Siapa Ada Bayi Letak Dalam Carseat, Atau Duduk Belakang Pakai Seatbelt

Sayunya baca kisah yang dialami Amirul Azuan Johar ini. Lelaki ini tak dapat menahan sebak, setelah berusaha melakukan CPR namun gagal menyelamatkan bayi 5 hari yang alami kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM49 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.

Bayi bernama Inara itu baru 5 minit alami kemalangan dengan mak dan ayahnya. Dalam sebak lelaki ini menitipkan pesan agar, letaklah bayi dalam carseat. Janganlah bergantung semata pada airbag. Kerana airbag itu untuk ibu, bukan untuk bayi yang dipangku.

Dah Buat CPR Bayi 5 Hari Itu Tetap Tak Sedar

Mengalir air mata dari lokasi sampai ke ipoh.

Time aku lalu baru jadi dalam 5 minit.


Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tapi disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.

Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey tak?


Dia cakap baby tak sedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru.

IKLAN

Terus bukak helmet mintak izin nak CPR.


First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus CPR lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still tak bernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.


Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku tak kuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung CPR.

Yang Ada Bayi Tu, Tolong Lah Letak Dalam Carseat 


Aku terduduk dekat tepi divider tu. 


Ayah dia tak de injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5 hari.

Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tapi ajal dia sampai dulu.

IKLAN

Siapa yang ada baby tu tolong lah letak dalam carseat. 


Kalau tak mampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby.

Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yang boleh.

Tapi Allah lebih sayangkan Inara.

Ibu Inara Alami Kesakitan Pada Bahagian Perut.

Ketika berkongsi pengalaman ini, Amirul dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh. Akuinya, dia jarang berhenti jika melihat mana-mana kemalangan, tetapi terpandang mangsa adalah seorang bayi. Dia berhentikan motosikal dan ke tempat duduk ayah bayi berkenaan.

IKLAN

Pihak polis pula menjelaskan, kenderaan perodua Bezza yang dipandu bapa bayi itu dalam perjalanan dari Batang kali menghala ke Klinik Ibu dan Anak Rasa.

Tak boleh bayangkan keadaan ibu yang baru lepas melahirkan ini mengalami kemalangan. Selain bibir pecah, ibunya turut mengalami kesakitan susulan pembedahan pada perut. Dan kini dirawat di hospital Selayang

Sebaik sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu melanggar bahagian hadapan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di tempat kejadian.

Lalu mengakibatkan kenderaan Bezza tadi terbabas melanggar penghadang besi jalan di sebelah kiri.

Dalam masa yang sama, kereta Perodua Myvi dari arah belakang Bezza juga tidak sempat mengelak. Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu Proton Saga berusia 56 tahun tercedera di bahagian leher dan kepala.

Sumber/Foto : Amirul Azuan, Mstar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI