Jangan nilai seorang wanita pada hantarannya tetapi tengok balik pengorbanannya sepanjang dia jadi teman hidup anda.

Nak-nak pula kalau dapat isteri yang rela beranak ramai dan gigih keluar bekerja mencari rezeki sama-sama, itu suami kena hargai!

Lagi bertuah kalau suami boleh jadikan wanita sebagai ratu dalam rumah tangganya, dan dan macam saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini yang golongan wanita ini terlalu mahal nilainya jika ditolak tambah dengan apa yang dia sanggup berkorban demi membahagiakan suaminya.

Sebelum Nilai Seorang Wanita

Nilai Seorang Wanita….10k? 15k? 20k?

“Nilai seorang wanita itu bukanlah terletak pada berapa tinggi wang hantarannya…”

Umumnya dari sudut pandangan lelaki, semakin tinggi nilai wang hantarannya, maka semakin tinggilah expectation mereka. Cuba kita fikir, adakah kita “membeli” seorang wanita dgn harga 10k,15k dan 20k untuk menyediakan dan menjaga makan minum kita selama mana kita bersamanya?

IKLAN

Untuk membasuh menjemur melipat baju kita selama mana kita bersamanya? Untuk menyapu mengemas rumah membersihkan bilik air selama mana kita bersamanya? Untuk menjaga menghantar mengambil membesarkan anak kita selama mana kita bersamanya? Untuk menjaga orang tua kita baik sihat mahupun sakit selama mana kita bersamanya?

Adakah kita “membeli”nya untuk menjadi “orang gaji” kita?

Itu yang menyebabkan cara dan pandangan kita selalu tersasar. Kita selalu letak expectation bahawa tugas seorang isteri itu macam tu sedangkan Rasulullah s.a.w sangat ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah bersama isteri-isteri baginda. Itu Rasulullah s.a.w, seorang pemimpin tertinggi pada ketika itu.

Kita ni siapa?

IKLAN

Hanyalah rakyat biasa, pekerja biasa, tapi adakah kita tolong isteri macam baginda buat? Kadang-kadang mungkin ya, kadang-kadang mungkin tak… kenapa? Itu tugas dia, biar dia je lah yang buat kan. Jadi berpatutankah nilai 10k,15k dan 20k untuk dia berbakti dan berkhidmat untuk kita seumur hidup dia?

Cukup atau tak cukup?

Itu belum kira zuriat-zuriat yang bakal dikandung nya, kesakitan ketika melahirkan anak untuk kita. Jika ada harga, berapa nilainya untuk mengandungkan seorang anak selama 9 bulan 10 ari? Berapa nilainya untuk melalui kesakitan ketika melahirkan seorang anak?

Itu juga belum kira lagi adakah kita sebagai suami akan setia? Tidak akan curang terhadapnya? Tidak akan meninggalkannya? Akan menghargainya? Akan menyayanginya, mencintainya, mengasihinya? Tidak sebarangan memukulnya, menzaliminya, menganiayainya?

IKLAN

Berapa pula “nilai jaminan” untuk semua itu?

Kita mengambil seorang wanita dari keluarganya untuk dijadikan isteri, untuk dijadikan ibu kepada anak-anak kita, untuk berada disisi kita, saat jatuh bangun kita. Dia amanah dari Allah, kita dipertanggungjawabkan untuk menjaganya, memuliakannya. Then ask ourself, berapakah pula nilai kita sebagai seorang lelaki? Sebagai seorang suami?

“Nilai seorang lelaki dan juga suami itu terletak pada cara dia menghormati seorang wanita, seorang isteri…”

Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah, jalan yang diredhai Allah? Cukup solat kita? On time? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita? Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Jadi, janganlah terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yang bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat cela.

Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargainya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI