Jika Kelibat Dalam Bulatan Benar Adik Saya Acap, Izinkanlah Dia Pulang..

Memasuki hari ke-45, Acap atau Mohammad Ashraff Hassan, 29 hilang di Gua Tempurung dan masih belum ditemui sehingga kini. Lebih sebulan abangnya, Mohd Zahiruddin atau Denny Lang tak putus asa mencari adiknya yang hilang ini.

Nampak benar susut fizikal malah mata letihnya sepanjang misi mencari adiknya, Acap. Dan sehingga 2 Ramadan ini, Denny masih tak putus harap.

Jika Kelibat Ini Benar Adik Saya..

Malah buat pertama kalinya, dia berkongsi video rakaman kelibat dan ditanda circle mark dalam gua. Kelibat itu diperoleh ketika misi SAR teamnya mencari, adiknya di Gopeng.

Untuk pertama kalinya, posting saya ada circle mark (bulat). Jika kelibat ini benar adik saya, Acap. Maka izinkanlah dia pulang.” Ini harapan seorang abang pada 2 Ramadan ini.

Maklumnya lagi, tanda itu terlihat pada video rakaman yang secara tak sengaja diperoleh dari unit dron SAR mereka.

Video rakaman dron : klik sini

 

IKLAN

Jika Kelibat Dalam Bulatan Benar Adik Saya Acap, Izinkanlah Dia Pulang..

Kuasa Allah Bila Kata Jadi Maka Jadilah..

“Sudah hari kedua kita menjalani ibadah puasa. Sedikit coretan pada misi tempoh hari. Alam mistik terlalu sukar untuk kita fahami.”

“Sebagai abang saya sebolehnya menolak sebarang kaitan entiti dalam isu ini. Tapi kuasa Allah, bila dikata jadi maka jadilah. Dipertemukan dengan seribu satu kisah di bumi Gopeng merupakan satu ilmu baru bagi kami.”

Beliau juga maklum sosial media ini bersifat terbuka.

IKLAN

Ada netizen dari luar daerah juga ada kalangan dari penduduk tempatan bumi bertuah Gopeng. Mungkin ada yang bersa kurang senang jika insiden ini membuka sesuatu rahsia atau perkara yang terlalu sensitif untuk mereka perkatakan.”

Namun, percayalah. Jauh di sudut hati saya, tiada lain yang saya harapkan. Hanya kepulangan Acap sahaja menjadi fokus utama saya.”

Apa sahaja petunjuk yang mungkin membawa kepada penemuan Acap terpaksa diambil kira.”

IKLAN

Tegasnya,

“Saya tak boleh berhenti di sini. Maafkan saya.”

Jika Kelibat Dalam Bulatan Benar Adik Saya Acap, Izinkanlah Dia Pulang..

 

MW : Semoga Ramadan ini membuka jalan untuk Acap ditemui semula. Sungguh, keluarga ini diuji dengan kehilangan Acap yang cukup menduga.

Namun, kegigihan seorang abang ini juga bukti kasih yang tiada galang gantinya. Cukup tulus dan seharusnya menjadi teladan yang baik untuk adik beradik yang ada di luar sana.

Sumber/Foto : Denny Lang

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI