PU Abu Kesal, Nak Rujuk Balik Tapi Ain Dah Tak Boleh Terima

UPDATE : Semalam Ain ‘Afini Latif disahkan bercerai dengan PU Abu dengan talak dua kali oleh Mahkamah Rendah Syariah pada petangnya. Akui Ain, sebelum ini bekas suaminya pernah menghubunginya untuk rujuk balik.

Katanya kesal dengan tindakannya dan mahu rujuk kembali. Dia mahu baiki kembali keretakan rumah tangga mereka. Bagaimana pun, permintaan suami itu sesuatu yang sukar untuk Ain terima buat masa ini.

Ain akui dirinya masih belum bersedia.

Semalam, pada hari ulangtahun kelahirannya, Ain terpaksa melalui detik yang paling sukar dalam hidupnya. Dua kali dia perlu hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai yang dihantar oleh suami menerusi aplikasi whatsapp.

Pada awal kes ini dibicarakan, saya terkejut apabila hakim putuskan hubungan suami isteri kami masih sah memandang saya tahu lafaz cerai yang dibuat itu memang dengan niat.”

Namun akur dengan keputusan itu sehinggalah ustaz (PU Abu) menghubungi saya dan minta datang semula ke mahkamah pada petang semalam.”

IKLAN

Ain Redha, Tapi Belum Bersedia Rujuk Balik

Biarpun diceraikan ketika hamil, Ain bersyukur kerana kemelut rumahtangga mereka sudah pun berakhir. “Saya terima dengan redha. Dan yakin ada hikmah di sebaliknya.” ujar Ain.

Akui Ain, ketika di mahkamah dia agak malu untuk bertemu PU Abu. Lagipun, sejak kejadian tempoh hari, dia tak pernah lagi bertemu bekas suaminya itu.

Dia mahu kami rujuk kembali jika mahkamah memutuskan kami bercerai. Tapi Ain tak boleh menerimanya.

Saya tak mahu lagi tekanan.” Malah ahli keluarganya juga bersetuju dengan keputusan Ain. Lagi-lagi Ain bakal melahirkan 10 Julai nanti.

IKLAN

Pergolakan rumah tangga PU Abu dan Ain ‘Afini Latif bermula apabila bekas suaminya itu berhasrat mahu berpoligami. Dengan usahawan kosmetik bersatus janda. Namun, tidak dipersetujui oleh Ain.

Berentetan pergolakan itulah PU Abu melafazkan cerai menerusi aplikasi whatsapp kepada isterinya, Ain ‘Afini.

Kronologi Kes Mahkamah Melibatkan PU Abu dan Ain ‘Afini

Awal perkahwinan dahulu, PU Abu dan Ain pernah bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019. Dan rujuk semula pada Februari 2019.

IKLAN

Menurut penjelasan Sahabat Mahkamah Syariah, semalam terdapat 2 kes melibatkan PU Abu dan isteri.

Kes 1: Pengesahan lafaz cerai melalui whatsapp (lafaz kinayah). Kes ini tidak sabit kerana PU Abu bersumpah bahawa beliau tidak berniat untuk ceraikan isteri beliau.

Kes 2: Pengesahan lafaz cerai kerana PU Abu mengaku telah menceraikan isteri beliau di depan kawan beliau. Kes ini difailkan pada sebelah petang oleh PU Abu sendiri dan hakim yang mendengar kes ini mensabitkan jatuh talak berdasarkan pengakuan (iqrar) PU Abu. (Fakta ini muncul setelah kes pertama di dengar di mahkamah)

Kesimpulan: Perkahwinan antara PU Abu dah isteri disabitkan cerai dengan talak 2 kali kedua.

Sumber/Foto : Utusan Online , Sahabat Mahkamah Syariah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI