 38 kg. Valleria dilarang menari kerana dapat melukai tubuhnya sendiri. Makin tahun semakin membimbangkan. 10 tahun kemudian, ia harus mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan 30 doktor pakar kerana berat badannya hanya 23 kg.
Penyakitnya juga telah membuat hidupnya sangat kesepian. Dia tidak mempunyai pasangan selama 10 tahun. Hubungan cintanya selalu menjadi sukar kerana ia tidak mampu melakukan hal-hal normal yang pasangan lakukan, seperti makan malam di restoran.
“Anoreksia telah membuat saya rasa sunyi, tidak menarik dan menjijikkan bagi orang-orang di sekitar saya,” ujarnya.
MW: Pesanan buat para wanita, jangan terlalu ekstrem dan obses untuk menurunkan berat badan dengan diet yang ketat. Berpada-padalah dan paling penting amalkan diet yang sihat, pemakanan yang seimbang untuk kesihatan.
Semak kadar mas kahwin mengikut negeri di Malaysia bagi tahun 2026. Ketahui perbezaan antara mas kahwin dan wang hantaran serta hukum mahar dalam Islam.