Jangan Sampai Anak Dah Hilang Dibawa Lari Baru Mak Ayah Nak Menyesal..

Kejadian yang berlaku semalam, apabila seorang pemuda menemukan seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan seorang diri di jalan raya dekat Puncak Alam Fasa 2. Malah, anak ini hampir dilanggar lori.

Ketika ditanya, kanak-kanak perempuan itu maklumkan yang bapanya sedang tidur di rumah. Perjalanan membawa pulang anak ini ke rumah pun mengambil jarak perjalanan yang agak jauh.

Dan sebaik sampai di rumah berkenaan, ditemukan pekerja lelaki yang sedang melakukan kerja mengubah suai kediaman. Dia maklumkan itu anak tuan rumah. Walaupun lelaki itu sedar sewaktu kanak-kanak itu keluar rumah tetapi dia tidak menahannya.

Tak lama selepas perbualan itu, bapanya bertemu pemuda tadi dalam keadaan terpinga-pinga. Dipercayai baru bangun dari tidur. Insiden ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong bapa.. perlu bersangka baik, malah tak kurang pula yang mengecam.

Teguran, Jaapar Mubarak ini pedas tapi banyak betulnya. Mak ayah sila ambil cakna. Kerana, jika musibah anak hilang itu benar-benar terjadi. Siapa nanti yang paling rasa menyesal.

Kanak-kanak Perempuan Berjalan Sendirian, Nyaris Kena Langgar

Semalam viral kisah seorang kanak-kanak yang dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan raya utama dan nyaris dilanggar dengan sebuah lori.

Cuma kali ini nasib kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 5 ke 6 tahun tersebut agak baik kerana ada seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang prihatin telah datang membantu.

Tujuan kanak-kanak itu berjalan keluar, dikatakan mahu mencari ibunya yang bekerja.

Bila ditanya di mana bapanya, kanak-kanak itu memaklumkan bapanya sedang tidur di rumah.

Dan seperti biasa ada segelintir netizen yang sentiasa bersifat husnuzon meminta orang ramai jangan mengecam bapa kanak-kanak perempuan tersebut.

“…mungkin ayahnya kerja shift malam dan siang kepenatan itu yang buat dia tertidur.”

Kemudian seperti mahu menyalahkan masyarakat sekeliling pula kerana tidak prihatin kerana membiarkan kanak-kanak itu keseorangan diluar kawasan perumahan.

Yang Salah Adalah Bapa Kepada Kanak-kanak Perempuan Itu

Sebenarnya tidak perlu nak babitkan perkara ini dengan orang lain.

Yang salah adalah bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut, yang terlalu lalai dan cuai.

Maka memang sepatutnya bapa kepada kanak-kanak tersebut dipersalahkan. Jelas sekali tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Kalau berlaku perkara buruk takkan masyarakat pula yang mesti dipersalahkan?

Seorang bapa yang baik tidak sesekali membiarkan pintu pagar rumah terdedah begitu sahaja dan tidak akan membiarkan anak-anaknya keluar daripada rumah tanpa pengetahuannya.

Walaupun depan rumah ada orang tapi itu bukan masalah mereka untuk ambil kisah dan peduli dengan anak kau.

Semangat Kejiranan Sebenarnya Masih Kuat

Zaman sekarang bukan jiran sebelah rumah tidak mahu ambil peduli cuma adakalanya orang tidak mahu masuk campur tangan dalam urusan orang lain.

Niat jiran itu baik, tapi seringkali juga disalah tafsir sebagai jiran yang busybody.

Semangat kejiranan sebenarnya masih lagi kuat.

Tidak lah terlalu mementingkan diri sendiri malahan masih ramai lagi yang ringan tangan untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan.

Cuma kalau boleh jangan ambil kesempatan daripada kebaikan jiran tetangga kita.
Beringat-ingatlah sebelum terkena.

Jangan sampai anak sudah hilang dibawa lari orang atau anak kau sudah hilang nyawa, baru kau nak menyesal dan meratap hiba.

Anak-anak kau adalah tanggungjawab kau bukan tanggungjawab orang lain.

Jaga anak-anak kau dengan baik. Jangan nanti sudah terantuk baru nak tergadah. Baler woii!

MW : Kecuaian ibu bapa juga boleh menyebabkan ibu bapa di hukum jika sabit kesalahan. Berdasarkan laporan terkini, pihak polis semalam telah membuka kertas siasatan yang mana kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 (kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan).

Ini sebenarnya kisah pengajaran untuk siapa pun yang bergelar ibu bapa. Agar tak ambil mudah dengan keberadaan anak-anak kita. Kena tahu, ke mana dia pergi dan dengan siapa dia keluar.

Sumber/Foto : Jaapar Mubarak

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI