Turun Berat Badan 24kg, Asmah Mahu Bantu Wanita Yang Ingin Kurus

Golongan ibu merupakan antara yang paling sibuk. Bukan sekadar komitmen terhadap kerjaya tetap, mereka jugalah yang menjadi tulang belakang apabila sampai saja di rumah. Mana tidaknya, pulang saja mereka terus ke dapur untuk memasak dan memastikan rumah tampak kemas. Jika mereka tidak sihat sudah pasti keadaan rumah menjadi tidak sempurna dan suami perlulah membantu. Dek kerana itu juga golongan ini sebenarnya perlu sentiasa sihat bagi memastikan urusan keluarga berjalan lancar dan dapat membentuk keluarga bahagia dan sejahtera.

Disebabkan itu juga ibu kepada tiga orang anak yang memenuhi ruangan Motivasi Sihat minggu ini, Asmah Zainal Abidin, 35 bergerak aktif dalam bidang kecergasan selepas waktu bekerja dan pada cuti hujung minggu.

Semuanya demi menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat dan mengelak dari dijangkiti penyakit berbahaya.

“Saya punya kerja tetap dan dalam masa yang sama saya adalah seorg Instruktur Kecergasan ditauliahkan dari Kementerian Belia dan Sukan. Biasanya saya bergerak aktif selepas waktu bekerja dan pada cuti hujung minggu,” ungkap Asmah yang juga bertugas sebagai Pembantu Tadbir Di Hospital Kuala Kubu Bharu memulakan bicara.

Turun Berat Badan 24kg, Asmah Mahu Bantu Wanita Yang Ingin Kurus
Fun Run antara aktiviti yang digemari.
Asmah bersama rakan-rakan yang gemar bersenam.

Dari Suka-Suka Terus Jatuh Cinta

Sewaktu ditemubual Asmah menerangkan dia mula menceburkan diri dalam bidang kecergasan ini apabila berat badannya naik mendadak selepas melahirkan anak sulungnya.

“Bermulanya saya dalam bidang kecergasan ini dek kerana berat badan saya mula naik selepas melahirkan anak sulung pada tahun 2005. Saya ambil keputusan untuk menjalankan aktiviti sihat seperti senamrobik.

“Bermula sekadar suka-suka dan niat untuk menurunkan berat badan kemudian saya mula jatuh cinta dalam dunia kecergasan. Berkat sokongan suami Khairual Anuar Mahmad yang bertugas di KPDNHEP, Shah Alam dan saya telah menghadirkan diri untuk mengikuti kursus kecergasan ini sehingga saya mendapat sijil pentauliahan dari Kementerian Belia dan Sukan.

“Dengan pentauliahan yang diberi saya menggunakan sebaik-baiknya untuk membantu orang ramai yang ada masalah berat badan. Alhamdullilah dengan ilmu serta program-program kesihatan yang saya jalankan sedikit sebanyak dpt membantu golongan wanita di Hulu Selangor ini menurunkan berat badan serta bergerak aktif.

“Aktiviti yang biasa saya jalankan setiap hari merupakan Senamrobik, Aerodance, StickWorkout, Masala Bhangra, Zafina, Body Toning dan saya juga ada jalankan program Fit N Trim Challenge. Menerusi program ini ramai yang berjaya menurunkan berat bdan dengan cara yang sihat dan konsisten,” ujar Asmah yang begitu meminati dunia kecergasan.

Turun Berat Badan 24kg, Asmah Mahu Bantu Wanita Yang Ingin Kurus
Bersama rakan-rakan yang berjaya menurunkan berat badan.

Tambah Pendapatan

Asmah juga turut menambah sejak tahun 2005 hinggalah hari ini dia telah melakukan pelbagai aktivisi lasak.

“Saya mula bergerak aktif dalam bidang ini dari tahun 2005 sehinggalah sekarang dan saya juga melakukan pebagai aktiviti kecergasan seperti hiking, running dan aktivi ini sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih berstamina. Malah aktiviti begini juga merupakan hobi saya bila kelapangan sekiranya saya tiada kelas lain.

“Menerusi minat dann kesungguhan dalam bidang ini saya gunakan peluang yang ada untuk menambahkan pendapatan. Dalam masa yang sama, sya suka apa yang saya lakukan sekarang dan dapat membantu  ramai wanita disekeliling,” luah Asmah yang turut menasihatkan kaum wanita supaya bersenam sekurang-kurangnya empat kali seminggu dan menjaga pemakanan untuk kekal sihat dan cergas.

Turun Berat Badan 24kg, Asmah Mahu Bantu Wanita Yang Ingin Kurus

Latih Kaum Wanita  Bergerak Aktif

Wanita ini juga turut menegaskan dia begitu serius untuk membantu golongan wanita menjalankan kehidupan yang sihat dan cergas.

“Sebelum ini saya memang ada masalah berat badan. Berat badan saya pernah mencecah 80kg. Pada hari ini berat badan saya kekal 56kg sahaja. Rahsia penurunan berat badan ini adalah dengan bergiat aktif dengan pelbagai jenis aktiviti dan pelbagai senaman yang saya lakukan. Pada masa yang sama saya juga menitikberatkan pemakanan yang sihat.

“Antara tip dan teknik untuk wanita di luar sana bagaimana untuk kekal cergas dan fit, anda haruslah memilih cikgu yang bertauliah bagi membimbing anda. Agar mereka dapat memberi tip-tip kesihatan dengan lebih terperinci dan jurulatih itu juga mampu melatih anda bersenam dengan cara fasa senaman yang betul. Semua ini bagi mengelakkan anda berhadapan dengan risiko kecederaan yang mungkin akan berlaku sebabnya setiap orang berbeza-beza kemampuannya. Instruktur yang bertauliah akan berikan nasihat dan tip setiap pergerakan yang mana anda mampu lakukan,” kata Asmah yang kini sudah membuka Pusat Kecergasan yang diberi nama AsFitt Studio di Rasa Selangor.

 

Jangan Lupa Komen

komen